Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

"Preloved" pakaian untuk dijual

Assalamualaikum W.B.T :)

Dari tahun lepas lagi nak upload baju-baju lama saya yang tidak dipakai ni. Sebab dulu-dulu saya kerja pakai uniform jadi baju-baju ini jarang saya pakai. Nak bagi adik-adik, saya tak de adik beradik. Jadi nak let go kepada yang berminat.

Ada yang boleh dipakai untuk buat basahan harian dan juga jalan-jalan pun boleh. Ikut keselesaaan. :)

Sebab saya nak let go. Umur saya dah 27 tahun ini. Fesyen remaja dah tak sesuai untuk saya. Tambahan saiz saya dah tak sama macam dulu. :D

Sesiapa yang berminat bolehlah lakukan perkara berikut:

1. Emailkan Kod pakaian pilihan anda kepada saya : whiteymommy@yahoo.com
2. Harga tidak termasuk harga pos. Harga pos adalah RM7. Pembelian yang melebihi RM50 akan diberikan penghantaran secara percuma.


KOD: WMS 01 (SOLD)
BRAND : CHARGERS OUTFITTER
HARGA: RM 25
SIZE: 28
MATERIAL : JEANS

KOD: WMS 02
BRAND : CLASSIC PROFILE
HARGA: RM 15
SIZE: M
MATERIAL : KHAKIS
REMARK : BAHAGIAN KAKI ADA KESAN LUSUH.

KOD: WMS 03
BRAND : TOMS GIRL
HARGA: RM 15
SIZE : M
MATERIAL : COTTON
REMARK : SELUAR INI ADALAH SELUAR KEGEMARAN SAYA. WARNA DUSTY PINK :)

KOD: WMS 04 (SOLD)
BRAND : GOOGLES
HARGA: RM 25
MATERIAL : JEANS
SIZE: 30
KOD: WMS 05
BRAND : NO BRAND
HARGA: RM 15
MATERIAL : JEANS
SIZE: 30
KOD: WMS 06 (SOLD)
BRAND : SEED JEANS
HARGA: RM 25
MATERIAL : JEANS
SIZE: L
KOD: WMS 07
BRAND : NO BRAND

HARGA: RM 15
MATERIAL : JEANS
SIZE: 30
KOD: WMS 08
BRAND : TOMS GIRL

HARGA: RM 25
MATERIAL : JEANS
SIZE: M
KOD: WMS 09
BRAND : GOOGLES

HARGA: RM 20
MATERIAL : COTTON
SIZE: S
KOD: WMS 10
BRAND : TOMS GIRLS

HARGA: RM 20
MATERIAL : KHAKIS
SIZE: M
KOD: WMS 11
BRAND : TOMS GIRL

HARGA: RM 25
MATERIAL : COTTON TEBAL
SIZE: S
KOD: WMS 12
BRAND : HANG TEN

HARGA: RM 45
MATERIAL : JEANS
SIZE: M
REMARK : JEANS INI JENIS TEBAL DAN SAYA JARANG PAKAI. 
KOD: WMS 13
BRAND : GOOGLES

HARGA: RM 25
MATERIAL : COTTON TEBAL
SIZE: S
KOD: WMS 14
BRAND : DOLLY

HARGA: RM 25
MATERIAL : JEANS
SIZE: M/L (SMALL)
 
KOD: WMS 15
BRAND : APPLEMINTS
HARGA: RM 25
MATERIAL : JEANS
SIZE: 28

KOD: WMS 16
BRAND : LADYLIKE

HARGA: RM 15
MATERIAL : COTTON
SIZE: XL (TAPI CUTTING KECIL, MUAT M/L (SMALL)

KOD: WMS 17
BRAND : GIORDANO

HARGA: RM 25
MATERIAL : COTTON
SIZE: S
KOD: WMS 18
BRAND : BLUE TOMS

HARGA: RM 7
MATERIAL : COTTON
SIZE: M
KOD: WMS 19
BRAND : BAJU KURUNG KEGEMARAN SAYA :)

HARGA: RM 35
MATERIAL : KAIN JENIS LICIN TAPI ADA BUNGA-BUNGA KILAT YANG TIMBUL.
SIZE: BOLEH MUAT S/M/L (SMALL)

