Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Memori Kerang

Pagi ni, bangun je tetiba rasa teringin sangat2 nak makan kerang... tapi siapa yang nak belikan... hm... ada sesiapa yang nak belanja saya nak makan kerang tak? hehe tak malu tul orang ni! Kerang bakar makan dengan air ladanya... sedapnya... kecur air liurku...

Sekarang saya suka makan kerang... dulu saya tak suka... tak suka sangat2... tapi masa pregnantkan Khalis, saya dapat Anemia... nak tak nak kena la makan kerang... itu sahaja sumber yang paling cepat untuk tingkatkan darah... Lepas makan sekali... nak lagi ...nak lagi dan lagi... tetiba pulak kerang ni jadi bahan ketagih... Lepas dah rasa boring tu barulah kurang sikit makan... tapi still lagi makan... tak de la fanatik macam mula2...

Lepas makan kerang tu.. daripada Hb 9.2 terus naik 11.9... dalam masa sebulan saya pulun kerang..pergh! memang mujarab... jadi cubalah kerang jika anda menghidap anemia semasa mengandung (pesanan penaja untuk Mommy Pinky wah!dah makin popular ibu hamil ini) Selain kerang, saya makan sayur bayam merah..hati saya makan juga... tapi lepas sekali makan terus muntah... maknanya Khalis tak nak la tu... nak kerang juga! hehe... yang paling kelakarnya... pagi petang makan kerang... pagi makan sambal kerang dengan nasi lemak@ nasi putih.... petang makan kerang bakar (ini wajib!) ...kecur air liur ni sebab sambil taip sambil teringat2 waktu makan kerang...

cerita seterusnya... sila sediakan beg plastik ek...takut anda muntah... Masa tu saya Form 1... belajar Geografi... kan ada tajuk tentang keadaan muka bumi dan struktur tanah... Saya ingat lagi...nama cikgu tu Cikgu Aziz... mengajar kat Sek.Men.Keb. Gombak Setia... ok! saya adalah pelajar sekolah itu waktu dulu2 ya... Cikgu kata... Pekebun cina tanam sayur2an sangat profesional mereka gunakan sistem bukit... (lebih kurangla... saya pun dah tak ingat sangat...) ok! saya terangkan ek...biasanya mereka akan bina tempat penanaman mereka seperti satu bukit yang rendah... terdiri pada tiga peringkat... ala... nak lukis tak pandai...
bahagian paling atas mereka membela khinzir...semua bahan2 kumuh binatang ini akan disimpan... feces dan air kencing...
Bahagian tengah pulak, mereka akan tanam sayur2an... dilengkapi dengan sistem paip semburan... supaya tak penat untuk siram satu2 sayur2an itu...
Bahagian paling bawah, mereka bela kerang... wah! memang sistematik kan? patutla kaya...kalau sekali Harvest semua pun boleh keluar pasaran... Khinzir, Sayur dan Kerang...

Daripada segi modal pun memang save...macam mana? ok! kan saya kata tadi... semua bahan kumuh disimpan... air kencingnya akan disimpan dalam satu tong khas begitu juga feces... bila waktu menyiram... air kencing akan disalurkan melalui paip2 ke tanaman.. hah! situ dah save baja dan save air... sayur2 pun gemuk2 dan segar2...

Tahi pula akan digunakan untuk beri makan pada Kerang... hehe sebab tu kerang akan jadi besar2... kekadang tu lebih besar daripada ibu jari kaki kita... kita kata mesti yang tu sedapkan...haha saya tak tahula ini betul ke tak kan... cuma saya ingat apa yang cikgu saya cakap... sebab tu saya tak makan kerang dulu... tapi sekarang dah makan balik...

Cikgu saya kata kalau nak tahu sayur yang kita beli tu macam manakan... caranya lepas masak...tutup periuk... wap akan naik keataskan... bila sayur macam dah sejuk... buka penutup dan cium pada bahagian penutup... jika ada terbau hancing... hah! itu la dia... then cikgu saya kata lagi... kalau nak beli kerang... pastikan jangan beli yang gemuk2 yang besar gedabak tu... beli yang kecil2 yang comel2... hehe sebab yang besar2 tu biasanya makan najis Khinzir...

betul ke tak betul ...wallahualam... sebab makanan pada zaman sekarang ni... semua dah bercampur aduk... kita pun tak tahu yang mana halal yang mana haram... jadi yang penting... kita tahu makanan tu halal pada zahirnya kita makan... tak perlulah nak siasat sampai memudaratkan diri sendiri kan? tapi jika kita tahu sumbernya lagi bagus!!! yang sayur bau hancing tu... secara logiknyakan... jika baja yang digunakan itu ammonia... memang akan ada bau hancing juga...

Saya cuma berkongsi cerita... makanlah kerang tanpa was2...itu lagi baik... =)

20 Comment (s):

  1. euuwwww. nasib baik x keluar balik lucnh td. ehehe. dasatnye. dah la kerang best. wuuu~~~~

    Jom tengok

    Hebat sangat ke penangan WOLRD CUP

    ReplyDelete
  2. akak memang suka kerang terutamanya kerang masak rendang pedas... makan dengan nasi lemak. sedap!!!

    ReplyDelete
  3. saya suke kerang rebus cicah sos!!!

    sedapnye!!!

