Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Wajib Dibaca Oleh Semua Customer saya yang Menunggu

Salam semua.
Pertama kali saya mohon maaf sesangat. Kepada semua customer saya yang tengah menunggu template mereka untuk didesign. Saya tak tahu la kenapa macam2 masalah yang berlaku lately sejak daripada Pindah rumah [Khamis -27/01/2011] hingga ke hari ni... satu persatu masalah yang timbul yang menganggu kelancaran saya untuk mendesign template dan order2 anda yang lain.

Mula2 pindah rumah, kemudian peranakan saya turun [bagi sesiapa yang pernah mengalaminya mesti tahu sakitnya macam mana. memang saya tak boleh diri untuk push design, nak suap makan Khalis pun paksa diri. Bila buka laptop. ada satu lagi masalah. LAPTOP SAYA TERSANGAT LA LEMBAB HINGGA NAK GERAKKAN CURSOR PUN TAK DAPAT.

Saya cuba baiki sendiri [sebab saya tak de external hard disk dan juga apa2 penyimpan maklumat yang boleh tampung semua design2 saya kat dalam laptop ni. Hampir 30Gb semuanya. ]. Setelah sekian lama baru saya dapat detect apa masalah laptop saya . Iaitu

CPU USAGE 100%.

Puas saya google dan bertanya rakan2 untuk menyelesaikan masalah ini. tapi masih juga macam tu. memang tak boleh nak design. Kalau surf internet ke, balas email, dan balas chat kawan2. memang lambat sangat2 taip satu huruf 30 saat lepas tu baru keluar hurufnya. Itu belum design lagi. Untuk menambahkan lagi kepastian anda semua terhadapa masalah saya ni... boleh la search kat google perkataan CPU USAGE 100% dan baca la serba sedikit itulah masalah yang saya hadapi.

Mula2 masa buka laptop segala2nya ok... selepas 10-20 minit dia akan hang sekejap dan terus akan lembab untuk gerakkan cursor, scroll bar dan juga nak bukan page by page termasuklah segala2 software yang ada dalam laptop ni. Pernah dalam tengah lukis2 cupcake untuk Kak Mimie tetiba stuck. saya memang risau masa tu sebab tak save lagi dah la bukan mudah nak lukis lepas tu dah agak banyak saya lukis. tetiba dia hang kalau terpadam memang saya akan kena terus lukis baru. nasib baik saya cuba juga untuk save dan berjaya di selamatkan. alhamdulillah. lepas pada tu memang saya tak berani nak design lagi. nanti kalau design tetiba hilang semua. macam mana?

Dah scan tapi tak de virus. dah buang spyware tapi masih juga jadi macam ni. nampaknya tak de jalan lain lagi selain daripada FORMAT terus laptop ni. tapi nak backup semua files yang ada dalam ni berapa lama ya??? Ya Allah... satu persatu ujian yang dia bagi untuk menguji saya.

Saya harap semua customer saya faham... saya bukan mencari alasan untuk tidak mahu mendesign atau mengelak. sebab ini sahajalah mata pencarian saya. tapi Laptop pulak adalah NADI saya untuk mendesign kalau laptop tak boleh pakai saya pun memang tak de source lain untuk siapkan semua order2. Harap semua customer saya bersabar buat sementara waktu. Insyaallah bila segala2nya dah ok... saya akan cuba sedaya upaya untuk siapkan semua tempahan anda dalam masa terdekat.

Ok... saya nak kena pergi format laptop. atau ada sesiapa yang boleh tolong bagi solution sebelum format mungkin masih boleh diselamatkan. saya cuba untuk menjadikan FOrmat laptop adalah jalan terakhir...:( sebab banyak sangat kerja nak kena siapkan ni... huhu...

P/s: Actually ini berlaku lepas saya blogwalking hari tu... :( ada blog yang saya detect mempunyai spyware/virus. kengkawan jangan la pakai widget widgeo... atau sebarang widget yang mempunyai pop-up windows. semua ini akan diiringi oleh Virus atau spyware. Kesian orang macam saya ni... huhu nak blogwalking pun dah takut...

sempat saya siapkan entry ni... lappy saya dah jadi balik...:(((((((

6 Comment (s):

  1. Jenuh ler mcm 2 mommy.. Sabar ye.. Ermmm mmg tension jadi mcm ni.. Kalo kat ibu di opis 2 dulu blk je dr cuti panjang tgk2 pc problem.. mmg tension sbb keje kte tergendala.. mula rasa nak amuk kan je.. :D

    ReplyDelete
  2. aduhh stress kan mcm tu..tkpe la nk buat cmne..slow2 jela...sabar menunggu ok...

    ReplyDelete
  3. sabar ye sha...insyaAllah ada rahmat di sebalik semua yg jadi tu. harap2lah semua customer sha faham keadaan yg sebenar

    ReplyDelete
  4. sabar yer... takpa.. take ur time... :-)

    http://www.delicious-cuppies.com

    ReplyDelete
  5. xpe lah sha..try je format semoga lepas ni semua ok..klu ada rezeki pakai pc la bleh simpan byk size pon besar..gud luck eh ;)

    ReplyDelete
  6. sblm format, biasanya dlm lappy ada divider, kalau simpan file dlm A/B/C DRIVE..insyaallah boleh dslmtkan sb, time format dia x akan kacau drive ni. masa format tu kene alert skit,sb kene select...hmmm...itu jer boleh bagi tau..hrp ade yg boleh membantu..

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™