Perangai anak2 akan membesar ikut keadaan mereka dibesarkan... percaya tak kalau saya kata. perangai mereka susah diubah sehingga ke mereka dewasa walaupun secara luarannya kita tengok dia seorang yang ceria, tabah dan gembira... tetapi hatinya memang sering bergolak... melainkan dia mempunyai kehidupan yang bahagia apabila dia dewasa.
Perasaan anak memang kena jaga... anak2 kecik selalunya perlu dipujuk bila merajuk... kalau menangis... perlu dipeluk... kalau kita biar je... mesti rasa macam diri dia tak dihargai langsung. sikit sebanyak memang akan mempengaruhi emosinya secara keseluruhan... saya dapat rasa... itu yang paling sukar untuk seorang ibu... menjaga emosi anak... sedangkan emosi sendiri sedang bergolak, sedih, marah, hampa , kecewa, penat... tapi saya tak boleh nak tunjuk pada Khalis... cuba untuk tidak tunjuk... sebab saya tak nak dia jadi macam saya... sentiasa sensitif... murung...
Kebanyakkan kawan2 saya... saya suka mengenali dia melalui masa kecil dia... sebab pendapat saya... macam mana dia masa kecik2... bila besar macam mana pun sikapnya... itu adalah disebabkan zaman kecik dia... jadi dari situ kita boleh paham dia macam mana... tak boleh nak expect berwajah ceria... bersenyuman manis... dalam hatinya sentiasa bertaman... tapi kekadang... keadaan yang menyebabkan kita perlu dan harus berlakon... demi untuk kepentingan semua... "hati sendiri sape yang nak jagakan... asyik saya je kena jaga hati orang" kalau persoalan ni timbul saya rasa... seseorang tu akan tenang dan gembira...walaupun dalam hatinya berduka... jika... orang yang rapat samada ahli keluarga atau rakan yang memahaminya secara tak langsung... ya... itu lah jawapannya...
Hm... bukan mudah untuk mngubah sikap... kalau berubah pun sekadar luaran... macam mana nak cakap ya... maksudnya kita hanya boleh disiplinkan diri untuk mengawal sikap kita... bukan untuk merubahnya 100%... sebab bagi saya... untuk merubah sikap memang sangat susah... tapi mengawalnya adalah ya!... mungkin ada yang tak setuju... tapi kalau saya tanya pada diri sendiri... inilah jawapannya...
Saya memang membuat pemerhatian saya sendiri... saya bandingkan diri saya dan juga dengan kawan2 saya yang dibesarkan secara aman dan makmur... ada mak dan ayah yang mendidik... ada kewangan yang stabil... ada adik beradik yang bekerjasama dan saling menyayangi... kehidupan mereka lebih kepada tersusun dan teratur... berbanding dengan saya... saya rasa hidup saya agak huru hara.. dan tak teratur... ini saya perasan saya dari kecik lagi...
Saya memang tak pernah ada rasa kuat semangat.. mungkin disebabkan saya jarang mendapat support daripada family terutamanya... kekadang hati ini mudah rasa tawar... rasa macam tersisih... Mungkin masa yang akan merubah segalanya apabila saya yang akan betul2 matang... hanya siapa yang betul2 mengenali saya sahaja akan tahu... saya ni macam mana... in personally memang saya seorang yang sering memerlukan tempat bergantung... Walaupun ada yang sering tersalah anggap hanyalah kerana mereka tidak mengenali saya... betul kata one of my friend... terlalu lurus pun tak boleh... kalau bengkok sangat pun lagi tak boleh... tapi... adakah saya memang masuk dalam kategori terlalu lurus... kekadang apa yang saya nak sampaikan pun tak tersampai...
entahlah... titik...
betul tu...kdg2 kalau anak kita tak denngar kata pun bila kita suruh buat sesuatu dia akan mengikut bila kita peluk dia
ReplyDeleteInsya'allah mommy.. Ibu yakin mommy mampu tempuhi setiap perubahan fasa kehidupan demi hari mendatang.. Kekuatan itu ada dlm diri kte cuma kadang2 dia jauh trsembunyi tnpa kita sedar.. Sedikit demi sedikit dia akan mula timbul apabila tiba saatnya nanti.. :D
ReplyDelete