Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Elakkan Semasa Hamil!

semalam cakap pasal baby...
hari ni pun baby juga...
kepada sahabat saya yang belum berkahwin tu jangan la bosan pula ya...
ini boleh dijadikan sebagai pengetahuan untuk anda...
bagi yang lelaki pula, ha...nak kahwin nantikan?
boleh dijadikan pengetahuan untuk menjaga isteri nanti.

Proses pembentukan seseorang manusia berlaku semasa proses kehamilan...
jadi ianya penting untuk dijaga dengan rapi...
saya tidak menjaga rapi dalam pemakanan saya...
( sebab tu la berat badan saya naik mendadak sehingga 20kg... haish...sampai sekarang pun masih tak kembali ke bentuk badan yang dulu...hehe)
tapi daripada segi persekitaran memang saya sangat2 cerewet...
sebab itu la Khalis cerewet... (hehehe)

semasa pregnant banyak perkara yang perlu diambil berat dan tidak boleh menganggap ianya sambil lewa...Awas ! ya... walaupun perkara itu sangat remeh...
ok! kita pergi pada pointnya...

anda pernah melakukan manicure@pedicure (ehem2! mesti tertanya2kan? hehe ala...rawatan kuku kat saloon tu...)
ini perlu dielakkan terutama sewaktu hamil 3 bulan pertama kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia yang menjejaskan kandungan...

ok! next...
Facial...
siapa suka buat facial (sila angkat tangan...)
jika sekadar menggunakan produk yang bebas daripada kimia tidak mengapa
(tetapi pastikah anda produk2 yang digunakan bebas daripada bahan kimia)
kalau tidak pasti sila jangan lakukan facial ya...

Mewarnakan rambut
ini untuk hot mama(s) yang berada diluar sana...sila ambil perhatian...
sebolehnya anda elakkan terutama pada pada peringkat 3 bulan yang pertama...
kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna akan meresap masuk kedalam kulit kepala
(kulit kepala kita ni ibarat seperti span tau...ia mudah menyerap...)
dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan anda...

Kasut bertumit tinggi...
(ha...siapa yang suka pakai tu? hns...hns...?)
tidak perlu bergaya dengan kasut tumit tinggi semasa hamil...
(sebab dah nampak perut boyot...tak de siapa nak layan...=P)
semakin bertambah usia kehamilan semakin bertambah berat badan...
badan mudah hilang keseimbangan dan mungkin menyebabkan anda terjatuh...

ubat nyamuk!
elakkan daripada semua jenis ubat nyamuk...
tidak kira samada jenis yang bakar, sembur ataupun sapu...
kerana ianya mengandungi bahan kimia yang sangat merbahaya untuk kandungan...
(dulu saya menggunakan serai wangi yang saya beli di giant dan satu lagi, ada sejenis ubat nyamuk yang berbentuk pelekat tapi pilih yang serai wangi - ini organik bukan bahan kimia... ada di jual di guardian ...hehe lepas ni ramai la orang pergi serbu store2 ni...)

Derma darah
kalau dah ibu mengandung tu...tak da siapa yang benarkan anda derma darah...
kerana jika kekurangan darah boleh menyebabkan ibu mengalami anemia...
(saya dulu pernah mengalami anemia tetapi selama sebulan je... sebab lepas tu terus makan bayam, kerang - erk! walaupun tak suka, dan hati lembu -sedap! masak goreng...)

Membawa Barang
elakkan membawa barang berat terutama setelah kehamilan memasuki 7 bulan...
boleh menyebabkan keguguran...

