Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

.::Cara Mengatasi Morning Sickness::.


Memang perkara biasa kalau ibu yang hamil mengalami morning sickness...rasa mual,loya, muntah, dan pening memang sinonim dengan mereka yang mengalami morning sickness... Ada yang mengalami sekejap saja tempohnya... ada yang mengalaminya sampai bersalin... lama kan? ni saya pernah dengar cerita daripada kawan saya... masa pregnant, morning sickness saya tak lama... 2 bulan je... lepas masuk bulan ke-4... saya dah ok... cuma memang tak boleh nak masuk bilik air je la... asal masuk je muntah... kalau muntah pulak... rasa macam nak keluar semua isi2 perut... sakit sangat! saya tak suka muntah... walaupun saya tak pregnant... terseksa sangat kalau muntah...

banyak yang saya baca tentang cara2 untuk mengatasi morning sickness ni dan tak kurang juga nurse bagi advice untuk saya... bila tiap kali pergi klinik mesti mengadu kata loya... tak tahan dengan loya... misi pun biasanya cakap..."biasala tu ibu mengandung, kena sabar...lama2 hilang tu" hehe... mengada2 la pulak saya ni kan?
ni la caranya untuk mengatasi morning sickness...

1. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap... elakkan daripada makan dengan banyak kerana akan menyebabkan anda berasa mual...

2. Makan makanan yang mengandungi karbohidrat untuk membantu hilangkan rasa mual...antaranya roti dan kentang...

*masa saya pregnant. nurse cakap makan biskut yang oatmeal (Jacob's) sebelum masuk bilik air... tapi saya stop makan lepas saya terbaca... makanan yang mengandungi wheat ( seperti oat, roti berserat) akan menyerap nutrisi daripada makanan lain.. jadi di bimbangi bayi akan kekurangan nutrien...

3. Sewaktu bangun daripada tidur terutamanya pada waktu pagi...jangan terus bangun secara tiba2.. haruslah duduk terlebih dahulu untuk menstabilkan tubuh sebelum bangun secara perlahan2.

4. Hindari makan yang berlemak, berminyak dan pedas kerana ia akan menburukkan lagi gejala morning sickness.

5. Pastikan anda minum air yang banyak walaupun sering muntah. minum air masak atau pun jus buah-buahan. ini penting bagi memastikan tubuh mendapat air secukupnya... hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kafein...(kopi, teh, nescafe,indo cafe dan semua yang ada cafe2 kat belakangnya...)

6. Jika anda merasa mual yang teruk sehinggakan tak boleh langsung nak makan...berjumpalah dengan doktor. ubat tahan muntah pasti akan membantu anda...

*Semasa saya mengalami morning sickness mula2 memang asyik rasa loya... tapi tak de la sampai tak boleh nak makan...makin banyak makan adalah..hehe tapi nak hilangkan rasa loya tu saya minta dengan doktor ubat tahan muntah... sebab macam mengganggu je rasa loya tu... nak buat kerja pun tak boleh... mesti kena ada makanan kat sebelah... kalau tak makan akan rasa loya... camner tu? mana berat badan tak terus naik mendadak ... hehe semua salah morning sickness!!!...

7.Anda boleh cuba amalkan minuman halia... ini kerana halia diakui secara tradisi boleh mengatasi rasa mual.

8. Kurangkan berada dihadapan komputer kerana papan monitor boleh menyebabkan morning sickness anda makin menjadi2...

*hehe ada juga info macam ni kan? ni untuk ibu2 yang suka main blog eh?

9. Makan buah epal kerana ini boleh menghilangkan rasa mual. anda juga boleh minum jus epal yang ditambah dengan sedikit madu...

*memang ini adalah salah satu cara saya nak hilangkan rasa mual... saya minum jus epal (feel fresh) dan juga makan epal... epal mesti saya atau my hubby beli setiap hari...

10. Pakai baju longgar dan tidak ketat bagi mengurangkan rasa mual... kerana baju yang ketat ni akan menekan bahagian perut...


Whitey Note: macam mana best tak? hehe info ni saya rasa menarik untuk di kongsi bersama2...


18 Comment (s):

  1. sangat best. hahaha! kite punya morning sickness, tak boleh masuk dapur rmh sendiri, dan tak leh bau nasik selama 3bln. huhuhuu! brt trn mendadak time tu :)

    ReplyDelete
  2. "makanan yang mengandungi wheat ( seperti oat, roti berserat) akan menyerap nutrisi daripada makanan lain.."

    ooh..baruku tahu

    ReplyDelete
  3. kawan mie lelaki.. bagi petua.. tak tau la melawak ke hapa.. dia cakap.. dia bagi bini dia naikkan badan sikit sebelum preggy bagi elak loya loya nie.. sebab bila preggy tak lalu makan.. so bila tak lalu makan mula lah loya ker hapa ke.. hehehe apa tah... dengar n senyum je laaa... tah tah betul.. hehehehe

    ReplyDelete
  4. @ch@
    hehe ya ke cha? sebab anak perempuan kot... orang kata kalu mengandungkan anak perempuan alah teruk pada makanan.. hehe...

