Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

.::Rindu Sangat-sangat::.

Entah kenapa pepagi buta ni bila bangun rasa rindu sangat dengan dia... padahal dia ada je duk kat sebelah saya... rindu nak cium dia... nak dengar dia ketawa... rasa macam nak kejutkan dia... tapi kasihanla pulak... takut nanti dia tak cukup rehat... tak cukup tidur... dah la seharian semalam dia memang melayan saya je... saya pun asyik melayan dia memang tak buat blogwalking satu hape pun... traffic pun dah turun menjunam! sebenarnya tak buat blog walking sebab en.Biru buat hal lagi! memang sakit hati!

siapa yang saya rindu tu? tak nak tanya ke?senyumkenyit

rindu dengan si kecik tuet ni... hehe sapa lagi Khalis lah... pelikkan saya duk dekat dengan dia pun masih lagi rasa rindu...ni gambar yang first sekali ambil masa baru lahir... rasa menyesal pulak sebab tak ambil gambar banyak2 hari tu... sekarang dah tak boleh nak tengok lagi dah dia sebesar itu... kalau dapat diundur balik waktu nak ambil gambar tapak kaki... gambar tangan dia... rindu dengan semua tu...sedih kenapa la tak terfikir hari tu ya... ya la dah sakit dan penat bersalin mana sempat nak fikir ni semuakan?ni gambar masa Khalis duk bawah lampu biru... sebab kena jaundis... nangis2 saya lepas tahu dia kena jaundis... padahal penyakit tu tak bahaya selagi tak melebihi paras bahaya... tapi saya risau... ya la kita penat2 bersalin tetiba doktor kata anak kita sakit...sedih mana tak nangis kan? ngada2 ke saya ni... sepanjang kat hospital asyik nangis je bila dapat tahu... (ni la puncanya sebab tak membaca tentang penyakit bayi... balik je dari hospital terus saya carik buku dan majalah...rupanya tak bahaya dan ianya normal (siap pernah call Mommy Pinky lagi...dia cakap "biasalah baby macam tu... adik aku semuanya kuning...") rasa kuat sikit bila dengar gitu...

Khalis pulak masa dalam hari... memang ni la kerja dia...tidur...tidur lagi... tidur juga...la... memang dah namanya baby menag la kerjanya tidur... ni je beberapa keping gambar yang ada dalam simpanan saya semasa Khalis baru lepas lahir... lepas dia dah umur sebulan tu baru hari2 saya ambil gambar dia... dah penuh memori laptop ni dengan gambar dia...love tak pe saya suka... hehe

oklah! tu je untuk hari ini... petang nanti nak pergi makan pizza... kawan2... jangan lupa kalau nak exchange link tekan button kat atas tu ya... dan leave comment... terima kasih kerana sudi membaca...



.::Minuman Yang Bagus untuk Ibu Hamil::.

Mungkin minuman ini adalah satu perkara remeh bagi anda...tetapi sebenarnya ia boleh menimbulkan masalah kepada ibu hamil jika anda minum sebarangan. Pengambilan minuman yang tidak mengandungi fungsi positif boleh mengganggu kehamilan. Terdapat 4 jenis minuman yang bagus untuk golongan ibu hamil.


1. Air Masak
berapa gelen sehari pun air masak yang anda minum tidak akan mendatangkan kesan buruk untuk kesihatan dan bayi anda. Malah ia baik untuk membantu pengaliran darah. Sebaiknya minum 2 Liter air masak sehari. Air masak adalah bersih dan bebas kuman.


2. Susu
Ini merupakan minuman terbaik untuk membekalkan sumber kalsium dan vitamin D terutama untuk keperluan janin anda bagi pembentukan dan pertumbuhan tulangnya. Minumlah dua gelas susu sehari dan pilih susu yang sesuai untuk ibu hamil.

3. Jus Buah-Buahan
Segelas jus buah-buahan sehari amat baik untuk ibu hamil kerana ia membekalkan vitamin.

4. Minuman Tenaga
*saya tak dapat nak sertakan gamar kerana terlalu banyak minuman penambah tenaga dipasaran. contohnya minuman sari kurma, vita d. mengikut kesesuaian pilihan anda.
minuman seperti ini berfungsi menggantikan zat elektrolit yang hilang sewaktu tubuh berpeluh terutamanya jika anda seorang yang aktif walaupun hamil. Tetapi jika anda bukan jenis yang banyak gerak, tidak perlulah mengambil minuman ini kerana ia turut mengandungi zat pengawet yang tidak baik untuk kesihatan.

*Semasa saya pregnant saya memang berpantang dalam minuman. saya tidak mengambil kopi, teh dan minuman berkarbonat. hanya minum susu, jus buah dan air masak sahaja. tapi milo saya tak boleh tinggal walaupun sesetengah orang kata milo tak boleh minum. tetapi saya kurangkan pengambilannya... kalau rasa teringin sangat baru minum... mimuman yang saya paling suka... minuman yogurt. mesti hari2 beli... hehe ada kawan saya kata kalau minum yogurt masa peegnant... anak nanti akan berkulit putih... betul ke?

air masak memang saya banyak minum... siap bawa satu jug lagi pergi tempat kerja.jelir..tapi kekadang tak cukup sebab saya memang selalu rasa dahaga ...mungkin sebab bekerja dalam air-cond
susu pulak... saya ni malas sikit nak bancuh susu (saya minum Enfa mama) jadi jalan yang terbaik untuk cepat dan mudah, masa tempat kerja saya minum susu Dutch Lady Fresh milk (yang warna hijau) balik rumah baru saya bancuh susu...


.::Ibu Bapa Yang Derhaka::.

Malam Khamis minggu lepas... saya ada menonton rancangan Semanis Kurma... anda semua pun mesti tahu rancangan ini kan... tajuknya... Ibu bapa derhaka... kita selalu dengar anak yang derhaka kan? tetapi jarang kita dengar ibu bapa yang derhaka... saya sebenarnya sudah lama membaca tentang topik ini.. cuma tak tahu macam mana nak olah ceritanya...

Sebelum anak menjadi derhaka... sebenarnya... ibu bapa adalah penyebabnya..kerana ibu bapa dahulu yang menderhaka kepada anak2... takutkan dengar... saya sebagai ibu muda pun takut... sebab saya bukan sempurna... dan didikan agama saya pun tak selengkap mana... masih lagi dalam proses pembelajaran dan membuat rujukan...

