Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Mitos ketika kehamilan


semasa saya pregnant banyak yang saya dengar larangan itu dan larangan ini...
tapi ada yang saya ikut dan ada yang saya tak ikut...
tentang makanan yang saya suka makan memang saya tak ikutla..

orang kata tembikai sejuk tak boleh makan nanti akan efect bayi...
tapi saya suka sangat makan tembikai...sampai sebiji pun boleh habis kat saya seorang...
sebab saya pernah terbaca dalam buku Dato' Siti Nor Bahyah yang makan tembikai boleh mencerdaskan fikiran...

makcik bidan yang mengurut saya cakap rambutan boleh menyebabkan bayi tak normal atau keguguran...
erk! saya tak pernah tahu pun hal ni...
masa pregnant berkilo2 sehari saya makan rambutan...
alhamdulillah tak de apa2 pun jadi kat Khalis...

mata kucing tak boleh makan masa pregnant...sejuk!
yang ni saya percaya sebab setiap kali makan mata kucing...
mesti badan sakit2...
tapi buah lain tak pula...

ikan keli dengan ikan pari tak boleh makan masa pregnant nanti bisa2 badan...
masa tu saya tak risau pasal makan ikan keli dan ikan pari sebab dua2 pun saya tak suka makan...
tapi masuk5 bulan (kot) saya mengidam nak makan ikan keli...
(walaupun sebelum mengandung memang saya geli sangat nak makan ikan ini...)
saya nak makan ikan keli setiap hari jadi seekor sehari memang wajib...
kalau tak perut ni rasa tak kenyang walaupun makan berbakul2 (hehe plak!)
saya pernah buat entri tentang ini...
kalau berminat sila baca...
tapi sebelum makan saya ada bertanya pada mak kawan saya (neeza)
mak neeza cakap"masa mengandung ni nak makan apa pun makan tapi dah lepas bersalin memang banyak la makanan yang kena pantang tak boleh makan...

seingat saya semua benda saya makan masa saya pregnant dulu..
tak de pantang pun masa pregnant...

yang ni pula info tentang mitos yang saya baca daripada sebuah buku...

Garam menyebabkan kaki bengkak
ia sebenarnya tidak benar...
pada kehamilan biasa ianya tiada kaitan dengan pengambilan garam...
kenyataannya kaki yang bengkak adalah disebabkan oleh aliran darah tidak lancar...
tetapi jika anda adalah ibu mengandung yang menghidap penyakit darah tinggi,
pengambilan garam haruslah dikurangkan kerana ia akan menambahkan tekanan darah...

semasa kandungan saya masuk 7 bulan...
kaki saya bengkak...
ramai orang kata saya mudah bersalin sebab badan saya banyak air...
kata mereka bengkak tu sebab air...
saya iakan saja...
tapi lepas bersalin, bengkak tu surut...
alhamdulillah memang saya mudah bersalin...

Banyak minum ais membuatkan bayi jadi besar dan sukar untuk melahirkan...
ia sebenarnya tidak mempunyai kaitan langsung...
kerana bayi yang besar selalunya berlaku kepada ibu yang menghidap kencing manis(diabetis)
ketika hamil...
kerana itulah semasa pregnant kita akan disarankan supaya tidak mengambil gula yang berlebihan...

jiran saya pernah cakap pada saya jangan minum ais atau makan ais krim masa pregnant...
terutama pada bulan2 akhir bersalin kerana takut baby kembang...
tapi masa pregnant... saya memang tak minum ais...
kalau minum pun sikit2 je...
daripada awal lagi memang my hubby tak bagi saya minum ais...
( hehe sebab saya selalu kram! dia tak nak la saya kram...nanti dia yang kena urut...ngeee)
tapi kalau ais krim memang saya hantu...
hari2 saya makan ais krim vanilla kat mcD...
sebab saya selalu pedih ulu hati...
bila makan ais krim vanilla tu sejuk sikit...(ada pulak cam gitu ya!)
tapi memang kalau makan ais krim vanilla rasa pedih ulu hati akan kurang...
(petua ni petua...sila catat ya...)
berat badan saya naik dengan mendadak (25kg)
misi risau sampai buat surat suruh rujuk doktor pakar...
tapi doktor kata baby saya normal cuma saya je la yang kembang semangkuk...(hahaha)
*setiap kali saya kram... my hubby mesti tanya "sha ada makan ais krim ke?" sebab dia tahu memang saya akan pantang dengan ais... tapi dia juga tahu yang saya pantang jumpa dengan ais krim...hehe )

Susu Soya membuat kulit bayi jadi putih
ini memang tiada kaitan langsung...
warna kulit ditentukan melalui pigmen yang membentuk kulit dan ianya berkait rapat dengan faktor genetik si ibu dan bapa...
susu soya tidak menjadikan kulit bayi putih...
namun ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk perkembangan bayi...

