Seorang bayi yang baru lahir sangat2 memerlukan penjagaan yang rapi oleh ibu dan bapa... kenapa? Tahap imunisasi mereka masih lemah... Jadi mereka mudah untuk mendapat sebarang penyakit... Ingat, sebarang komplikasi yang berlaku semasa bayi akan membawa hingga ke umur dewasa... Jadi untuk mendapat anak yang sihat... ibu bapa tidak boleh menerima sesuatu pendapat dengan sewenang2nya... Doktor dan pakar haruslah dirujuk... Zaman sekarang tidak sama seperti zaman dahulu... Sebagai ibu bapa di zaman moden! Pengetahuan untuk menjaga anak adalah penting...
Saya nak share info tentang kesihatan bayi yang sering dipandang remeh... tapi sebenarnya boleh memberi kesan yang sangat besar untuk bayi...
Serius! masa saya salam pantang saya jaga Khalis memang ikut buku 100% cuma kalau saya rasa petua itu ok, Then saya ikut... bukan saya degil tapi ini untuk Khalis... jadi saya mesti fight for the right.
1. Jemur Bayi Pada Waktu Pagi
Sesetengah orang percaya amalan menjemur bayi waktu pagi adalah baik untuk kesihatan bayi. Sebenarnya, boleh untuk anda ikut amalan ini tetapi bukan setiap hari.
Amalan yang mengatakan bayi perlu dijemur setiap hari adalah tidak betul sama sekali.
Jika anda melakukannya pun tidak perlu lama cukuplah selama 10-15minit pada jam 8.00 pagi (sebelum matahari terbit)
Sedikit sebanyak ia membantu bayi yang baru lahir terutama yang menghidapi penyakit kuning (Jaundis).
Ini kerana sinar matahari pagi membantu menguraikan bilirubin yang akan larut akan dikeluarkan sebagai urin.
*Semasa baru lahir, Khalis juga tidak terlepas daripada menghidap Jaundis. Tapi doktor sarankan supaya saya tidak menjemurkan Khalis dibawah sinaran matahari kerana sekarang lapisan ozon sangat nipis dan sinaran UV merbahaya akan terkena pada kulit bayi yang mungkin akan menyebabkan komplikasi lain. Saya masih ingat pesan doktor...
Penawar untuk Jaundis adalah susu ibu terutama Kolustrum, Susu yang keluar pada peringkat awal... Jadi Doktor sarankan supaya saya lebih kerap lagi menyusukan Khalis.
2. Membiarkan Bayi Tidur dengan Botol Susu
Ramai orang tua beranggapan membiarkan bayi menghisap susu botol hingga dia tidur akan lebih memudahkan tugas anda terutamanya di malam hari.
Bayi yang terjaga apabila diberi susu botol akan mudah untuk menyambung tidurnya semula. Namun mungkin anda tidak ketahui bahawa cara ini boleh mengganggu perkembangan bayi. Dengan membiarkan bayi tidur bersama susu botolnya, susu akan terkumpul di gusi bayi mungkin akan menyebabkan karies gigi pada bayi.
Selain itu, bayi juga mudah terkena jangkitan telinga kerana
susu tersebut boleh memasuki bahagian saluran yang menghubungkan ke bahagian telinga. Oleh itu, pastikan anda segera mengalihkan botol susu sebaik sahaja bayi selesai menyusu atau apabila dia tertidur.
* Memberi susu ibu kepada bayi anda adalah pilihan yang terbaik...
Saya pernah terbaca membiarkan botol susu bersama bayi juga boleh menyebabkan kematian mengejut...
jadi anda sebagai ibu bapa tahu apa yang terbaik untuk bayi anda.
3. Mandi Air Sejuk Menjadikan Bayi Kuat
Ada kepercayaan kononnya memandikan bayi dengan air sejuk boleh membuat daya tahan tubuhnya meningkat.
Sudah tentu pendapat ini tidak benar sama sekali.
Malah air sejuk boleh membuat metabolisme dalam badannya meningkat, ini akan menyebabkan makanan yang diserap oleh tubuh bayi cepat habis kerana digunakan untuk menyeimbangkan semula suhu badan.
Ini menyebabkan bayi mudah hilang tenaga, cepat lemah dan berisiko jatuh sakit. Sebaiknya mandikan bayi dengan air suam.
