Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Hati Seorang Wanita

Seorang isteri yang solehah sangat berharga lebih daripada wang ringgit lebih daripada intan berlian... tapi siapa yang harus membentuk untuk menjadi isteri yang solehah? Suami... iya insan yang bernama suami... Seorang suami harus menghargai isteri yang mereka ada... kenapa??? sebab itu adalah amanah daripada Allah... Jika kamu, seorang lelaki dapat menjaga seorang isteri dengan baik... nescaya syurga adalah tempat-mu... kerana isteri akan terhindar daripada melakukan dosa... Ingat! Isteri yang melakukan dosa... suami yang akan kena tanggung...

Tanggungjawab suami bukan dari segi luaran... tapi daripada semua aspek... rohani dan jasmani... Penderaan Fizikal, kesannya tak kan seteruk penderaan Rohani dan mental... Sebelum anda seorang suami ingin dihormati sebagai seorang suami... adakah anda pernah terfikir dan terlintas yang "Adakah anda menghormati seorang Isteri" Allah itu maha adil... kalau kita tak hormati orang lain... sudah tentu tiada siapa yang akan menghormati kita... setiap apa yang kita lakukan... akan dicatat akan dihitung dan akan dibicarakan... tapi dunia sekarang sudah akhir zaman... anda buat anda dapat... Allah bayar Cash! Dunia anda boleh lari kemana2 tapi Akhirat? boleh kah anda lari...
  • Wahai insan yang bergelar suami... Fahamilah isteri-mu sebelum anda ingin difahami... Isteri adalah seorang wanita... dan wanita adalah golongan lemah... mari kita hayati dan kenali seorang wanita
  • Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...
  • Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
  • Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu, selamanya!
  • Seorang isteri tidak akan menangis dgn mudah, kecuali di depan orang yg sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
  • Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa EGOnya.
  • Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis kerana mu,tolong pegang tangannya deng an penuh pengertian. Karana dia adalah orang yg akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.
  • Wahai suami2, jika seorang isteri menangis karanamu, tolong jangan sia2kannya.
  • Wahai suami2 fikirlah dalam2 sebelum membuat sesuatu keputusan dalam perkahwinanmu kerana mungkin keputusanmu akan merosakkan kehidupannya.
  • Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dptkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN
" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "

Lalu TUHAN menjawab
"Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini".. Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU,Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya boleh membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI 1 perkara..."

Malaikat bertanya "Apa itu Yaa TUHAN ??"
Tuhan menjawab "Bahawa "Betapa, BERHARGAnya dia (seorang wanita)..."

kredit kepada : Jom Sayang

7 Comment (s):

  1. kalaulah suami kita betul2 memahami kan

    ReplyDelete
  2. betapa besarnye pengrobanan seoarng wanita, isteri..dan ibu...

    ReplyDelete
  3. waaa..sweetnye~
    salam knal n salam ziarah..

    ReplyDelete
  4. tak semua suami tahu penderitaan seorang isteri. banyak yang lebih mementingkan diri sendiri dalam sesuatu perkara.

    ReplyDelete
  5. aduhai syahdunya... kena g peluk bini dulu le.. bye

    ReplyDelete
  6. Betul ramai suami yang tidak tau menghargai isteri dia. Sedih nya kalau hidup dengan lelaki seperti ni. Duduk rumah macam tunggul, macam orang suruhan. Sedihnya jadi macam tu

    ReplyDelete
  7. Betul ramai suami yang tidak tau menghargai isteri dia. Sedih nya kalau hidup dengan lelaki seperti ni. Duduk rumah macam tunggul, macam orang suruhan. Sedihnya jadi macam tu

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™