KOD: WMS 20
BRAND : DIESEL EXCHANGE

HARGA: RM 7
MATERIAL : COTTON
SIZE: L
KOD: WMS 21
BRAND : TOMS GIRLS

HARGA: RM 7
MATERIAL : COTTON
SIZE: M
KOD: WMS 22
BRAND : TOMS GIRLS

HARGA: RM 15
MATERIAL : COTTON
SIZE: M
KOD: WMS 23
BRAND : BLUE TOMS

HARGA: RM 15
MATERIAL : COTTON
SIZE: M
REMARK (TSHIR NI SAYA TIDAK PERNAH PAKAI. SANGAT-SANGAT BARU KEADAANNYA.

KOD: WMS 24
BRAND : TOMS GIRLS

HARGA: RM 7
MATERIAL : COTTON
SIZE: M
KOD: WMS 25
BRAND : BLUE TOMS

HARGA: RM 10
MATERIAL : COTTON
SIZE: M
KOD: WMS 26
BRAND : DIESEL EXCHANGE

HARGA: RM 10
MATERIAL : COTTON
SIZE: M
KOD: WMS 27
BRAND : FOREST

HARGA: RM 25
MATERIAL : COTTON
SIZE: M
KOD: WMS 28
BRAND : MY LOVELY CLOSET

HARGA: RM 15
MATERIAL : COTTON
SIZE: M
KOD: WMS 29
BRAND : AERO

HARGA: RM 15
MATERIAL : COTTON TEBAL (JUMPER)
SIZE: S
KOD: WMS 30
BRAND : APPLEMINTS

HARGA: RM 15
MATERIAL : COTTON
SIZE: S
KOD: WMS 31
BRAND : GOOGLES

HARGA: RM 10
MATERIAL : COTTON
SIZE:L (SANGAT CANTIK BILA PAKAI DENGAN KEMEJA DAN JEANS :)
KOD: WMS 32
BRAND : VIOR EXCHANGE

HARGA: RM 7
MATERIAL : COTTON
SIZE:L

Tutorial oh tutorial...

Assalamualaikum W.B.T

Dah lama saya tak buat tutorialkan, sebab merajuk (ada orang nak layan ke kau punya rajuk?) dengan orang yang tak tahu nak berterima kasih dan kalau bertanya tu jenis stok-stok yang macam nak cari gaduh dan tak de hormat, sekurang-kurangnya panggilah kakak ke, sejuk sikit hati nak menjawab pertanyaan. Ni terus bertanya tanpa hujung pangkal. Walaupun kita ni dunia blogger, tak nampak mata, hidung, kepala dan sebagainya. Berilah salam dan kata ganti nama diri yang elok sikitkan. Barulah nampak beradab dan sejuk sikit hati. Tak gitu?

Ramai yang email saya duk bertanya tentang tutorial itu dan ini. Tetiba macam ada mood nak buat tutorial pula...

Jangan la tanya tutorial macam mana nak design blog ke, nak lukis doll ke. Sebab saya ini bukannya seorang yang expert sangat. Sebab kebanyakkan blog design ke, lukis-lukis ke. Semuanya saya try and error. Kalau cantik dimata saya. Saya tunjuk pada customer. Sebab tu saya tak tahu macam mana nak buat tutorial. Sebab cara saya tidak konsisten. Ianya berubah mengikut kehendak customer yang berbeza-beza.

Kalau takat tutorial widget ke, atau add on lain tu boleh lah juga saya rujuk kat blog otai-otai dan olah ikut cara saya sendiri. Atau pun saya buat ikut akal logik saya.:)

Cuba senaraikan tutorial apa yang anda mahukan kat komen ni...
tapi kalau saya tak penuhi permintaan anda...
Jangan lah marah-marah pula ya :)

Ingatkan dah tak sayang

Assalamualaikum W.B.T

Tajuk yang tak boleh blah. Tetiba hari ni rasa macam nak cek apa yang jadi kat akaun Nuffnang. Sebab dah lama tau saya tak dapat Buffered Earning (BE). Jadi bila dapat seketul ni rasa macam teruja pula nak up entry. Ala-ala menunjuk macam saya seorang je yang dapat BE kan? Ada orang kisah ke?