Ustazah Siti Nor Bahyah ada kongsi cerita zaman2 nabi dahulu... tersentuh hati saya mendengar cerita ini.. saya search di Google dan terjumpa di blog Puan Linsharliana ... kita sama2 baca ya... dan jadi manfaat untuk bersama...
Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya. Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran. Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.” Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.
cerita ini banyak menekankan kepada bapa... kenapa? kerana bapa adalah ketua keluarga... tugas seorang bapa sangat berat sebenarnya... seorang bapa perlu menanggung dosa anak2 (anak lelaki sehingga baligh dan anak perempuan sehingga berkahwin...jadi kalau sayangkan ayah janganla anak2 perempuan ini melakukan dosa2 besar... dosa2 maksiat) dan isteri serta saudara perempuannya... tapi kenapa pada zaman sekarang ramai lelaki yang pandang lekeh dan buat endah tak endah? sedangkan ini semua akan di bawa ke muka penghadapan yang paling besar di hari akhirat nanti...

1. seorang lelaki di tuntut untuk memilih ibu yang baik2 untuk bakal anak2nya... tetapi zaman sekarang... hanya paras rupa, kedudukan, pangkat dan harta benda yang akan di pandang tinggi... tetapi kenapa tidak mereka pandang pada akhlak dan agama? kerana inilah yang penting untuk mendidik anak2 anda di masa hadapan... cantik, harta, pangkat.. itu semua tidak akan kekal tapi akhlak yang baik akan kekal hingga ke akhir hayat...

Suami harus mendidik isteri... dan ini adalah cabaran yang paling hebat! sebab apa? bukan senang untuk mendidik isteri yang dah besar panjang... tambahan pula...wanita ini dijadikan daripada sesuatu yang seakan2 tulang rusuk yang bengkok (saya pernah mendengar di dalam program Halaqah yang perempuan bukan dihasilkan daripada tulang rusuk kiri lelaki... cuma ia diibaratkan perumpamaan dimana perempuan dijadikan daripada suatu objek yang bengkok seakan2 tulang rusuk...) dan jika meluruskannya ia akan patah dan jika kita bawa ke jalan yang mungkar... ia akan terus membengkok... itulah wanita... syurga atau neraka seorang lelaki adalah bergantung kepada cara dia mendidik anak2 dan isterinya... jika tidak mendidik anak2 dan isteri... anak2 dan isteri berbuat dosa... suami yang bakal menanggungnya...

Jadi sebelum berkahwin... sang suami perlu melengkapkan diri selengkap-lengkapnya dengan didikan agama dan karisma yang tinggi... tetapi adakah zaman sekarang ni?

2. Seorang bapa perlu memilih nama yang baik2 untuk anaknya... kenapa? sebab di hari Akhirat... Allah akan memanggil satu2 nama untuk ke muka pengadilan... nama2 yang tidak mempunyai maksud yang baik akan dipanggil akhir2 dan ibu bapa akan disoal siasat kenapa memberi nama anak sebegitu??? apakah jawapan yang bakal dijawab nanti? sudah tentu tak de jawapan.. tak kan nak cakap "saya nak anak saya popular macam Britney Spears sebab tu saya letak nama anak saya macam dia..." boleh ke? pemilihan nama adalah penting bukan sekadar nak glamour dan bukan sekadar nak ikut trend...saya tak kata saya baik dan tak kata saya sempurna... ini adalah untuk ingatan kita bersama... sebab saya kekadang pun terlupa...

3. Mengajar anak Al-Qur'an... ini tugas seorang bapa... tapi kebanyakkan ibu bapa menyerahkan tugas ini kepada guru mengaji atau guru sekolah agama...
saya kupas sedikit sahaja... dan ianya sangat menyentuh tentang diri saya... nama saya sendiri SITI NOR KHAIRONISHA? adakah mempunyai maksud? sebab yang saya cari dalam buku2 makna nama hanya ada KHAIRUNNISA' bermakna "sebaik2 wanita"... saya memang tak salahkan sesiapa... cuma saya sendiri tertanya2...

Whitey Note: kita sebagai manusia ni tak lari daripada membuat kesilapan... tapi Allah itu Maha Pengampun... setiap kesilapan hambanya... Dia pasti akan ampunkan... jika hambanya bertaubat...Subahanallah... Apa yang penting... kita kena ingat... setiap musibah yang datang adalah balasan daripada setiap dosa yang kita lakukan sebelum2 ini... sebab sekarang dunia akhir zaman... Allah bayar tunai... kita perlu menghisab diri...apa yang kita pernah lakukan sehingga Allah turunkan musibah... dan ingat! jika kita tidak menerima balasan di dunia... balasan di akhirat berganda2 azabnya... dan saya pernah terbaca yang setiap dosa yang kita lakukan anak2, cucu2 serta cicit2 juga akan menanggung akibatnya... jadi sayangi lah generasi anda... saya menaip ini adalah untuk berkongsi dan juga sebagai ingatan kepada diri saya...

.::Cara Mengatasi Morning Sickness::.


Memang perkara biasa kalau ibu yang hamil mengalami morning sickness...rasa mual,loya, muntah, dan pening memang sinonim dengan mereka yang mengalami morning sickness... Ada yang mengalami sekejap saja tempohnya... ada yang mengalaminya sampai bersalin... lama kan? ni saya pernah dengar cerita daripada kawan saya... masa pregnant, morning sickness saya tak lama... 2 bulan je... lepas masuk bulan ke-4... saya dah ok... cuma memang tak boleh nak masuk bilik air je la... asal masuk je muntah... kalau muntah pulak... rasa macam nak keluar semua isi2 perut... sakit sangat! saya tak suka muntah... walaupun saya tak pregnant... terseksa sangat kalau muntah...

banyak yang saya baca tentang cara2 untuk mengatasi morning sickness ni dan tak kurang juga nurse bagi advice untuk saya... bila tiap kali pergi klinik mesti mengadu kata loya... tak tahan dengan loya... misi pun biasanya cakap..."biasala tu ibu mengandung, kena sabar...lama2 hilang tu" hehe... mengada2 la pulak saya ni kan?
ni la caranya untuk mengatasi morning sickness...

1. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap... elakkan daripada makan dengan banyak kerana akan menyebabkan anda berasa mual...

2. Makan makanan yang mengandungi karbohidrat untuk membantu hilangkan rasa mual...antaranya roti dan kentang...

*masa saya pregnant. nurse cakap makan biskut yang oatmeal (Jacob's) sebelum masuk bilik air... tapi saya stop makan lepas saya terbaca... makanan yang mengandungi wheat ( seperti oat, roti berserat) akan menyerap nutrisi daripada makanan lain.. jadi di bimbangi bayi akan kekurangan nutrien...

3. Sewaktu bangun daripada tidur terutamanya pada waktu pagi...jangan terus bangun secara tiba2.. haruslah duduk terlebih dahulu untuk menstabilkan tubuh sebelum bangun secara perlahan2.

4. Hindari makan yang berlemak, berminyak dan pedas kerana ia akan menburukkan lagi gejala morning sickness.

5. Pastikan anda minum air yang banyak walaupun sering muntah. minum air masak atau pun jus buah-buahan. ini penting bagi memastikan tubuh mendapat air secukupnya... hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kafein...(kopi, teh, nescafe,indo cafe dan semua yang ada cafe2 kat belakangnya...)

6. Jika anda merasa mual yang teruk sehinggakan tak boleh langsung nak makan...berjumpalah dengan doktor. ubat tahan muntah pasti akan membantu anda...

*Semasa saya mengalami morning sickness mula2 memang asyik rasa loya... tapi tak de la sampai tak boleh nak makan...makin banyak makan adalah..hehe tapi nak hilangkan rasa loya tu saya minta dengan doktor ubat tahan muntah... sebab macam mengganggu je rasa loya tu... nak buat kerja pun tak boleh... mesti kena ada makanan kat sebelah... kalau tak makan akan rasa loya... camner tu? mana berat badan tak terus naik mendadak ... hehe semua salah morning sickness!!!...

7.Anda boleh cuba amalkan minuman halia... ini kerana halia diakui secara tradisi boleh mengatasi rasa mual.

8. Kurangkan berada dihadapan komputer kerana papan monitor boleh menyebabkan morning sickness anda makin menjadi2...

*hehe ada juga info macam ni kan? ni untuk ibu2 yang suka main blog eh?

9. Makan buah epal kerana ini boleh menghilangkan rasa mual. anda juga boleh minum jus epal yang ditambah dengan sedikit madu...

*memang ini adalah salah satu cara saya nak hilangkan rasa mual... saya minum jus epal (feel fresh) dan juga makan epal... epal mesti saya atau my hubby beli setiap hari...

10. Pakai baju longgar dan tidak ketat bagi mengurangkan rasa mual... kerana baju yang ketat ni akan menekan bahagian perut...


Whitey Note: macam mana best tak? hehe info ni saya rasa menarik untuk di kongsi bersama2...


.::Penyakit Pertama Bayi [part 2]::.

ok... ini adalah sambungan daripada semalam ...
saya berharap semua info2 ini menjadi fakta yang bermanfaat kepada anda semua...

SAKIT KERONGKONG
Gejala
apabila mengalami masalah ini..
bayi akan hilang selera makan kerana sukar untuk menelan makanan selain membuatkannya banyak meragam...
juga turut disertai dengan demam ringan...
Rawatan
Jika bayi sudah diberi makanan, elakkan makanan keras...
sebaiknya berikan makanan cair dan mudah ditelan seperti sup atau jus buah2an...
Elakkan minuman yang masam @ yang boleh menambahkan lagi sakit kerongkongnya....
biasanya akan mula sembuh setelah 2 hari....

ALAHAN

Bergantung kepada bahagian kulit yang mudah alergik...
biasanya bahagian belakang, kepala, punggung...
Gejala
Kulit akan keradangan, kemerahan atau timbul bintik2 halus kerana sensitivi kulit terganggu...
Rawatan
Jauhkan daripada faktor yang boleh menyebabkannya alahan...
Sapukan ubat yang sesuai seperti yang disarankan oleh doktor...

*Khalis sejak kebelakangan ni... kulit dia mesti ada bintik2 merah...
tapi sekejap ada sekejap tak de...
saya rasa mungkin dia alah dengan ayam kot...
sebab bila bagi ayam jadi macam tu...
tapi nurse pernah cakap..
kalau bayi alah pada makanan...
kesannya boleh kita nampak dalam 10 minit selepas bagi makan...
kalau mengambil masa yang lama...itu adalah ruam...

SEMBELIT
Gejala
Bayi sukar membuang air besar...
Najisnya keras dan sukar keluar hingga menyebabkan bayi menangis sewaktu meneran...
adakalanya najis turut disertai dengan darah...
Rawatan
Ubah pola pemakanan bayi...
Elakkan makanan keras...
Banyakkan makanan yang lembut dan cair...
tambahkan sayuran dalam makanannya...
biasanya sembelit akan sembuh dalam masa 3 hari...
namun! jika ianya berterusan perlu segera dapatkan rawatan dengan doktor...

*Masa mula2 Khalis start makan dulu...
untuk mengelakkan dia sembelit...
saya tambahkan sedikit minyak zaitun dalam makanan dia...
(ini adalah saranan daripada misi...)
Khalis tak pernah mengalami masalah ini lagi setakat ini...
kerana makanannya...
saya blender sampai hancur...

JANGKITAN SALURAN KENCING
Gejala
Si kecil akan menangis sewaktu membuang air atau meneran...
Jumlah urinnya hanya sedikit namun terlalu kerap membuang air kecil...
adakalanya masalah ini boleh menyebabkan bayi mengalami demam...
Rawatan
Beri si kecil minum banyak air...
Jika bayi menyusu badan~ tingkatkan penyusuan untuk membantu mengatasi masalah ini...
Selalunya akan sembuh dalam masa 2 hari...

RUAM LAMPIN

Gejala
Kulit disekitar alat kelamin dan pangkal paha menjadi kemerahan disertai dengan bintik2 kecil...
Adakalanya jika dibiarkan kulit akan menggelupas dan luka...
Rawatan
Pastikan kulit disekitar pangkal paha bayi sentiasa bersih dan kering sewaktu menukar lampin...
sapukan ubat untuk mengatasi ruam lampin sebelum memakai lampin...
sentiasa periksa lampin bayi dan kerap tukar jika si kecil kerap buang air...

