Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Pagi Yang sungguh Mengharukan

Pagi ni, macam biasalah... dah bangun tidur... hehe tengok Khalis tidur atau pun dia tengah main2 sendirian.. saya akan terus on laptop... tengok blog, buka email... dan usha2 blog yang update.. pergi baca tapi tak tinggalkan komen...jelir

tiba2 [eh tiba2 ke..] terpandang massage yang panjang daripada seorang ibu yang bernama Hana... massage yang ditinggalkan di msjbox saya... [kalau anda cari mesti tak kan jumpa, sebab saya dah tersalah save dalam arkib... dan tak tahu nak show balik... ades... ada sesiapa boleh tolong? sebab sis Hana ni tak de blog... kalau dia masuk blog saya mesti dia tak nampak saya reply...] baca la massage kat bawah ni...
sungguh mengharukan... kenapa? sebab my hubby puji saya di depan orang lain... tetapi depan saya... erk! lain pulak perangainya... itu satu...
yang kedua... kerana seorang ibu menangis dengan apa yang dia lakukan... mean tak aware dengan kesihatan dengan anaknya... itu menandakan dia seorang yang bertanggungjawab dan sangat2 menyayangi anaknya... then mungkin ini berlaku kerana dia kurangnya pengetahuan tentang penjagaan bayi dan kesihatan bayi... orang kata biasa lah ibu muda kan...

oleh itu... sebagai ibu muda di zaman yang serba canggih... saya rasa kita perlu banyak membaca teknik2 untuk menjaga bayi dan cara2 untuk menjaga bayi... tak pun bertanya pendapat orang lain tentang bayi...

to sis hana: you are really2 a great mother... kita sebagai ibu... mesti lakukan yang terbaik semampu kita untuk anak...=) your comment really make me thouching... anyway thanks for drop by... n take care...senyum

Whitey Note: nanti nak post cerita tentang hadiah yang Mommy Pinky hantar kepada saya... sangat2 suka...cium

Tolong Khalis...

Lately ramai sangat orang kata anak teruna saya ni kurus... huhu saya rasa...saya bagi makan cukup kat dia...tapi mungkin lately sejak Khalis pandai merangkak, dia kuat bermain...itu akan jadi penyebab ke? seorang jiran yang agak celupar itu tegur... "kecik sekarang" saya cakap "siapa yang kecik?" muka memang jengkil sikit la...dia tak jawab...sesuka hati nak kata itu ini kat Khalis... hm....

Semua para2 ibu...saya nak minta kongsi pandangan anda..berdasarkan pengetahuan dan pengalaman.... dari segi penjagaan pemakanan..[jadual ke [pukul berapa kena bagi makan ke]... atau jenis makanan yang bayi patut makan, menu ke...apa2 je... untuk menggemukkan menyihatkan bayi] tolong ek...saya risau ...saya pun dah pening...

Whitey Note: Saya masih tidak menerima sebarang jawapan daripada semua pemenang2... hehe tak nak adiah ke ni? =p

Pengumuman : Pemenang Whitey Mommy's Giveaway...

amat sukar untuk membuat pilihan pemenang... juri2 semua pening kepala... banyak kali diulang2 page yang sama... apa pun... kepada yang tidak menang..jangan putus asa ya... terima kasih sesangat kepada yang sudi menjadi peserta...=)

Pemenang adalah : Sis Nida
sila emailkan kepada saya watermark yang sis inginkan ya... insyaallah saya akan cuba designkan....
Tempat Ke-2 : Sis Farra
Tempat Ke-3 : Sis Lieyna

kepada pemenang tempat ke-2 dan ke-3... sila pilih mana2 watermark yang anda berkenan di Whitey Mommy Gallery dan hantarkan kod watermark yang dipilih... besertakan dengan ayat yang anda ingin letakkan pada watermark...=)

Email at : sitinorkhaironisha@yahoo.com

Tahniah kepada semua pemenang ya... bagi yang tidak berjaya diharap jangan bersedih hati... boleh cuba lagi untuk Giveaway saya yang akan datang... tunggu...

lupa pulak...

kepada ibu Aqil... emailkan kriteria watermark yang ibu nak kepada saya ya... =)

Whitey Note: Maaf saya lambat umum... ades...