Ingatkan dah merajuk nak turunkan semua banner Nuffnang yang ada kat blog ni. Sekali dapat maka dengan gembiranya saya berhajat untuk meneruskan menampal iklan-iklan ini di blog yang tak berapa saya sayang ni :p


BE yang seketul yang membuatkan saya happy. Ini adalah BE pertama pada tahun 2012. Sedih betul. Bulan Februari dah nak menutup tirai baru dapat seketul. Harap-harap lepas ni Nuffnang boleh bagi banyak-banyak lagi (dengan penuh pengharapan, sebab rasa macam nak kumpul untuk beli laptop saya sendiri).

Pelik bila trafik harian mencecah 4-500 UV sehari ( bagi blogger picisan seperti saya, ini dah dikira tinggi) . Tapi seketul BE tak dapat pun. Rupa-rupanya sebab saya jarang update blog. Nuffnang mengambil kira juga perkara ini. Walaupun traffik tinggi. Tapi bagi blogger picisan seperti saya ini, harus rajin update blog untuk mendapatkan lebih banyak BE.

Jadi, mulai hari ini, saya harus lebih rajin untuk update blog.
(Semangatnya sekejap je. Sebab tidak seperti awal-awal blogging dulu. Saya sangat bersemangat untuk update blog. Tapi setelah lama bergelar blogger. Rasa macam tidak semua benda kita harus bercerita. Untuk mengelakkan salah faham kan.)

Kalau orang cakap, alah! Blogging sebab duit.
Segala-galanya duit. Siapa tak nak duit?

Help Me... Help Me...

Assalamualaikum W.B.T

Saya rasa macam nak tukar blog design ni...
tapi tak tahu nak design macam mana untuk diri sendiri...
Ada sesiapa ada idea?
:)
Help me...

Amalan Murah Rezeki

 Amalan Murah rezeki
  1. Menyempatkan diri beribadah
    Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya,
  2. Memperbanyak istighfar
    Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
  3. Tinggalkan perbuatan dosa
    Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa.
  4. Sentiasa ingat Allah
    Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
  5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
    Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, 
  6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
    Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
  7. Tunaikan hajat orang lain
    Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri
  8. Banyak berselawat
  9. Buat kebajikan banyak-banyak
  10. Berpagi-pagi
    Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
  11. Menjalin silaturrahim
  12. Melazimi kekal berwuduk
  13. Bersedekah
    Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki.
  14. Amalkan solat malam (tahajud)
    Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.
  15. Amalkan solat Dhuha
    Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri
  16. Bersyukur kepada Allah
    Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat
  17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
    Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
  18. Berdoa
    Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
  19. Berikhtiar sehabisnya
    Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
  20. Bertawakal
    Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah.
Doa Murah Rezeki

1) Membaca SURAH AL-WAQIAH
- Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ قَرأ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فاقَة

“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiapa malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
(Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).

2) Membaca SURAH AL-IKHLAS:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ، اللَّهُ الصَّمَدُ ، لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يُولَـدْ ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ

“Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.”
- Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkan kefakiran daripada ahli rumahnya dan jirannya.
(Daripada Jarir bin Abdullah: Kanzu al-‘Ummal, Mu‘jam al-Tabarani; daripada Ibn Mas‘ud: Mujma‘ al-Zawaid)

Tak Sangka

Tak sangka pula.
Selama ini bila tahu saya dalam kesedihan atau kesusahan.
Ada yang bertepuk tangan dan tersenyum riang. Sambil berkata "Padan Muka"

Terima kasih banyak-banyak :)
Cerita dan perkara sebenar pasti akan terbongkar jua suatu hari nanti.
Hanya DIA yang maha mengetahui.

Senyum je :)

Kata Hati

Saya seorang yang mempunyai kata hati sebelum sesuatu perkara itu terjadi, biasanya saya dah dapat rasa. Cuma terkadang saya ikut juga peribahasa "Ikut hati mati". Tapi disebabkan ikut peribahasa itu terkadang saya seringkali akan ditimpa masalah. Astaghfirullah... itu semua sudah ditakdirkan oleh Allah S.W.T untuk berlaku kan?