Whitey Note: ini la 10 penyakit awal si manja.. khas untuk pengetahuan anda semua... Alhamdulilah menjaga Khalis sangat mudah kerana dia tidak pernah mengalami sebarang masalah ini... Syukur sangat2...



.::Penyakit Pertama Bayi [part 1]::.


Bayi yang baru lahir mudah diserang penyakit tambahan pula sistem imunisasi tubuhnya masih dalam proses untuk menguatkan tahap kekebalan tubuhnya untuk melawan penyakit...
jadi penting kita sebagai ibu bapa untuk mengetahui penyakit yang lazimnya menyerang bayi....

BATUK DAN SELSEMA
penyakit ini boleh menyerang bayi pada bila2 masa dan mudah untuk berulang semula...
Gejala
Hidung si kecil berair dan mungkin tersumbat hingga menyukarkannya bernafas... dan adakalanya disertai dengan batuk dan demam.

Rawatan
Jika hidung bayi tersumbat dengan kotoran...
anda boleh cuba keluarkan dengan menggunakan pam khas yang direka untuk tujuan tersebut.
(ada jual dipasaran...saya beli tapi tak guna... sebab saya guna manual... nak tahu caranya?... baca la lagi...)
Tidurkan bayi dengan posisi kepala yang lebih tinggi daripada badan
@ boleh juga dengan posisi meniarap
(tapi posisi ini agak bahaya jika bayi masih kecil... kerana dia masih belum kuat untuk mengangkat kepala dibimbangi bayi akan lemas...)
Kurangkan penggunaan penghawa dingin kerana ia boleh meyebabkan hidung bayi semakin berair dan tersumbat...

biasanya penyakit ini mula sembuh setelah 2 ke 3 hari...
namun! jika penyakit ini tiada perubahan, sila lah bawa bayi anda ke klinik...


*Khalis pernah selsema... babanya bawa ke klinik... tapi saya tak bagi pun Khalis makan ubat... sebab saya pernah tebaca tentang bahayanya ubat kepada bayi dan kanak2 yang berumur bawah 6 tahun...
jadi saya gunakan petua tradisional...
letak kunyit kat hidung Khalis masa dia tidur...
Alhamdulillah dengan izin Allah... selsema dia sembuh..
(selsema dia hanya ada bunyi hingus saja... tapi hingusnya tak keluar...)

JANGKITAN TELINGA
Jangkitan ini menyebabkan telinga bayi rasa sakit dan menyebabkannya sentiasa meragam...
malah boleh menyebabkan bayi demam, keletihan dan demam...

Gejala

telinga bayi mengeluarkan bau yang kurang enak...

Rawatan

Penyakit ini sangat bahaya untuk anda tangani sendiri...sebaiknya berjumpa dengan doktor...
selalunya ubat titis akan digunakan...
Ia mengambila masa 2 ke 3 hari untuk sembuh...
*Setiap kali saya korek telinga (tapi bukan dalam2 kira cuit2 bahagian luar lubang telinga Khalis je...
saya akan cium bau tahi telinga dia( maaf kalau membuatkan anda rasa geli...tapi sebagai ibu ...ini semua kita kena periksa kerana gejala2 penyakit semuanya boleh dikenalpasti daripada bahan buangan bayi kita...)
baba Khalis akan cakap: "tak geli ke asyik cium tahi telinga anak?"
haha macam kelakar pun ada...
dan of course la saya akan gelak...
sambil jawab:" ini semua memang kena check...sebab jika ada perubahan bau, maknanya ada masalah..."
hehe kalau khalis punya feces tu tak dela saya cium...cuma perhatikan warnanya sahaja...

CIRIT BIRIT

Gejala
Bayi membuang air besar lebih daripada 3 kali sehari...
najisnya amat cair...
disusuli muntah dan demam...

Rawatan
Jika bayi menyusu badan,
tingkatkan pemberian susu ibu kerana ia mengandungi antibodi yang mampu membunuh bakteria yang menyebabkan cirit birit.
jika selepas sehari keadaanya masih belum berkurangan...
bawalah berjumpa doktor dengan segera...
cirit birit yang berterusan boleh menyebabkan tubuh bayi kekurangan air...
dan jika badannya terlalu terhidrat (kering) boleh menyebabkan kematian...
jadi jangan pandang ini sebagai masalah yang remeh!
*Jika bayi menyusu susu botol...kebersihan botol sangat perlu dititik beratkan.. kerana ini boleh menyebabkan bayi mudah terkena cirit birit...

SESAK NAFAS
Gejala
selalunya keadaan ini diiringi dengan batuk ...
bayi kelihatan seperti sukar untuk bernafas dan suaranya tertahan2
adakalanya bayi juga turut mengalami demam...

Rawatan
legakan sedikit keadaan bayi dengan menyapu sedikit minyak bayi pada dadanya...
anda juga boleh basahkan tuala dengan air suam dan lekapkan pada dadanya...
jika tidak berkurangan...segeralah bawa berjumpa dengan doktor...
*Khalis selalu juga sesak nafas... tapi disebabkan oleh hidungnya yang tersumbat dek tahi hidung...
jadi apa yang saya buat... (ni mak saya ajar) saya sedut hidung dia... kekadang ada juga dia muntah...tapi yang keluar semua lendir2...lepas tu dia dah lega...
mujarab petua ini...
hehe jangan geli... saya hanya berkongsi pengalaman...
kalau dah sayang... tak de apa yang kita nak geli... kan?

MUNTAH@JELUAK
Gejala
Bayi mengeluarkan semula susu yang diminum atau makanannya

Rawatan
Sendawakan bayi terlebih dahulu setiap kali selepas memberi susu atau makan...
Sewaktu tidur, ubah posisi agar perutnya tidak tertekan seperti posisi mengiring atau terlentang (the best is terlentang)
Keadaannya biasanya cepat pulih...
*Khalis memang selalu jeluak... sebab saya seringkali terlupa untuk sendawakan diajelir...(
masa dia belum mula makan lagi...) tapi bila dia dah start makan ... saya akan sendawakan dia... sebab memang kesian kalau tengok dia muntah...
siap ada bunyi2 lagi dari dalam perut...
biasanya kalau dia muntah adalah disebabkan makanan itu ada yang tak betul2 hancur...
(even sebutir nasi yang lembut)
jadi saya kena blender sampai betul2 hancur...


