Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Pemakanan Untuk Ibu Hamil

Dah lama saya tak kongsi tips untuk ibu hamil... =) sekarang ni macam malas nak update blog... tapi... kena update juga sebelum ditumbuhi sesawang. so, entri kali ini adalah tentang pemakanan untuk ibu hamil... Makanan yang berkhasiat penting semasa hamil. kenapa? sebab organ2 penting bayi terbentuk semasa dalam kandungan... jadi kalau anda nak anak yang sihat, bijak dan cemerlang...sebenarnya kena menjaga pemakanan bayi semasa mereka masih berada dalam kandungan lagi...

Semasa saya hamil... saya pun tak jaga 100% bab pemakanan saya... tapi alhamdulillah saya cuba juga untuk mendapatkan makanan yang sihat... macam asam2 saya memang tak makan.. tapi cekedis makan juga bila teringin sangat... dan saya paling banyak dan suka makan buah-buahan dan minum susu...

ibu yang hamil perlu makan sekurang2nya 3 kali sehari dan hidangan yang diambil haruslah mengandungi gizi yang diperlukan seperti lauk-pauk, sayur, buah dan susu... ini kerana makanan diperlukan untuk pertumbuhan janin yang sihat serta untuk menjaga kesihatan ibu dan bayi...

Untuk menggalakkan selera ibu hamil (bagi yang kurang selera makan saya tak termasuklah... sebab semua pun saya tibai...), cara memasak haruslah dipelbagaikan... dan bahan2 makanan yang dibeli harus dipastikan segar serta terjamin kebersihannya...

Tips dibawah ini adalah antara amalan yang perlu diberi perhatian oleh ibu2 yang hamil...
  1. Kurangkan penggunaan garam dalam masakan terutama jika anda menghadapi masalah pembengkakan yang ketara terutama di bahagian kaki.
  2. Elakkan makanan yang mentah atau separuh masak kerana bayi berisiko mendapat jangkitan parasit yang boleh membahayakan bayi dan juga ibu... *saya pernah terbaca tentang telur separuh masak pun tak boleh makan - jadi saya memang tak makanla masa saya pregnant. sebab telur ada bakteria salmonella yang sangat bahaya (biasanya ada pada tahi ayam )
  3. Pastikan anda membasuh bahan makanan seperti sayur dan buah sebersih-bersihnya bagi mengelakkan kuman.
  4. Elakkan ikan lautan yang bersaiz besar seperti tuna, yu dan sebagainya kerana kandungan merkurinya sangat tinggi boleh merosakkan urat saraf dan memberi kesan yang buruk kepada bayi.
  5. Elakkan minum susu segar yang tidak dimasak termasuk juga keju lembut kerana berisiko terhadap jangkitan bakteria yang boleh menjangkiti janin.
  6. Bagi mencegah masalah kekurangan darah semasa hamil, banyakkan mengambil makanan yang mempunyai sumber zat besi seperti sayuran hijau, tempe, tauhu, telur, daging dan kekacang.
  7. Untuk membantu mencegah masalah gigi dan tulang yang rapuh, banyakkan memakan makanan seperti kekacang, telur, ikan dan sayuran hijau.
  8. Kenali gejala anemia semasa hamil iaitu pucat, pening, lemah dan penglihatan tetiba kabur untuk memudahkan anda mendapatkan rawatan segera.
  9. Makanlah beraneka jenis makanan dalam jumlah yang cukup dan diperlukan oleh badan.
  10. Apabila anda menghadapi masalah tiada selera makan, atasi dengan mengambil buah-buahan segar.
  11. Hindari rasa berpantang terhadap sesuatu jenis makanan, hanya kerana anda takut gemuk kerana ia hanya akan merugikan anda.
  12. Hindari perkara2 yang boleh menjejaskan keselamatan ibu dan bayi seperti pengambilan minuman beralkohol.
Tips yang perlu diketahui untuk membeli makanan.
  1. Makanan basah seperti ikan, ayam, daging yang dibeli hendaklah dipastikan kebersihannya terjamin.
  2. Sewaktu membeli sayur-sayuran atau buah-buahan , pastikan ia segar dan tidak dimakan ulat.
  3. Jika membeli makanan yang dibungkus atau didalam tin, baca label makanan yang tercatat. Pastikan kandungan nutrisinya tidak merbahaya dan tarikh luputnya belum tamat. Pastikan keadaaan tinnya tidak bocor tercemar atau kemek.
  4. Pastikan makanan tersebut HALAL kerana ia akan menjadi darah daging anda dan bayi.
  5. Makanan yang dipilih hendaklah mempunyai khasiat tertentu yang baik untuk anda dan bayi.

1 Comment (s):

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™