*Khalis sampai sekarang pun (umur 9 bulan) masih lagi mandi air suam... dan saya target nak mandikan dia dengan air suam sehingga umur setahun... kemudian tengok perubahan dia... Jiran2 saya semua cakap, Khalis patut dimandikan dengan air sejuk supaya cepat kuat... tapi saya cuma senyum... memang saya takkan ikut... hehe saya kan degil.. kwang2... "Anak saya kuat ape..."=)
4. Air Liur Meleleh
Sebenarnya perkara biasa apabila air liur bayi sering meleleh kerana pada usia ini (sehingga 4 tahun), proses penghasilan air liurnya memang aktif. Namun, Jika air liurnya keluar berlebihan, ia berisiko menjadi radang atau jangkitan disekitar mulutnya.
Penghasilan air liur yang berlebihan juga mungkin salah satu tanda bayi hendak tumbuh gigi.
Air liur yang meleleh ini tiada kaitan dengan mitos yang mengatakan ia ada kaitan dengan si ibu yang gagal memenuhi keinginan (mengidam) sewaktu mengandungkan bayinya dulu.
*Alhamdulillah... Khalis memang tidak mengalami simptom ini... cuma sekarang dia dalam proses nak tumbuh gigi... Khalis sangat suka main2 air liur dan sembur2... saya terbaca, ini adalah tabiat bayi bagi menyejukkan gusinya yang tidak selesa... Selain itu, bagi membuktikan yang mengidam tidak ada kaitan dengan proses pengeluaran air liur bayi adalah... saya sendiri pernah mengidam sangat2 nak makan Ikan puyu goreng masa pregnantkan Khalis.. tapi kat KL ni susah nak cari... jadi saya tak dapat makan... tapi alhamdulillah tak da apa2 kesan pun pada Khalis...
5. Muntah Setelah Makan atau Minum Susu
Setelah makan atau minum susu, mungkin bayi akan muntah sedikit ini berlaku mungkin kerana bayi terlalu kenyang atau banyak udara yang masuk ke perutnya sebelum atau sewaktu sedang minum susu.
Keadaan ini juga boleh berlaku apabila bengkung bayi dipakaikan terlalu ketat.
Selain itu, mungkin anda memberi makan atau minum susu dalam posisi bayi yang salah. Contohnya dalam posisi tidur telentang.
Oleh itu, cara yang terbaik untuk mengelakkan bayi daripada muntah adalah sebaiknya buatlah bayi sendawa setelah makan atau minum susu.
6. Mendukung Bayi
Bayi akan berasa tenang apabila didukung namun cuba elakkan untuk menjadikan ia sebagai satu amalan bagi memanjakan bayi anda.
Ini kerana bayi yang terlalu biasa didukung dalam semua keadaan menyebabkan emosinya tidak terlatih untuk berdikari malah akan menjadi manja dan sentiasa mahu didukung.
Ini akan membuatkan bayi menjadi malas dan anda sendiri juga yang akan mengalami kesukaran kelak.
7. Berpeluh
Anda Mungkin beranggapan bayi yang kuat berpeluh menandakan dia sihat.
Tidak semestinya begitu.
Adakala peluh yang keluar berlebihan mungkin petanda bayi mengalami gangguan tertentu seperti tekanan, kalenjar berpeluh berfungsi secara berlebihan, kadar gula yang rendah atau berat badan yang berlebihan.

Whitey Note: Sekiranya berlaku sebarang komplikasi, seelok2nya bawalah berjumpa dengan doktor berbanding membuat andaian sendiri... kerana walaupun bagi kita komplikasi yang dihidapi oleh bayi adalah kecil tetapi kemungkinan akan menyebabkan kesan yang lebih besar...
wah whitey mommy, nice info..ilmu berguna untuk masa depan ni..sbb ice belom ada baby lagi..hehe :P
ReplyDelete@ice♥ice
ReplyDelete:) tq.... semoga ianya berguna untuk ice pada masa akan datang...
wah...walaupun den muda,belum berkahwin dan semestinya tak ada anak..
ReplyDeletetapi ini boleh dijadikan panduan dan sebagai ilmu tambahan nih
thanks sis 4 da sharing
@hans
ReplyDeleteWelcome... nanti dah kahwin boleh la jenguk2 kat blog saya ni...;p
Tq, bagus info mcm nie... tapi saya ada satu persoalan, bayi selalu berpeluh di bahagian kepala time menyusu...ok ker 2? my hubby kata, mungkin ikut saya yang akan berpeluh jika minum minuman panas. *minuman panas dgn susu ibu sama panas ker*
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletetq for the info :)
ReplyDelete