Whitey Note: Menarik tak info ni? hehe bersambung lagi esok... nanti panjang2 anda semua tak larat pulak nak baca... hehe...

.::Khalis Semakin Membesar::.

Serasa saya seperti semalam saya melahirkan Khalis...
Sakitnya pun masih lagi terasa...
dan saya masih lagi terbayang2 saat itu...
(rasa macam takut nak besalin lagi...hehe)
Sekarang Khalis dah nak masuk 9 bulan...
dah nak mula nak merangkak...
sikit lagi mesti dah pandai berjalan...
kalau bab mulut pulak...
tak payah nak cerita memanjang je bising...
terutama kalau saya tinggal dia sorang2...

cepat sungguh masa berlalukan...
Khalis makin membesar...
dan saya...
makin tua...Eh eh! berumur...
(owh! tidak...)
saya nak tengok Khalis membesar dengan baik...
tapi saya tak nak makin berumur...
(bleh plak minah ni cakap gitu)

Setiap hari mesti dia akan tunjukkan gelagat dia yang berbeza2...
Syukur Alhamdulillah...
Tuhan hadirkan Khalis dalam hidup saya...
dia adalah anugerah yang terindah buat saya...
tiru ayat kak tash!
hm.. saya gembira jadi seorang ibu..
setiap hari saya doakan yang dia akan bahagia dan berjaya dunia akhirat...
dan jadi anak yang baik, soleh dan beriman...
Amin...


.::Whitey Mommy Menarik Minat Suffer8zine::.

Siapa Suffer8zine ...
hehe he is my silent reader...
wah2 tak sangka saya...

semalam saya terpilih untuk menjadi blog yang di REVIEW oleh adik Suffer8zine ni...
terkejut saya bile tengok massage dia kat Shout box...

terima kasih ya dik...
blog saya ni bukan hebat mana pun...
cuma medium untuk meluahkan perasaan dan berkongsi maklumat...
cara penulisan saya pun tak baik sangat...
masih lagi dalam proses belajar dan belajar...
semua yang saya ada sekarang ni...
adalah hasil daripada tunjuk ajar kak tash dan jana...
serta teman2 blogger yang sering mengunjungi blog saya...
mereka la membuatkan saya sentiasa tercetus idea untuk menulis...
terima kasih yang tidak terhingga untuk mereka semua...
kak tash adalah orang yang bertanggungjawab mengajar saya selok belok tentang dunia berblogging ini...
di samping itu, saya ada buat researh sendiri...
pergi godek sana sini...
tapi bab2 make-up kan blog pulak...
ha... jana la yang bertanggungjawab...
pergi tengok blog dia... memang cantik dan meriah...
sebab dia memang suka pakai make-up...jadi dia sangat mahir dalam bidang ni...hehe
jangan marah ya jana...

terima kasih untuk mereka berdua...
dan terima kasih untuk adik Suffer8zine
kerana sudi membuat review blog saya...
serta terima kasih juga kepada bloggers yang sentiasa membaca blog saya...

❤A to Z About Khalis❤

tag ini saya copy daripada blog Mommy Pinky...
macam menarik je nak buat...
jadi saya buat semua tentang...
my little prince...


A
Anak yang pertama

B
Bila melihatnya hati saya jadi terhibur...

C
Comel sangat2... pandang tak jemu...

D
Dia sudah pandai guling2... sekarang dah cuba2 nak merangkak...

E
Erat sungguh hubungan saya dengan dia... sehingga nak ke bilik air pun tak boleh...

F
Filem Kl drift 2 adalah filem yang pertama saya bawa Khalis masuk panggung wayang...
rasa bersalah sangat2... sebab bawa dia masuk...

G
Giginya dah tumbuh 4 batang...comel2...

H
Hilang rasa resah dan gelisah saya tatkala melihat gelagatnya yang senantiasa mencuit hati saya...

I
Islam adalah agama yang akan saya terapkan di dalam dirinya...

J
Jalan2... adalah perkara yang akan buat Khalis selalu tidur...tak pernah pun nak nikmati suasana...

K
Khalis adalah nama samaran yang saya akan panggil untuk dia...

L
Laptop adalah benda yang paling menarik minat dia...
setiap kali saya hidupkan laptop...
bukan main lagi dia suka...

M
Masih lagi menyusu susu ibu... sebab saya inginkan yang terbaik untuk dia...

N
Nama yang diberi untuk dia adalah Muhammad Khalis Putra...nama ini (mesti ada Khalis... yang Muhammad dan putra tu baba dia yang nak letak) saya rancang ketika mengandung 3 bulan.. sebab saya yakin yang saya mengandungkan anak lelaki...

O
Orang yang paling sayangkan dia...sudah tentulah ibu dan baba...

P
Putih adalah warna baju yang saya sentiasa belikan untuk dia...

Q
Qur'an adalah kitab yang akan menjadi panduan hidup dia...

R
Rambutnya masa lahir sangat lebat..dan halus...

S
Saya sentiasa doakan dia berjaya dan bahagia dunia akhirat...

T
Tempat lahir dia adalah di Hospital Selayang...

U
Ungkapan yang dia selalu sebut adalah Bu...bu...bu...
Ba...ba...ba...

V
Vince Dev adalah nama doktor pakar yang scan perut saya semasa 7 bulan mengandungkan Khalis...

X
X-men (Wolverin the Origin) adalah filem yang saya sentiasa ulang2 tengok semasa mengandungkan Khalis... patutla perangainya kalau marah...gayanya macam Wolverin...hehe

Y
Yang paling saya tidak akan lupa adalah saat melahirkan Khalis...sampai hari ni masih terasa lagi...

Z
Zamzulmeme adalah nama babanya...dan Siti Nor Khaironisha adalah nama ibunya...

Dah siap.. macam mana?
menarik tak?
ok! saya nak tag orang ni...