    @Ummi Aisyah
    a'ah ummi.. tapi tak de la sampai tak boleh makan langsung... cuma kena tunggu 2 jam selepas makan abaru boleh makan makanan lain atau sebaliknya..

    @miMiE aZiMaSK ^V^
    boleh pulak macam tu... hehe loya ni bukan pasal tak lalu nak makan ke apa.. tapi disebabkan baby kat dalam perut tu perlukan ruang.. jadi hormon2 akan mencetuskan rasa mual..tambah pulak ruang bahagian perut dah makin menyempit... jadi angin ditolak ke atas.. sebab tu rasa mual...

    @Mawar Putih
    thanks Mawar... jemputla datang selalu..

    @MAS ( DUNIAKU )
    betul mas... masa mengandung memang best... terutama anak pertama kan.. rasa macam istimewa...

    ReplyDelete
  5. bestbestbest.tapi bukan untuk saya.haha.

    ReplyDelete
  6. best memang best..tapi saye semakin lemah...dah try semue tu...tapi tetap keluar juga..yang x bestnyer saye x boleh langsung makan...sampai menangis...nih baru 2 bulan...hope jgn la lame sgt..

    ReplyDelete
  7. hai..una pn tgh moning sickness skrg..asyik muntah2..dok umah leh tahan skit.dh sampai opis, br kt luar opis dh muntah..mmg xtahan sangat..bile dh msuk opis, lg la m'jd2 mual & muntah..

    ReplyDelete
  8. sy plak xbleh masuk dapur..apetah lg mmasak..sian hubby kdg2 kne masak..bau badan org pun sy nak termuntah..huhuuu...tp nti nak try la yg jus epal tu...mana tau kot2 menjadi...tq

    ReplyDelete
  9. sy bru je 2bln pgrnent...dah masuk air,kurang air sebab kerap sgt muntah...lemah je bdn..mkn pun muntah balik...pil tahan muntah ade jgk membantu...tp xbyk sgt....huhu..

    ReplyDelete
  10. Sy bru nk msuk 3 bln. Rase loya n muntah ni bru je dtg. Lngsung xbleh mkn mknan favorite sy. Semue mknan brempah, PDAs langsung xbleh bau. Kne mkn buah n sup sayur jer.

    ReplyDelete
  11. Asalam..terima kasih..satu pkongsian yg bmanfaat..oo patut la saya xde muntah2 pregnant anak ke3 ni..sbb xtau knape dr sy awal mngandung sy suka makan epal..sarapan pg mkn epal,lunch mkn epal,mlm epal..nk masuk tdo pn smpat lg mkn epal.slps mkn epal baru la sy mkn makann yg lain mcm nasi ke ape2 jela..skrg sy dh masuk mggu ke12, still loya2 dn mual..tp xde lg smpai muntah2 mcm pregnant anak 1&2, teruk sgt loya smpai xboleh nk mkn dan tpaksa kena tahan wad utk masukkn air..

    ReplyDelete
  12. assalam...sy masih blaja kt sbuah ipta. tp dah kawin..then tak lama lpas tu disahkan pregnant. skarang baru 7 minggu. memang seksa kalau loya time blaja..ada je tak kena..kelas pun terpaksa ponteng..dugaan. by the way,perkongsian yg sgt bermanfaat. tq.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum sis.. menarik perkongsian sis tentang epal tu.. tak kisah ke buah epal hijau atau merah ye sis???

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum..sy bru 6 minggu 4 hari..muntah & mual agk terok..klu muntah kah suku baldi ade..thanks ats perkongsian buah epal hijau tu...insyallah sy akn cuba..

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

  16. Artikel yang menarik mengenai cara melegakan morning sickness. Morning sickness ini berlaku kerana terdapat kenaikan hormon estrogen dan beta-HCG di dalam darah wanita hamil dalam tempoh 6 minggu hingga 3 bulan pertama penghamilan.

    ReplyDelete
  17. bestnye tips nie...blh amalkan nnt kalau mabuk2 masa mengandung :)

    ReplyDelete
  18. kalau mcm kita yg kerja hadap komputer nie cemana? >.<

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™