Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Perihal Air Sirap

Hey! kenapa tajuk air sirap pulak ni? macam tak de tajuk lain pulak nak buat entri kan? dah kering idea ke? hehe ada tak sesiapa yang cakap macam tu?no no no a big NO bukan tak de idea ya... tapi ini memang nak cerita pasal air sirap...

Siapa suka minum air sirap...put up your hand please!!! I know... jarang punya yang angkat tangan... hehe mesti akan jawab... saya suka minum fresh orange...saya suka minum Apple juice... wah gitu! ala2 mat saleh semua minuman... pandang air sirap pun tak nak...ni kan nak minum... melainkan kalau dah terdesak... anda semua berjalan berbatu2 tapi tak de nampak kelibat 7e ke stesen minyak ke yang boleh beli Peel Fresh... hanyala ada pakcik jual air sirap... ha... mesti itulah saatnya baru anda akan minum air sirap... (maaf kalau saya tersilap ya...)

sedapnya tengok air sirap nikan? eh! lupa nak cakap... kenapa asyik sebut air sirap ni??? ini adalah minuman kegemaran saya... sekarangkan musim cuti sekolah... sana sini ada kenduri... air sirap semestinya akan menjadi sebahagian daripada menu pilihan untuk dihidangkan kepada tetamu... kenapa? sebab murahla... tak kan nak bagi fresh orange... hehe kahwin ngan anak datuk pun minuma air sirap juga... tengok betapa popularnya air sirap....

Kenapa saya suka sangat dengan air sirap? pertama! murah... ini yang penting... masa study dulu kalau nak save budget tapi nak minum air manis...mesti minum sirap... srrrppp memang sedap... hehe bagi yang tak berduit macam saya ni la... air sirap baru 50sen-80sen... murahkan? kedua... menghilangkan dahaga... wah! minum sekali pun memang hilang dahaga... cuma nafsu akan cakap... minum lagi...minum lagi sampai penuh perut (saya la tu) itu jela reason dia... tepi bagi saya tiap kali minum pun mesti nak minum lagi dan lagi memang rasa tak puas...

Kalau time kenduri, air sirap ni memang saya akan tambah banyak kali... tak puas minum rasanya... tapi bukanlah sedap macam makan KFC ke Kenny Rogers ke... tapi kita akan rasa addicted gitu...

hehe sambil menaip ni tetiba pulak teringat satu kisah lama... dihari raya...( ok! tetiba plak sebut pasal hari raya)...pagi2 lagi memang saya dah join venture dengan Che Yuyu pergi beraya nak kumpul duit raya banyak2... Kami pergi la ke rumah Cikgu Norlida... hehe orang tak siap2 lagi pakai baju raya... kita dah datang nak beraya... tapi masa tu budak2... mana la tahu malu pun.... Cikgu hidangkan kami air sirap... tapi dalam gelas yang sangat2 kecik... hehe saya apa lagi... bila tengok air sirap memang terkam la... slurpp...bersungguh minum... disebabkan gelasnya sangat kecik... jadi sekali teguk pun dah habis... gulp! terkedu saya... tapi dah tertelan... ya Allah! manis leting! (loghat kelantan untuk manis giler...) dah la tak de air masak....air sirap pulak rasa macam air gula... adoi... agaknya cikgu tak ingat nak bancuh tak? terus hidang kordial kat kami... hehe lepas tu... sehari suntuk saya duk minum air masak... tapi dahaganya tak hilang2... adoi... memang tak boleh lupa penangan sirap manis tu... senang dapat diabetes kalau asyik minum manis macam tu...

masa dekat Universiti pulak... saya kongsi kegemaran yang sama dengan Mommy Pinky... Wah! tak sangka ada orang juga minat dengan air sirap... hehe apa pun memang air sirap la yang membesarkan saya... seingat saya... air ini la yang mula2 saya kenal selain milo,kopi, teh, horlicks (banyak juga tu) ...erk! macam tergantung je cerita ni... hehe tapi itu lah endingnya... =)

9 Comment (s):

  1. haahhhaa
    air sirap nie
    byk kenangan ooo

    ReplyDelete
  2. hi nisha,
    air sirap mmg sedap! anak2 pun suka. kak izan suka jgk air sirap limau...

    ReplyDelete
  3. suke! Lagi2 y bt sendiri. Bau pandan gitu..Erk, peel fresh ke, feel fresh? Wakaka.


    p/s: Nisha, 5 missed calls semalam. Aku tertinggal handset kat ofis la..huhuh

    ReplyDelete
  4. nak kata faveret sangat tu tidak..
    tp bile dahaga air sejuk/manis.. yg terbayang air sirap jek..

    ReplyDelete
  5. anis jarang minum air sirap... lau pegi kenduri kawen ade air sirap layan laa..sodap je..hee...

    ReplyDelete
  6. saya pun suka air sirap..especially sirap selasih..huhuhu

    ReplyDelete
  7. sis, yg tutorial tu sis boleh search Google 'Back To Top'

    kalau takda tutorial, sis boleh cari template yg dh sediakan siap2 icon To Top :)

    ReplyDelete
  8. oke..air tuh sangat mengiurkan..

    bella jadi haus sangat dah ni..nak sirap

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™