5 orang cukupkan?

hehe jana tak jadi mangsa la sebab dia punya tag ni kan...

Hawa
Cha
Mommyyus
Kak Midah
Tiefa

(ni amik semua senarai kat shout box....)
sila buat ya...



Anak Kecil Yang Bercita-cita Menjadi Pembunuh!


Pernah ke terbayang yang anak kecil berumur 8 tahun bercita2 untuk menjadi seorang pembunuh?

Anak Kecil ini seperti biasa pergi sekolah seperti kanak2 yang lain...
pada suatu hari...
cikgu mengajar tentang tajuk cita2 saya...
(biasalah budak darjah 2... ini lah yang akan mereka belajar...
untuk memupuk semangat berusaha mengejar cita2...)

Cikgu: ok, murid2 hari ni kita akan belajar tentang 'Cita2 Saya'...semua orang mesti ada cita2 kan?...
baiklah...buka muka surat 85...
ok mula daripada kamu Nadia...
Nadia: cita2 saya nak jadi Cikgu...
Murni: Cita2 saya pulak nak jadi Doktor...
Ikram: Saya nak jadi
Polis, Cikgu...
Shafiq: Saya nak jadi Askar, cikgu...

sampai giliran Anak Kecil itu...
Anak Kecil: Cita2 saya nak jadi Pembunuh Upahan, cikgu...
(dengan nada lemah)
***suasana diam...ada juga murid yang sedang berbisik2...
Cikgu: kenapa kamu nak jadi pembunuh? tak baik... berdosa...
Anak Kecil: sebab saya nak bunuh ayah saya...ayah saya jahat...
dia tinggalkan mak saya dan saya...
Cikgu: itu tak baik nak...
~cikgu terus pujuk anak kecil itu...
anak kecil itu menangis tersedu2...

******************************************************
selang beberapa hari...
Cikgu meminta Anak Kecil itu memberi surat kepada Ibunya...
Ibu Anak Kecil itu dijemput hadir ke sekolah untuk membincangkan permasalahan ini...
kerana Cikgu bimbang ia akan merosakkan akhlak anak kecil...
dan ingin mengetahui apa sebab anak ini bercita2 untuk membunuh anak sendiri...

Disuatu pagi...

Cikgu: Puan tahu kenapa saya panggil puan kesini...
Ibu Anak Kecil: tak tahu cikgu, anak saya ada masalah ke?
~Cikgu terus bercerita keadaan yang berlaku tempoh hari ...
Ibu Anak Kecil: Anak saya jadi macam tu... sebab dia di tinggalkan oleh ayahnya sejak dari kecil lagi... sejak dia mula kenal apa itu dunia...
dia mula bertanya ...
dimana ayahnya...kenapa orang lain ada ayah sedangkan dia tiada...
tambahan pula bila ada diantara kawan2 dia selalu mengejek dia anak yatim...
memang salah saya kerana saya berbohong kata ayahnya sudah meninggal...
tetapi...
baru2 ini...
anak saya pergi ke rumah atuknya...
dan terbongkarlah cerita tentang ayahnya tidak meninggal...
tapi ayahnya meninggalkan kami sejak dia kecil lagi...
mulai dari saat itu dia sering kali kelihatan murung...
saya tidak sangka...
perkara ini begitu mempengaruhinya...
Cikgu: Puan, kanak2 mudah tersentuh hatinya... terutama bila dia tahu dia ditipu...
puan kena didik dia baik2 kerana emosinya sudah tidak stabil...
saya cuma menyatakan pandangan saya...
kerana walaupun baru berumur 8 tahun,
tapi fikiran dia sudah terganggu...
puan, tengok pada kertas ujian ini...
macam mana Anak Kecil menulis namanya...
~sambil cikgu memberi kertas ujian...

***Anak Kecil Binti Ibu...***
~ibunya terdiam membaca tulisan anaknya itu...
Cikgu: sepatutnya berbintikan Ayah...sampai macam ni sekali perasaan benci Anak Kecil terhadap bapanya...
Ibu Anak Kecil: baiklah cikgu, saya akan cakap perlahan2 dengan dia...
Cikgu: ya... saya pun akan tolong tengok2kan ketikadia berada di sekolah...
~si ibu terus memujuk2 anaknya...
ternyata hati anaknya cepat lembut...
"ibu sayangkan sayang... tak pelah ayah takde pun... ibukan ada"
Anak Kecil itu menangis dan menangis...
(sedih hatinya terubat dengan kasih sayang ibunya...)

*******************************************************
sedih tak baca cerita ni?
hm... saya yang tengah menaip pun menangis berjurai2 ...
hati kanak2 mudah tersentuh...
dan akan mempengaruhi tingkah lakunya...
oleh itu, sebagai seorang ibu bapa sebelum buat sesuatu perkara...
kena fikirkan anak...
bila kita sudah mempunyai anak...
kita kena letakkan anak sebagai perkara utama...
kerana Anak adalah Amanah Allah...
sebagai seorang ibu bapa kena berfikir...
apa kesannya terhadap anak jika kita melakukan itu atau ini...
kesan terhadap anak sangat ketara...
anak akan rasa kesunyian...
anak akan rasa kurang kasih sayang...
dan kekadang rasa terumbang ambing tiada tempat bergantung...


Sebiji Burger


anda mungkin menyangka sebiji burger hanyalah mengandungi daging cincang...
tapi definasi daging bagi industri makanan segera tak sama dengan apa yang kita sangka...
sekiranya definasinya daging tanpa lemak, tidak semestinya ia daging semata2...

Apa yang dimaksudkan dengan "daging tanpa lemak"?
ia sebenarnya daging yang disediakan daripada tulang, kulit, rawan, urat, lidah, usus, ekor, dan organ2 lain...
termasuklah juga daging yang diperolehi daripada mesin2 pemotongan daging...
bahan2 ini kemudiannya dikisar dan diadun menjadi adunan cair, lalu ditambah dengan pengemulsi (bahan untuk memejalkan adunan...) dan pemekat...