Pengumuman : Senarai Finalist Whitey Mommy's Give-Away



Dibawah adalah senarai top 10 finalis untuk Whitey Mommy's Giveaway...
  1. http://www.fdhelina.com/2010/07/whitey-mommy-giveaway.html
  2. http://hijaucantik.blogspot.com/2010/07/whitey-mommys-give-away.html
  3. http://mamalieynaforcontest.blogspot.com/2010/07/whitey-mommys-give-away.html
  4. http://zahirahsofiyyah.blogspot.com/2010/07/whitey-mommy-giveaway.html
  5. http://nisajijah.blogspot.com/2010/07/whitey-mommys-give-away.html
  6. http://mamapapaaqish.blogspot.com/2010/07/whitey-mommy-giveaway.html
  7. http://ibudamia.blogspot.com/2010/07/whitey-mommys-giveaway.html
  8. http://hasroylin.blogspot.com/2010/07/whitey-mommy-giveaway.html
  9. http://fieza79.blogspot.com/2010/07/whitey-mommys-giveaway.html
  10. http://suzie284.blogspot.com/2010/07/whitey-mommys-give-away.html
Terima kasih sangat kepada semua yang sudi join ye... Kepada yang tidak berjaya... nanti cuba lagi untuk my next giveaway [rambang mata saya nak pilih top ten ni...dari malam tasi lagi duk ulang2 page yang sama]...yang pasti... untuk my next give-away... mungkin hadiahnya cukup banyak [kalau boleh nak semua peserta dapat hadiah...boleh ke macam tu =p] saya sertakan link saja sebab Mommy Pinky Meeting hari ni... dia tak dapat nak senaraikan top 10 ni...saya ni malas sikit.. =) terus copy link ... ok...

Whitey Note : To Mommy Pinky and Hubby > sila lah pilih senarai top 3 anda... terima kasih... =)

Aduhai Khalis

Baby nak membesar ni memang macam2 mereka punya IQ kan... [dah agak lama juga saya tak taip tips untuk ibu hamil dan juga babykan... bila nak taip ya...masa memang tak mengizinkan...] Actually ni cerita semalam... tapi pagi ni baru saya berpeluang nak taip...rehat sekejap daripada mendesign template... sayang kalau gambar2 ni semua tak diuploadkan...=)

Semalam Khalis mandi minyak! ayayai habis sebotol minyak bayi HPA dia kerjakan... saya pun tak pasti macam mana penutup botol minyak tu boleh terbuka semuanya.... mula2 saya memang keep-0n-eye dia...setiap kali saya pandang pun masih ok la...dia memang duk baling2 botol minyak tu... saya memang tak kisah selagi benda tu tak bahaya... tapi Khalis sekarang memang suka sangat main baling2... tapi Alhamdulillah dia memang tak masukkan benda kecik2 kat dalam mulut...