Cuma selepas ini, jika hati saya rasa tidak selesa. Saya akan ikut dengan menjauhkan perkara itu. Insyaallah. Itu tekad saya.

Saya sedih dengan orang yang tidak membuat perancangan awal lepas tu berpatah balik. Semua itu akan menyusahkan orang. Sedangkan semua telah saya tulis dan nyatakan. Sedih tersangat sedih. Jangan pertikaikan perkara yang telah saya nyatakan pada awal-awal perbincangan. Apabila anda telah membuat bayaran bermaknanya anda setuju dengan servis yang bakal saya buat.
Tidak mengapa... balasan Allah adalah sebaik-baik balasan. Tidak mengapa. Sabarlah wahai hati.

Pada awal proses perbincangan, memang saya dapat rasa insan ini akan membawa masalah. Tapi disebabkan insan ini kelihatan serius untuk meneruskan perbincangan dan urusan jual beli. Saya pun teruskan. Bukan apa. Saya tidak suka menghampakan orang. Paling saya elakkan, biar pun terkadang hati memang terluka. Tapi saya masih fikirkan orang lain sebelum diri sendiri. Ok. Itu silap saya sendiri.

Persoalan harga , kenapa perlu ditimbulkan. Contoh saya setting blog atau buat adjustment atau penyusunan tanpa melibatkan grafik. Saya akan charge RM20 untuk satu sesi/satu perkara mengikut keadaan. Kalau anda rasa mahal. Jalan terbaik. Anda boleh melakukannya sendiri. Tidak usah pertikaikan tidak berbaloi ataupun mahal. Soalnya sekarang, anda menggunakan servis saya. Anda yang membuat pilihan sama ada mahu atau tidak mahu.

Saya minta sangat-sangat fikir sedalam-dalam dan bijak sebelum membuat tempahan. Bukannya selepas membuat bayaran, tetiba cakap mahu cancel order. Business saya bukan permainan. Anda menempah dan setuju membuat bayaran bermakna anda telah setuju dengan terma dan syarat yang saya telah tetapkan. Tambahan masa perbincangan pun saya memang sudah mengingatkan setiap yang ingin menempah dengan saya. Waiting list memang panjang. Kalau sanggup tunggu boleh proceed order.

Usahla menyebarkan perkara-perkara yang boleh merosakkan perniagaan orang lain. Anda minta saya design macam-macam tambah itu ini. Sudah pastilah ada harga untuk itu. 

Tidak mengapa. Yang lepas telah lepas. Apa yang perlu saya lakukan adalah untuk improved diri sendiri kearah perancangan yang lebih baik. Terima kasih kepada insan-insan seperti ini. Kerana secara tidak langsung saya dapat memperbaiki apa yang kurang daripada sudut pengurusan diri sendiri. Insyaallah..:)

Survey : Tentang water filter

Assalamualaikum :)
Nak tanya, rumah anda semua ada tak pakai water filter?
Nak tanya, pakai water filter brand apa ek?

Survey untuk mengetahui brand yang best ...:)

Sayu Hati

Saya ni sebenarnya hari-hari pun sayu, hari-hari pun sedih. Tapi antara boleh control ke tidak. Semoga Allah kuatkan diri ini menjadi seorang ibu yang kuat semangat dan berjiwa kental. Allah maha mengetahui dan sesungguhnya saya yakin. DIA mempunyai perancangan yang terbaik untuk saya. Di kala buntu, saya hanya mampu berserah sepenuhnya kepada ketentuanNya.

Tiap kali tengok Khalis, hati ini menjadi sangat-sangat sayu. Pelbagai persoalan akan keluar dari kotak fikiran saya. Tapi apa persoalannya, biarlah rahsia :)


Khalis baru lepas terjatuh ni. Setelah sebulan lebih dia tidak menangis disebabkan jatuh. Mungkin lah perkara kecil je kan. Tapi, entah kenapa melihat dia tidur hari ini. Saya rasa terlalu sayu. terlalu sayu. Ya Allah... Kau bahagiakan anakku Dunia Akhirat... Amin...