Sebiji burger boleh mengandungi sekitar 50% hingga serengah 25% daging tanpa lemak...
kekadang burger juga dicampurkan lemak dan ramuan bukan daging seperti biskut garing, tepung kacang soya dan serbuk bawang...
campuran ini disebatikan dengan pengemulsi dan pemekat
(seperti palpa kapas, rumput laut atau gam pokok...)
untuk menjadikannya lebih menarik dan rasa yang lazat,
biasanya pengilang daging burger akan menambahkan pewarna dan perasa tiruan seperti tartrazine(boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, sakit jantung dan banyak lagi...), perisa kimia dan MSG (aji no moto)

*semasa saya semester ke-2 di universiti dulu...(saya belajar dalam bidang sains makanan) badan saya kurus kering...
sebab takut nak makan itu dan ini...
kerana semuanya mengandungi makanan saya rasakan bahan kimia yang merbahaya...
even kicap yang kita makan pun mengandungi bahan pengawet yang merbahaya jika pengusahanya terlebih sukatan...
zaman sekarang ni tiada benda yang selamat dimakan...
terutama makanan yang segera2 ni...
(orang kata... kalau makan makanan segera ni... mati pun segera juga...
betul ke?...itu semua kuasa Allah...)
even beras pun di'bleach' dengan menggunakan bahan kimia yang bertindak seperti clorox...
(tengok! benda yang buat cuci jamban pun boleh wat cuci makanan...moden2)
sebab tula zaman sekarang lebih ramai orang yang berpenyakit berbanding zaman dahulu...
kalau nak huraikan memang panjang...
tapi sebenarnya semua boleh makan...
cuma perlu bersederhana...
sebab kalau kita tak makan benda2 itu...
macam mana nak sambung nyawa....

Rujukan:Rahsia Minda Hebat - Dato' Siti Nor Bahyah Mahmood

Pagi-pagi Kena Pergi Sekolah...

Wah! pagi2 morning...reader (s)...
saya baru je lepas tengok budak2 sekolah pergi sekolah..
maklumla rumah saya ni dekat dengan sekolah...
pagi2 macam ni...
berpusu2 la budak2 ni semua ke sekolah...
teringat pulak kisah masa saya darjah 1-3 dulu...
memang liat sangat2 nak pergi sekolah...

tapi mak saya push saya...
tapi tak pernah marah2 pun...
push dengan baik2...
sayang betul mak saya pada saya...

pagi2 pukul 5 mak saya dah bangun...
timba air dari perigi letakkan dalam besen supaya saya senang mandi...
dulu kan saya tinggal dengan atuk saya...
rumah atuk saya takde lagi paip2 ni..
kami orang kampung....

kira2 dah sebesen mak timba air...
mak saya akan kejutkan saya...
"sha...sha...bangun mandi...
nanti lewat pergi sekolah..."
saya pulak makin la tarik selimut...
hehe maka saya pun tidur lagi...
akhirnya mak saya dah geram agaknya...
kejut2 pun tak bangun...
apa lagi...
dia tarik selimut...
sebab bila sejuk for sure saya akan bangun...
saya mesti cakap...
"sejuk la mak nak mandi..."
padahal alasan...
tak nak pergi sekolah...
(saya dulu memang malas tau nak pergi sekolah...
tapi mak saya selau paksa... hehehe")
mak saya cakap...
"mandi air sejuk pagi2 segar badan...
nanti pelajaran senang masuk...
kalau mandi air panas nanti mengantuk dalam kelas..."
memang betul apa mak saya cakap...
kalau saya mandi air panas mesti saya mengantuk...

dah siap2 apa semua nak pergi sekolah...
tiba2 alasan saya...
"berat la mak beg ni...tak larat nak bawa"
memang banyak betul alasan saya...
ala...beg budak sekolah rendahkan memang berat...
lagipun tak pandai nak pilih jadual masa tu...
mak saya pun cakap...
"tak pe beg berat, biar mak bawa"
mak saya la yang hari2 pikul beg tu...

saya rasa kalau mak saya tak buat macam tu...
mesti saya akan selalu ponteng sekolah@ mungkin dah tak bersekolah...
kalau mak saya tak buat semua tu...
mungkin saya tak kan jejak kaki ke universitikan?...

mak saya cakap dengan saya...
"mak nak anak mak ada pelajaran...
jangan jadi macam mak...
susah payah pun, bila ada pelajaran...
macam2 benda kita boleh buat...
kalau kita tak de pelajaran...
orang akan pandang rendah pada kita..."
saya ingat pesanan mak...
dan mak selalu cakap...
"mak doakan anak mak berjaya dunia akhirat..."
(dan sekarang ucapan itulah yang saya sentiasa ucapkan pada Khalis...)


Whitey Note: Khalis nanti, ibu akan belikan beg sekolah beroda... jangan malas2 pergi sekolah ye...

Telatah Khalis Semakin Menyentuh Naluri Keibuan Saya...

Semenjak bergerak aktif dengan blog ni...
Khalis mungkin rasa dia diabaikan...
tapi sebenarnya tidak...
macam2 telatah yang dia buat untuk menarik perhatian saya...
bahagianya rasa bila tengok telatah dia...
rasa macam perasan ke kalau saya katakan anak saya comel...
hehe
tapi suka telatah dia...

ni bila saya leka dengan blogwalking...
dia asyik memandang saya...
hehe handphone ada kat tangan terus saya snap...
tapi masa ni mulut dia bising...
dalam gambar tak boleh dengar la kan...

suka sangat bila tengok Khalis tersenyum lebar...
dengan lesung pipit yang dua itu...
satu dari ibu... satu dari baba...
hehe

kalau diagah2 makin menjadi2 gelaknya walaupun benda yang simple...
sebab dia tak nak ibu dia main blog...
dia nak ibu terus layan dia..
kadang2 senyuman dia macam dibuat2 ...
supaya ibu terus layan dia...

perkataan yang tak kan lekang daripada mulut Khalis...
Bu...bu...bu...bu...
pandai anak ibu...
secara automatik saya akan layan dia...

setiap senyuman dia...
buatkan hati saya lupa tentang masalah yang bersarang kat dalam otak ni...

ini kalau mulut dia dah mula membising..
ta...ta...ta...tah!
bu...bu...bu...ba...ba...ba...!
makin bising mulutnya sejak giginya dah tumbuh 4 batang...
hehe nak tunjuk gigi ke anak ibu ni...

sekarang ni suka sangat sembur2 air liur dia...
hehe dan yang jadi mangsa dia nak lap...
mestila kat baju saya...
hehe pandai dia...
bila air liur dah banyak mula lah...

tak tahu kenapa...
setiap kali melihat muka dia yang sedang menangis hati saya rasa sakit sangat2...
kekadang kalau dia menangis..
seya pun turut sekali menangis...
yang ni saya snap sekejap...
lepas tu cepat2 ambil untuk pujuk dia...

dan bila dia tidur...
hati saya terasa sayu...
kekadang saya rasa apa yang saya bagi tidak mencukupi untuk dia...
tetapi saya akan cuba bagi yang terbaik semampu saya...
apa yang saya minta adalah...
supaya Khalis jadi Anak yang soleh,beriman,baik hati dan berdisiplin...
amin...