    ReplyDelete
  4. suke kerang goreng. sambal kerang. sate kerang :) kesimpulannya,suka makan kerang :)

    feel free,go here :)
    izyan's

    ReplyDelete
  5. saya x suka mkn kerang, saya suka makan sotong goreng tepong..yum2

    ReplyDelete
  6. yep!!kt serdang ada jual kerang rebos..wahh kecor bila pk :)

    ReplyDelete
  7. kat sini senang nk makan kerang rebus. tp ada tempat sedap ngn tak sedap. y sedap jauh sket, kat taman melati. mmg sedap bila dimakan dgn air ladanya!! :)

    p/s: aku tak tau ko anemia lagi teruk dari aku. huhuh~

    ReplyDelete
  8. @sarah shafie
    hehe dulu pun saya tak leh makan juga... tapi bila dah pregnant... semua bedal... sib bek kayu batu tak leh makan...=p

    ReplyDelete
  9. @miss nana
    sebab tu dah pesan kena sediakan beg plastik... hehe

    ReplyDelete
  10. @ibu emy efy eqy
    ye ke kak.. terliur pulak bila baca komen akk ni..=)

    ReplyDelete
  11. @yan

    bagus2 kalau pregnant tak kan risau hb rendah,,,

    ReplyDelete
  12. @Bert
    eh2... masa saya belajar kat terangganu dulu... selalu dapat makan semua ni...sedap2...

    ReplyDelete
  13. @ayin~weeweet
    ya ke... kat selayang ni susah nak dapat... sebab area yang saya tingal ni tak de kedai makan sangat... nak buat sendiri ... hehe tak de kelengkapan + malas... kwang2...

    ReplyDelete
  14. @Mommy Pinky bila ko nak belanja aku... ngeh2... aku punya hb memang teruk... sebab aku minum susu dan produk2 tenusu lain lepas makan... rupa2nya itu semua tak boleh... susu kena minum 2 jam lepas makan...kalau tak dia serap nutrisi...tapi alhamdulillah dapat dinaikkan dengan jayanya... hehe mana tak nya sekilo sehari makan kerang..=p

    ReplyDelete
  15. @Whitey Mommy

    kampung mertua saya di lekir, sitiawan, Perak. Dekat ngan laut. Pernah ikut derang g cari kerang.. kerang fresh dari laut pun boleh tahan besar, tak semestinya kerang yang besar diberi makan najis khinzir..

    best dapat makan kerang yang kita cari sendiri... (masa gi ke laut tu tengah peknen anak sulung)..

    saya yang tak gemar kerang terus makan bertambah2.. sebab kesegaran kerang .. rasa dia lain macam kaw.. tak serupa yang kita beli kat pasar.. manis, lemak, tak hanyir, kenyal... ermmmmm.....

    ReplyDelete
  16. @Whitey Mommy

    kampung mertua saya di lekir, sitiawan, Perak. Dekat ngan laut. Pernah ikut derang g cari kerang.. kerang fresh dari laut pun boleh tahan besar, tak semestinya kerang yang besar diberi makan najis khinzir..

    best dapat makan kerang yang kita cari sendiri... (masa gi ke laut tu tengah peknen anak sulung)..

    saya yang tak gemar kerang terus makan bertambah2.. sebab kesegaran kerang .. rasa dia lain macam kaw.. tak serupa yang kita beli kat pasar.. manis, lemak, tak hanyir, kenyal... ermmmmm.....

    ReplyDelete
  17. @Safinaz Hanum Ahmad Anuar
    yang bagi makan najis khinzir tu... cikgu saya yang cerita masa tu saya form2... hm... sebab memang ada sistem tu sebenarnya.. biasanya kerang bela... kalau sayur tu pun saya banyak kali dengar mereka siram dengan air kencing ...hm...tapi secara logiknya memang saya selalu terbau hancing kat tudung periuk... hehe sebab tu kalau sayur saya tak tutup... saya masak terus makan habis... elakkan rasa was2...sekarang makanan pun dah bercampur2,,, kecuali kalau kat kampung... tapi itu semua serah pada Allah selagi kita tak nampak zahirnya kan kak?

    ReplyDelete
  18. @Whitey Mommy

    memang ada kes cam tu bukan ajer penternak/pekebun Cina yang wat.. orang kita pun ada tergamak wat cam tu.. nak murah dan cepat besar..

    hukum makan makanan yang dibaja najis adalah halal mengikut mazhab shafie
    ni petikan dari blog ilmudan ulamak.blogspot

    Selain haiwan, adakalanya tumbuh-tumbuhan juga disirami atau dibajai dengan najis. Jadi apa hukumnya memakan buah atau tumbuhan yang disuburkan dengan najis itu? Hukumnya menurut mazhab Syafi’ie adalah halal memakannya. Namun dalam pada itu makruh hukumnya jika nyata bau najis padanya. Menurut Imam Ahmad; diharamkan buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran yang disiram dengan air najis.
    Wallahu A’lam.

    Rujukan; 1. Subulussalam, Imam as-Son’ani, jil. 4, hlm. 102.2. Al-Majmu’, karangan Imam an-Nawawi, jil. 9, hlm. 233. Nailul-Authar, Imam as-Syaukani, juz. 8, hlm. 123.

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™