Kebiasaannya, bila Khalis tidur, lebih dari 30 minit. Hati saya menjadi rindu sangat-sangat. Di kotak fikiran saya, saya tak tahulah macam mana andainya saya perlu berjauhan dengan dia. Tidak terbayang difikiran saya. Rasa takut untuk fikirkan. Nauzubillah... tapi pasti suatu hari nanti Khalis mesti perlu belajar, perlu meneruskan kehidupan dia sebagai Khalifah di muka bumi Allah ini.

Maaf kalau saya puji anak sendiri. Kalau ibu tak puji, siapa yang nak pujikan... Khalis ni comel sangat-sangat. Tersangat... Walaupun marah macam mana pun tak sampai hati. Mesti saya pula yang menangis lepas marah kan dia. Itu yang selalu terjadi. Budaknya pandai, cepat pick up. Dia perhatikan apa orang buat. 2,3 kali orang ulang perkara yang sama dia dah boleh pick up. Kebolehan dia biasanya berlaku dari satu perkembangan ke satu perkembangan tanpa saya perlu mengajar. Mulut seorang ibu. Doa seorang ibu sangat-sangat mujarab. Jadi disini saya lihat, seorang ibu perlu menjaga tutur kata. Satu perkataan yang tak baik pun tak boleh cakap. Alhamdulillah setakat ini tidak pernah terkeluar perkataan yang bukan-bukan. Semoga Allah menjaga tutur kata saya ini... Semoga Khalis akan terus berada dibawah lindungan dan dirahmati Allah S.W.T

Khalis's new toy

Lebih sehari saya tidak bersiaran. Broadband kena sekat sebab tak bayar . :p Sekarang sudah dibayar jadi boleh lah bersiaran dan membalas email, PM ... Pada yang saya masih belum balas, harap bersabar. Saya akan balas ya.

Seharian tanpa internet. Gelisah juga rasanya. Agaknya sebab dah terbiasa online hari-harikan. Memang tak boleh nak buat kerja. Jawabnya duk teman Khalis tengok Upin Ipin. Layan Khalis sepanjang hari. Ada hikmahnya dengan setiap yang berlaku.

Jadi hari ini, saya mula bekerja. Membalas email dan design.

Lebih seminggu dah, Khalis dapat toy baru ni. Bukan apa, saya beli sebab asyik berebut je nak kan laptop. Macam mana nak buat kerja kan. Jadi jalan terakhir memang kena beli juga gadget untuk dia. Since dia tak mau tengok TV nak tengok kat laptop juga. Jadi saya belikan tablet untuk dia. Masih dalam proses nak downloan program education dalam tu. Nak kena cari tempat ada wi-fi sebab tak boleh connect pula dengan broadband ni. Katanya modem broadband ni tak support. Jadi buat sementara ni, Khalis layan Boboi boy dengan Upin Ipin .



Kusyuknya. Nanti kalau ada program education mesti lagi kusyuk.

Tablet ni bukan yang mahal tu. Harga dia less dari RM500. Kebetulan dapat duit daripada En Nuffnang ( dah jadi kedekut dengan saya, sebab dah lama tak dapat BE walaupun traffic lebih dari 500UV sehari. Malas nak hantar email untuk bertanya.)

Dapat tablet memang dah kurang dah dia melayan laptop. Tapi tablet dia tak boleh orang sentuh, ngamuk la jawabnya. Gaya macam ni..memang tak boleh ada adik :P Barang-barang dia memang orang tak boleh usik. Ibu dan baba dia pun tak boleh usik. Sejak dia dah pandai membezakan barang-barang dia dengan barang orang lain ni. Perangai dia dah jadi macam tu. Kena cakap baik-baik baru boleh pinjam.


Yippie... Itu sahaja, nak sambung kerja. Senyuman dari Khalis, "terima kasih kerana sudi baca blog Ibu saya". Till next time :)

Bukan pendendam cuma sukar melupakan

Saya bukan minta untuk dipuji jauh sekali dipuja. Cuma jika tidak boleh berkata-kata perkara yang baik. Saya rasa lebih baik berdiam diri. Sama dengan komen juga. Jika saya melawat blog rakan-rakan, saya tidak boleh nak komen yang bernas tentang entry rakan-rakan saya lebih suka untuk berdiam diri. Daripada terkomen yang lari daripada topik asal.

