Tiap kali tengok Khalis, hati ini menjadi sangat-sangat sayu. Pelbagai persoalan akan keluar dari kotak fikiran saya. Tapi apa persoalannya, biarlah rahsia :)
Khalis baru lepas terjatuh ni. Setelah sebulan lebih dia tidak menangis disebabkan jatuh. Mungkin lah perkara kecil je kan. Tapi, entah kenapa melihat dia tidur hari ini. Saya rasa terlalu sayu. terlalu sayu. Ya Allah... Kau bahagiakan anakku Dunia Akhirat... Amin...
Kebiasaannya, bila Khalis tidur, lebih dari 30 minit. Hati saya menjadi rindu sangat-sangat. Di kotak fikiran saya, saya tak tahulah macam mana andainya saya perlu berjauhan dengan dia. Tidak terbayang difikiran saya. Rasa takut untuk fikirkan. Nauzubillah... tapi pasti suatu hari nanti Khalis mesti perlu belajar, perlu meneruskan kehidupan dia sebagai Khalifah di muka bumi Allah ini.
Maaf kalau saya puji anak sendiri. Kalau ibu tak puji, siapa yang nak pujikan... Khalis ni comel sangat-sangat. Tersangat... Walaupun marah macam mana pun tak sampai hati. Mesti saya pula yang menangis lepas marah kan dia. Itu yang selalu terjadi. Budaknya pandai, cepat pick up. Dia perhatikan apa orang buat. 2,3 kali orang ulang perkara yang sama dia dah boleh pick up. Kebolehan dia biasanya berlaku dari satu perkembangan ke satu perkembangan tanpa saya perlu mengajar. Mulut seorang ibu. Doa seorang ibu sangat-sangat mujarab. Jadi disini saya lihat, seorang ibu perlu menjaga tutur kata. Satu perkataan yang tak baik pun tak boleh cakap. Alhamdulillah setakat ini tidak pernah terkeluar perkataan yang bukan-bukan. Semoga Allah menjaga tutur kata saya ini... Semoga Khalis akan terus berada dibawah lindungan dan dirahmati Allah S.W.T
InsyaAllah,sesungguhnya doa seorang ibu itu sentiasa dimakbulkan Allah..
ReplyDeletejatuh masa main ke sha? alahai ciannya
ReplyDelete@Lelord
ReplyDeleteHa ah kak..jatuh masa dia duk golek2. salah landing... huhu
@Sue Amin...mudah-mudahan dan agar semuanya dipermudahkan..:)
ReplyDeleteaminn..
ReplyDeletesaya suka sangat orang nama khalis..
sbb suatu masa dahulu, ada insan bernama khalis pernah bertakhta di hati saya..
sampailah sekarang..
walaupun dia tidak mengetahuinya :')
yeaaa dh dpt tatap kahlish yg comel n sweet~
ReplyDeletebetul tu, akak pun sama, lepas marahkan anak, sendiri yg menangis, sesekali rasa risau tk dpt jd ibu yg terbaik..mudah jgak rasa sayu, tmbh2 sejak arif ber'adik' ni.. kesian dia, hari2 kena marah..hu~
rasa tenang je tengok khalis tido...
ReplyDeleteAkak memang ibu terbaik buat khalis..
olo...mmg comel...
ReplyDeleteKadang2 hati kita berat nk lepaskn anak kita kn mommy.. Tp itulah yg kena kita terima. Kenyataan yg kadang2 begitu menakutkan.. Cpt sgt ank2 kita dewasa.. Rasa mcm x puas saat nak dukung timang dia waktu dia baby dlu.. ;)
ReplyDelete