Perihal Minyak Wangi

Dah lama dah rasanya tak beli minyak wangi@perfume...
ya la kan... sejak tidak bekerja ni mana ada pakai perfume ...
duk melepek je kat rumah ...
mana ada modal nak beli...
masa pregnant dulu tak boleh bau perfume ...
asyik meloya saja...
tapi jangan ingat badan saya bau tengik pulak...
deodorant tu wajib...
dulu kalau time saya masih bekerja, tiap 3 bulan mesti beli 1 botol perfume yang saya beli...
wajib!
saya memang susah nak tukar perfume...
macam warna pink la...
hehe mak saya dari kecik lagi memang dah pakaikan baju warna pink...
beli mainan pun warna pink...
jadi bila dah besar pun...
barang yang menarik minat saya adalah yang berwarna pink...
ok! dah cukup!
perfume yang paling saya suka pakai adalah The Body Shop...
paling suka la...tapi sebelum2 saya pakai perfume jenama ni...
saya pakai Avon...
masa zaman kanak2 riang
(wah! kanak2 pun dah pakai perfume! wat la muka ala2 terkejut gitu!)
tapi wajib pakai deodorant...
nanti tak pakai deodorant walaupun pakai perfume bergelen2 mesti baunya tetap juga tengik kan?
dah2!

The Body Shop!
saya mula kenal perfume ni sejak saya masuk matrik...
kira macam kejutan budaya la ni...
masa tu rasa bangga sebab dapat pakai perfume oversea gitu!
beli pun guna duit yang kerajaan bagi...
ha...tengok! bukan nak buat belajar...perabihkan duit kerajaan saja...
saya suka brand ni sebab ia natural dan baunya sangat2 sweet...
ini bukan promote brand ni ya...
banyak juga perfume lain yang saya cuba...
tapi mesti back to The Body Shop...
first smell yang saya pakai daripada brand ini adalah Vanilla Vanille...
baunya memang sweet sangat...
jadi kalau kawan2 saya terbau vanilla mereka pasti ingat saya...
(ye ke???)

saya lebih prefer yang spray...
daripada oil...sebab oil ni...
bau dia kuat...
dan menusuk hidung terus naik ke kepala (haha)
maka tercetuslah! Pening!
tapi sekarang...
Company ni dah tak keluarkan yang spray...
tiap kali pergi pun mesti ada yang oil je...
jadi saya belilah satu...
tapi sampai sekarang pun tak abis lagi...sengihnampakgigi
sebab kalau pakai banyak2 pening...
jadi tiap kali pun pakai setitik tapi habis semua tempat saya sapu
(pada baju ya! jangan la fikir yang bukan2 pulak!)
tapi baunya, walaupun baju dah basuh...
mesti baju yang berkenaan masih lagi ada bau vanilla yang terlekat...

Second smells yang saya beli adalah
Casiss Rose...
sebab apa tukar?
sebab saya memang tak boleh tahan dengan godaan bau rose...
sebab suka2 sangat dengan baunya...
masa tu saya nak beli perfume Vanilla...
tetiba (tetiba?) pula Casiss Rose ni baru kuar di pasaran...
jadi teruja beli sekali dengan Cassis rose ni...
aisey...melayang habis duit...
tu la perempuan kalau shopping mopping ni memang licin(g)

beli yang spray ...
dan juga yang oil..

tapi baunya memang tak kuat macam Vanilla...
Even yang oil punya pun tetap juga sweet...
jadi memang saya sangat2 suka...
saya pun meneruskan hidup dengan perfume2 ini...
pakai tukar2...
pergi kerja pakai vanilla
(sampai customer tegur kata wangi...tapi dia cakap dengan staff la...: "Eh, U punya manager tu manyak wangi ooo perfume apa yang dia pakai?)
malu saya... hehe...
tapi kalau pergi dating...
saya pakai Casiss Rose...
ya la.. baunya sweet mweet gitu...

tapi pakai perfume ni haram dari segi agamakan?
itu kalau bertujuan untuk menaikkan nafsu...
bagi lelaki yang bukan mahram dan bukan suami...
tapi saya pakai adalah untuk keyakinan diri...
tak de niat itu semua...
tetiba jalan2 tepi orang...
badan bau tengik!
adoi...orang yang hidu pun pengsan...
jadi nak buat atau pakai sesuatu mesti dengan nawaitu yang baik...
itu pendapat saya...

Masa bulan Julai 2009...
saya dan my hubby pergi jalan2 kat Jusco Kepong...
kat sanakan ada Body Shop...
usha2 la perfume...
konon2nya nak tengok aje la...
tetiba berkenan pulak...
tapi masa tu duit tak cukup dah...
sebab dah beli segala macam benda...
bagi tahu my hubby...
"nak perfume ni boleh?"
jawabnya"tak boleh, budget tak cukup!"
apa lagi sedihla...
(sambil tunjuk muka masam)
ha ni la perfume tu...

Moroccan Rose!
perfume ni masa tu baru keluar pasaran...
jadi balikla kerumah...
On my 24th birhtday my hubby bagi present...
buka2...
dah tentulah perfume yang saya nak tu...
katanya "nanti kalau tak beli kempunan pulak..."
(adakah gitu???)
jadi sekarang...
kalau keluar pergi jalan2 ...
perfume ni la yang saya pakai...

ada antara anda yang berminat?
sila dapatkan di The Body Shop store yang berdekatan...
terima kasih kerana sudi membaca...

 
Copyright © Whitey Mommy™