Saya tak pernah lupa, dulu masa saya aktif berblog. Ada yang berkomen tentang anak saya ni "teruk" sebab mungkin lah terlalu manja. Waktu tu Khalis masih kecil lagi. Nak kemana-mana, masak pun tetap kena dukung juga. Seorang ibu, kalau orang komen atau mengata anak dia. Tidak mungkin tersenyum redha kan? sebab kata-kata itukan doa. Apa yang anda rasa kalau orang lain juga berkata begitu kepada anak anda pula. Tak mungkin tak kecil hati kan? Kalau anda tak kecil hati. Saya tabik pada anda, kerana sangat-sangat cekal. :)

Mulai dari saat itu, saya memang dah jarang upload cerita tentang Khalis. Sebab apa? khuatir kata-kata dan komen-komen orang akan berubah menjadi doa. Saya sensitif? Ya saya memang sensitif terutama menyentuh hal Khalis. Tapi sekarang dah matang kot. Sebab sekarang saya fikir, orang tak merasa apa yang saya rasa. Tapi hidup kita ni umpama roda. Kita tetap akan merasa kesusahan dan kesenangan cuma tahapnya berbeza antara satu sama lain. Sebab Allah tak kan menguji hambanya lebih daripada apa yang dia mampu. Walaupun terkadang saya sendiri pun mengeluh jika mengalami tahap-tahap yang sukar untuk saya tempuh. Cuma bila menyedari hakikat dan keadaan sebenar yang perlu ditempuh. Kita perlu berpijak kepada bumi yang nyata.

Saya adalah seorang yang mudah bercerita. Bercerita bukan bererti untuk meminta simpati dengan mereka-reka cerita tapi untuk meluahkan perasaan yang terpendam. Orang boleh tomah pelbagai andaian dan tuduhan tapi mereka tak kan rasa sehinggalah mereka merasai tahap itu. Orang yang memahami saya akan tahu yang saya tidak akan berbohong atau berbuat cerita. Biar sejuta penafian tapi kebenaran itu tetap akan benar. Hanya masa dan dengan izinNya kebenaran akan terungkap. Wallahualam.

Khalis

Rasanya tajuk entry Khalis dah pernah ada kot sebelum ni, dah tak ingat dah. Tapi saya tak de modal nak buat tajuk apa.

Khalis masih yang dulu cuma dah makin besar. Fizikalnya membesar tapi di mata saya dia baby untuk selama-lamanya. Dah pandai macam-macam. Perangai pun dah macam-macam yang kekadang buat saya hilang sabar, juga kekadang membuatkan suara saya kedengaran seperti "George of the jungle". Baru melayan kerenah seorang, rasanya cukuplah seorang kot :)

Khalis in black, Macho tak? :p
Dah lama tak bergambar, sejak handphone saya sudah tidak berfungsi maka putus la punca gadget untuk bergambar. Khalis kelihatan kekok untuk bergambar. Kekadang bila kamera dihala kepada dia. Mula la tersipu-sipu malunya. :)

Orangnya pemalu bila mula-mula jumpa tapi lepas sejam dah ok dah. Pantang nampak gadget dia mesti suka. Handphone, laptop, kamera, tablet, ipad, memang pantang jumpa. Excited je dia tengok benda-benda macam tu. Khalis... Khalis...

Sekarang dah 2 tahun 4 bulan. Sungguh pantas masa berlalukan. Tak terasa. Saya rasa belum bersedia nak melihat dia membesar, tapi tak mungkinlah dia nak keadaan baby selamanya kan. Ya Allah sayunya. Rindu sangat-sangat saat Khalis baby, meniarap, merangkak. Owh... rindunya. terutamanya masa dia merangkak dulu. Sangat comel. Masyaallah ....:)

P/s : Mamafiza mesti tengah baca kan? terima kasih untuk "si putih" . Hadiah yang sangat-sangat tidak disangka. Insyaallah dah beli memory card nanti, banyak gambar-gambar Khalis akan diupload :) Semoga rezeki Mamafiza dan keluarga melimpah ruah.:) Amin...
 
Copyright © Whitey Mommy™