Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Kenapa Saya Mudah Kecil Hati?


yayy! watermark baru dah siap...cantik tak?
watermark tu gambar warna pink yang ada kat blog tu la...
ada siapa2 yang nak buat?
kalau nak tempah pergi ke blog ni...
my bizz online
hehe ni watermark kedua yang saya tempah...
heh! bukan nak cerita pasal ni...
(saja wat promotion)...

tapi nak cerita kenapa saya mudah sangat kecik hati?
tapi cepat hilang...
cepat sangat terasa hati...
selalu sangat rasa sedih...
kekadang memanjang aje rasanya tapi kena juga maniskan muka...

orang kata personaliti berkait rapat dengan apa yang kita minat...
tarikh lahir, hari lahir dan bulan lahir...
pasal diri saya...

Suka warna pink dan putih...
Suka bunga Ros...
Lahir hari Sabtu...
Lahir pada 10 Ogos 1985
Ikut Kalendar Islam 23 Zulkaedah 1405
Anak Tunggal
Pink
Penggemar warna pink adalah orang yang sensitif, ramah dan memiliki keperibadian yang manis.
Dia sangat menyukai masa kanak-kanak yang menyenangkan dan menginginkan kehidupan yang romantis.
Dia seorang yang feminin, pengemas dan penuh jenaka.
Seorang yang tegas dan jujur.
Dia juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.
Dia Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.

Putih
Dia seorang yang mempunyai sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk.
Dia juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati dia sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.
Dia juga seorang yang boros berbelanja

Bunga Ros
Seorang yang suka menggoda, bertenaga dan mempunyai tarikan tersendiri.
Dia seorang yang sangat menghormati dan dihormati orang lain. Dia juga seorang yang sentiasa bersedia dan berani.

Hari Sabtu
Seorang yang kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan anak dan suka bertikam lidah adalah antara nilai dirinya.
Namun, dia tegas pendirian, cerdas pemikiran serta teliti dalam banyak hal menjadikannya wanita istimewa.
Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita.
Apabila bercinta, suka menyelidik latar belakang pasangan dan suka menguji.
Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan.
Wanita ini akur dan mengikut perintah suami.
Seksualnya agak dingin tetapi jika kena gayanya, ia penuh dengan kelembutan.
*pasal anak tu saya rasa tidak betul sebab saya sangat sayangkan Khalis...dan mengemari dia...

Bulan Ogos
Suka berlawak.
Mudah tertawan padanya.
Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
Berani dan tidak tahu takut.
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
Pandai memujuk orang lain.
Terlalu pemurah & bersikap ego.
Nilai harga diri yang sangat tinggi.
Dahagakan pujian.
Semangat juang yang luar biasa.
Cepat marah & mudah mengamuk.
Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
Sangat cemburu.
Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
Cepat berfikir.
Fikiran yang berdikari.
Suka memimpin & dipimpin.
Sifat suka berangan.
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
Belajar untuk bertenang.
Sikap kelam kabut.
Romantik, pengasih dan penyayang.
Suka mencari kawan

Bulan Zulkaedah
Perwatakannya pendiam.
Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk.
Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.
Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru.
Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Anak Tunggal
Dia sering merasakan diri mereka kesunyian.
lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
lebih bijak bergaul.
lebih cepat matang.
terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
Kebiasaannya anak tunggal kaya dengan perasaan.Ini menjadikan mereka individu yang lebih sensitif kerana mereka telah terbiasa dengan limpahan kasih sayang daripada ibu bapa.
mereka jua tergolong diantara orang yang tidak menghiraukan perasaan orang lain langsung atau pun terlalu mengambil berat.
Ini bergantung kepada cara bagaimana mereka dididik.
Terdapat anak tunggal yang berasa kurang selesa apabila berada di khalayak ramai.Keadaan ini akan membuatkan rasa tidak selesa apabila berada di rumah mentua yang mempunyai ramai anak,menantu dan cucu.Tetapi ada juga yang sebaliknya.
Sentiasa merasa diri mereka betul dan sentiasa mahukan perhatian.
Selalunya anak tunggal apabila berkahwin,inginkan jumlah anak yang ramai.Ini disebabkan oleh pengalaman hidupnya yang sering kesunyian tanpa adik-beradik.
Selalu tidak mempunyai keyakinan diri dan malas berfikir.Situasi ini berlaku pada anak tunggal yang terlalu bergantung pada ibu bapa.
Pendiam dan suka menyendiri.

Whitey Note : hm... macam ada yang sama dan ada juga yang tak sama... hehe tapi memang kebanyakkannya menyentuh sifat saya yang sensitif dan cepat marah... Kepada Jana: sila bagi komen ya...

5 Comment (s):

  1. tq 4 d info.. nice watermark.. mahai dak.. hehehehe

    ReplyDelete
  2. minat cerita korea n jepun? jom singah blog.. ada info best punya... heeh

    ReplyDelete
  3. wah...bnyk yg sama ke bnyk yg tak sama...heheheh...nice blog ni tau..sebab cute jerk

    ReplyDelete
  4. ermmmm..no komen. (haha..dah tahu xnak komen ape2..takyah post komenlah ek.hehehhehehe..........)

    ReplyDelete
  5. Yang baik tu betul yang tak baik tu salah la..haha :)

    seksual tu betul la ek? isyh2~ :8)

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™