Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

.::Penyakit Pertama Bayi [part 2]::.

ok... ini adalah sambungan daripada semalam ...
saya berharap semua info2 ini menjadi fakta yang bermanfaat kepada anda semua...

SAKIT KERONGKONG
Gejala
apabila mengalami masalah ini..
bayi akan hilang selera makan kerana sukar untuk menelan makanan selain membuatkannya banyak meragam...
juga turut disertai dengan demam ringan...
Rawatan
Jika bayi sudah diberi makanan, elakkan makanan keras...
sebaiknya berikan makanan cair dan mudah ditelan seperti sup atau jus buah2an...
Elakkan minuman yang masam @ yang boleh menambahkan lagi sakit kerongkongnya....
biasanya akan mula sembuh setelah 2 hari....

ALAHAN

Bergantung kepada bahagian kulit yang mudah alergik...
biasanya bahagian belakang, kepala, punggung...
Gejala
Kulit akan keradangan, kemerahan atau timbul bintik2 halus kerana sensitivi kulit terganggu...
Rawatan
Jauhkan daripada faktor yang boleh menyebabkannya alahan...
Sapukan ubat yang sesuai seperti yang disarankan oleh doktor...

*Khalis sejak kebelakangan ni... kulit dia mesti ada bintik2 merah...
tapi sekejap ada sekejap tak de...
saya rasa mungkin dia alah dengan ayam kot...
sebab bila bagi ayam jadi macam tu...
tapi nurse pernah cakap..
kalau bayi alah pada makanan...
kesannya boleh kita nampak dalam 10 minit selepas bagi makan...
kalau mengambil masa yang lama...itu adalah ruam...

SEMBELIT
Gejala
Bayi sukar membuang air besar...
Najisnya keras dan sukar keluar hingga menyebabkan bayi menangis sewaktu meneran...
adakalanya najis turut disertai dengan darah...
Rawatan
Ubah pola pemakanan bayi...
Elakkan makanan keras...
Banyakkan makanan yang lembut dan cair...
tambahkan sayuran dalam makanannya...
biasanya sembelit akan sembuh dalam masa 3 hari...
namun! jika ianya berterusan perlu segera dapatkan rawatan dengan doktor...

*Masa mula2 Khalis start makan dulu...
untuk mengelakkan dia sembelit...
saya tambahkan sedikit minyak zaitun dalam makanan dia...
(ini adalah saranan daripada misi...)
Khalis tak pernah mengalami masalah ini lagi setakat ini...
kerana makanannya...
saya blender sampai hancur...

JANGKITAN SALURAN KENCING
Gejala
Si kecil akan menangis sewaktu membuang air atau meneran...
Jumlah urinnya hanya sedikit namun terlalu kerap membuang air kecil...
adakalanya masalah ini boleh menyebabkan bayi mengalami demam...
Rawatan
Beri si kecil minum banyak air...
Jika bayi menyusu badan~ tingkatkan penyusuan untuk membantu mengatasi masalah ini...
Selalunya akan sembuh dalam masa 2 hari...

RUAM LAMPIN

Gejala
Kulit disekitar alat kelamin dan pangkal paha menjadi kemerahan disertai dengan bintik2 kecil...
Adakalanya jika dibiarkan kulit akan menggelupas dan luka...
Rawatan
Pastikan kulit disekitar pangkal paha bayi sentiasa bersih dan kering sewaktu menukar lampin...
sapukan ubat untuk mengatasi ruam lampin sebelum memakai lampin...
sentiasa periksa lampin bayi dan kerap tukar jika si kecil kerap buang air...

Whitey Note: ini la 10 penyakit awal si manja.. khas untuk pengetahuan anda semua... Alhamdulilah menjaga Khalis sangat mudah kerana dia tidak pernah mengalami sebarang masalah ini... Syukur sangat2...



7 Comment (s):

  1. hmmm...anak2 izan mmg ada eczema nih. makanan mmg kena pantau selalu. mandi guna sebamed, ubat sapu mmg ada je.

    **seronok jaga khalis kalau dia xde masalah ni semua... alhamdulillah!

    ReplyDelete
  2. Oni pun sama, dia sgt kuat dan sgt sng menjaganya. dia pun dah mkn nasik lembik ltk syr, ayam, ikan, dia suka kunyah²-dah ada gigi smua dia nak geget. adehhh!!!

    ReplyDelete
  3. @Izan Ishak
    ye ke kak izan... hm... memang kena pantau betul2 la kan... kak izan bagi susu apa kat mereka...alhamdulillah kak... tapi masa mengandungkan Khalis saya selalu sakit2..

    @ch@
    cha bagi susu badan ke? hehe tak pe la oni suka gigit... Khalis ni yang risau...dia asyik geser2 gigi...naik ngilu kita yang mendengarnya... hehe takut nanti tak sampai lama mana semua gigi dah tak de... nauzubillah..

    ReplyDelete
  4. gud info mummy
    my son salu ada kena ruam lampin ni,kalo tak pakai lotion ruam saya guna lotion vaselin..

    ReplyDelete
  5. @mommyYen
    thanks mommy ye... hehe... saya tak boleh nak follow... tak tahu la apa yang salah setting blog ni... tak pe i will link u...

    ReplyDelete
  6. ye oni pun sama, suka gesel gigi. saje tayang gigi. bg smua org tau. dia dah tak susu badan, susu badan dah kering. hehehe! lama² khalis biasa, bg dia gigit biskut bite tu. gusi gatal.

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™