Durian!
(ini saya sangat2 suka...)
Elakkan daripada makan durian terutama pada trimester pertama kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akan menyebabkan keguguran...
(nak cerita ni... selit sikit! saya masa 5bulan kandungkan khalis memang hantu durian...hari2 habiskan 3 biji durian...my hubby memang ikut je...balik kerja mesti ada durian kat tangan...tapi saya akui lepas makan durian memang perut akan jadi sakit...
suatu hari kami pergi bertandang rumah sepupu my hubby, saya minta durian masa nampak durian... isteri sepupu my hubby- kak as : "sha, u makan durian ke?" saya iyakan aje...apa lagi menjerit la dia... dia cakap : "mana boleh makan durian! nanti boleh sebabkan keguguran..."
my hubby pun menyampuk : "diakan kak as...hari2 pun nak makan durian... tak dapat muka masam macam apa ntah!" ...apa lagi...dengan my hubby sekali la kena leter... hehe lepas pada tu my hubby kata :" lepas ni jangan harap abang nak belikan durian lagi" ...sedih! tapi...saya masih juga makan...orang tak nak beli kita pergi bila sendiri...hehe...tapi saya makan sikit je... setakat 2,3 ulas.. sebab kekadang rasa macam teringin sangat...takut nanti kempunan...
makan sikit tak pe...jangan makan banyak...hehe)
tapi anda semua jangan ikut ya... kalau dah tak boleh memang tak boleh...
kekadang sesetengah orang tahan...
tapi ada yang tak tahan...
jadi jangan ambil risiko untuk cuba2...
tapi kalau mengidam tu makan la sikit... orang kata buat rasa...
orang kata,kalau nak - makan masa umur kandungan 4-7 bulan sebab masa ni baby kuat sikit ...(tapi jangan dengar orang kata!)
panjangnya pasal durian...
ok! next...

Kapal Terbang
elakkan menaiki kapal terbang terutama ketika umur kandungan 7 bulan keatas kerana tekanan di udara menambahkan risiko terhadap kandungan anda...

Gincu Bibir(lipstick)
(ini memang sinonim dengan wanita...tapi saya memang tak suka pakai...beli satu 3,4 tahun pun tak abis2...)
jika anda suka memakai lipstick semasa hamil elakkan daripada menjilat bibir...
kerana bahan pewarna dan pengawet yang terdapat didalam lipstick jika tertelan boleh merbahayakan baby...
jadi pada saya, lebih senang jangan pakai lipstick
(dulu masa belajar, lecturer saya pernah bagi tahu yang lipstick mengandungi bahan kimia (kalau tak silap saya nama bahan kimia tu arsenik) yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang yang serius!)

Krim pemutih
(sebab semasa hamil kulit kita akan cenderung untuk menjadi lebih gelap kerana sel2 kulit aktif bekerja)
ini boleh menjejaskan kandungan terutama krim pemutih @ pencuci muka yang mengandungi vitamin E..
kena elakkan kerana ianya boleh menyebabkan ketoksikan pada bayi...
(memang tinggi risikonya ya... masa pregnant saya juga mengalami masalah yang sama...tapi lepas bersalin...alhamdulillah cerah berseri...hehe wah! gitu)

Ubat Jerawat
perkara kalau wajah dipenuhi jerawat semasa peringkat awal kehamilan adalah normal...
ini disebabkan oleh perubahan hormon semasa proses kehamilan...
lupakan seketika ubat jerawat kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhan janin anda...
cara yang lebih selamat kerap mencuci muka
(atau pun pakai tisu yang menyerap minyak tu...belikan guardian hm...lagi sekali promote...hehe)
boleh mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat...
jerawat boleh diatasi selepas anda bersalin...



whitey note: info ni memang menarik untuk dikongsi...sebab kita memang seringkali terlepas pandang perkara yang remeh seperti ini...

10 Comment (s):

  1. yaaa...info yg sangat bagus. tahniah², sha lbh kurang kite je masa prgnt. hehehe!

    ReplyDelete
  2. my mum masa pregnant yang akhir 10++ thun yg lalu tak tahu dia mengandung.. makan durian berbakul bakul sebab hantu durian n mmg kitaorg ada dusun... tau tau keguguran... masa tu tak tua mengandung.. lau dak ada adik no 5.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. memang menarik ni...bnyk yg tak tau..da tau...tq2

    ReplyDelete
  4. aku makan durian xde ape2 lak..selamat :D

    ReplyDelete
  5. adeh,...mcm semua pun tak boleh je nih T_T

    ReplyDelete
  6. semua nya tak boleh ? berat jugak pantang larang nie, tengok orang puteh relax je, anak anak dorang last2 besar jugak dari anak anak melayu, kakakakak

    ReplyDelete
    Replies
    1. La..ini just tips berjaga2 kalau nak buat pun boleh... Ikut individu itu sendiri...
      Orang putih besar gen mereka lain.
      orang melayu gen mereka lain.

      Delete
  7. kalau kita sudah 20minggu, boleh ke nak warnakan rambut ye?
    intan dah 20minggu & dah nak masuk ank 3 dah tp still ragu2 unt mewarnakan rambut... kali nih xtahu la... mmg teringin sangat2 nak warnakan rambut....

    ReplyDelete
  8. oh durian.. xleh tahan.. mak mertua dah suruh balik kg...

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™