yang ni memang saya tak percaya pun...
misal contoh : takkan kalau kahwin dengan negro nak anak anak putih melepak macam mat saleh kan? hehe
seorang kawan ( berbangsa cina) saya pernah cerita pengalaman dia masa pregnant...
semasa mengandungkan anak perempuan, dia banyak minum air soya...
tapi anak perempuan dia yang lahir berkulit gelap...
berbalik pula pada anak lelaki...
hari2 dia memang suka minum kopi, makan nasi lemak, makan mi kari...
tapi anak lelaki dia yang keluar memang putih melepak...
suami dia berkulit gelap dan dia berkulit cerah...
ini membuktikan yang faktor genetik yang memainkan peranan penting...

lagi satu saya pernah dengar yang minum air soya pada awal2 peringkat pregnant boleh menyebabkan keguguran...ini pun tak tahu kesahihannya...

saya juga pernah dicadangkan oleh seorang kawan yang minum minuman yogurt dan makan yogurt akan membuatkan kulit anak jadi putih...
betul ke?
tapi masa pregnant memang saya makan dan minum semua tu...
sebab tu Khalis berkulit cerah ke? erk!

*tetiba keluar: misi pernah berpesan dengan saya kalau lepas makan nasi jangan ambil sebarang biskut yang mempunyai serat, minum susu atau air soya kerana akan membantutkan penyerapan makanan ke dalam tubuh...
nanti baby tidak akan mendapat nutrien yang cukup...
cara yang terbaik adalah minum atau makan semua benda tu 2 jam selepas makan.

Hubungan intim semasa hamil memudahkan untuk bersalin...
ada benarnya kerana sperma membantu kontraksi semasa bersalin...
tetapi perlu dipastikan kehamilan tidak mempunyai masalah
contohnya jika menghadapi masalah uri dibawah atau penyakit lain...
anda perlu mendapatkan nasihat daripada doktor...
apa yang penting! (bukan kerjasama ya!) untuk mudah bersalin adalah bermaaf-maafan terutama dengan suami dan ibu...
bagi saya la...
(nak hurai yang ni kena masuk bab agama pulak...)

whitey note: kalau nak cerita pengalaman semasa pregnant memang banyak... sebab itu la bagi saya saat saya pregnant adalah saat yang banyak beri saya erti kehidupan dan merupakan saat yang terindah dalam hidup saya...


9 Comment (s):

  1. Hehe..suka baca n3 ni. Tapi betul, akak pun takde pantang apa masa pregnant, semua yang akak teringin akak bedal..alhamdulillah baby yg kuar semua ok, harap yg ke 4 ni pun ok. Tapi ada kawan kata, kalau minum soya banyak sgt masa peknen boleh menyebabkan anak mudah dpt eczema, ni tak tahu juga kesahihannya, apa pun masa peknen tu banyakkan berdoa, baca surah yassin bebanyak untuk memudahkan proses bersalin dan doa supaya 3S tu bersama kita. 3S = sihat , selamat, sempurna..aminn.

    ReplyDelete
  2. @~ yus ~
    hehe ya la kan akk... semua makanan kan dari allah... hm.. sebab kacang soya sekarang yang ada semua dah diubah genetiknya...sebab tu banyak komplikasi... hm...

    ReplyDelete
  3. memang betul n kena pada masanya n3 awak ni... :D. tp ttg soya tu, elok minum untuk IQ. ni terbukti sorang teman yg ada 5 anak, di amalkan minum air soya buatan sendiri (resipi sendiri), IQ anak2 dia Alhamdulillah... bagus.

    Makan apa pun masa preggy berpada2 sbb tak nak terlbh makan nnt mudarat diri sendiri dan anak2. Kalu badan tak leh terima (pada hal masa sblm preggy leh je bedal) masa preggy tak tahan jgn makan la... cam gitu le...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. hehe betul fatin... memang camtula.. kacang soya tu bagus untuk iq..sebab kebnyakan orang kata untuk dapat anak putih melepak...

    ReplyDelete
  6. owh, time amek biologi dulu pon cikgu cakap hubungan kelamin semasa pregnant digalakkan. tapi xde la time 8 month camtuh pon nak gak kan? :P

    ReplyDelete
  7. salam..masa pregnantlah akak tak pantang makan..makan apa tekak nak makan.

    masa pantang ajerlah kena pantang kan..lepas tu belasah balik..

    ReplyDelete
  8. info yg brguna pd bakal2 ibu hehe, comel la baby u dear

    ReplyDelete
  9. info menarik...
    lihat nutrisi yang diperlukan ibu hamil dan berpantang di
    http://www.hanasihat.blogspot.com/2014/07/nutrisi-ibu-hamil-dan-berpantang.html

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™