berbalik pada botol minyak yang dibaling2 tadi...tetiba saya rasa macam senyap je...jenis Khalis ni...kalau dia ada buat silap ke... benda tumpah ke... dia memang akan diam...saya pun pandang...
[botol minyak tu saya dah tutupkan balik sebelum ambil gambar] ha...hambik... seluruh badan... nampak macam tompok2 coklat... saya terfikir apa dia..."Khalis... kenapa badan anak ibu tompok2 tu? Khalis buat apa yang?" [terkejut dia masa dengar saya tegur tu, memang dah sah la ada yang tak kena...] ades...yang comelnya... dia boleh pegang botol minya sambil pandang kat saya... ades... Khalis ..Khalis... maybe konon2nya nak bagi tahu saya la...dia dah tumpahkan minyak... memang rumah berminyak2 la dikerjakannya... =)
stokin, seluar, badan, dan seluruh badannya...memang habis!... [main punya pasal... stokin pun dah tak duduk kat kedudukan asal...rumah pulak tak leh nak cakap la... macam tongkang pecah dibuatnya...kan kalau kemaskan...dia bongkar balik...] dah la baju warna putih..ades...tak dapat nak diselamatkan lagi baju ni nampak gayanya...
ni bila ambil gambar dia.. dia tak mahu...dia nak capai handphone kat tangan saya... malu la tu...
ha...ni gambarnya sebelum pergi mandi... gelak je manjang bila saya tanya kenapa tumpahkan minyak... yang pandainya...bila babanya balik...babanya tanya "Khalis, kenapa Khalis tumpahkan minyak?" tahu macam mana dia buat? dia boleh buat2 tidur... pastu bila babanya diam daripada bertanya... dia pun sedarkan balik diri dia...ades...dah pandai cari alasan untuk mengelakkan diri ni nampak gayanya... Khalis... Khalis...

Whitey Note : memang tak habis2 telatah dak tiut ni... banyak gambar yang saya snap...tapi memang tak sempat nak upload... busy bebenar gayanya saya ek... hehe sok busy mendesignkan watermark untuk para pemenang give-away...gud luck to you all....=)

Senarai Peserta Whitey Mommy's Giveaway

dibawah adalah senarai peserta Whitey Mommy's Giveaway ...
  1. Wife Mr.Em ~ Ibu Mr.Aqil [peserta pertama dah konfirm akan menang watermark...jadi tak menang yang lain pun tak pe...=p makin banyak la koleksi watermark ibu...]
  2. ch@
  3. ummi sofiyyah
  4. Momma Mia
  5. EiJa ZaQuaN
  6. Ain
  7. ikoko
  8. mama zharfan
  9. Lelord
  10. Bond@ While@
  11. Shiela Latif
  12. Anje a.k.a Mama_Balqis
  13. sall
  14. Hezesuze
  15. Nana
  16. mamalieyna
  17. zue @ annaleeya
  18. Nida
  19. mama rifQy
  20. zurazari
  21. mummysyafie
  22. Farra Dhelina
  23. Adlin a.k.a Kyra MomS
  24. Fieza79
ada sesiapa yang tak tersenarai tak? Para juri sedang memilih pemenang bagi giveaway ni... All the best and gud luck to all of you...thank you for joining my give-away...

Whitey Note : actually tengah terfikir nak buat satu giveaway yang mahal ni...ades... tapi duk fikir2 bila nak buat dan nak buat tajuk apa ek? hehe...

Whitey Mommy's Give Away [CLOSED]

[Sticky Post, untuk entri baru sila scroll ke bawah ya...]
Dah lama rasanya nak buat giveaway... tapi saya tak tahu nak bagi hadiah apa... since saya dah boleh sikit2 buat watermark ni... jadi saya rasa ini hadiah yang sesuai...

Syarat-Syarat Contest
1. Buatkan satu entri... hanya letakkan Gambar anda, keluarga ataupun baby anda yang sedang menunjukkan wajah paling gembira... dan ceritakan sedikit sebanyak tentang gambar tersebut.

2. Copy& Pastekan badge contest diatas di dalam entri anda...

3. Tag 3 orang kawan anda...

Syarat Sah contest
1. Mesti Jadi Follower dan linkkan didalam bloglist anda, kedua2 blog saya iaitu personal blog Whitey Mommy dan Whitey Mommy Gallery

2. Terbuka kepada semua warga Malaysia yang berada di dalam dan juga luar negara.

3. Terbuka kepada lelaki dan perempuan.

Hadiah
Pemenang: Satu Watermark Custom-made
Tempat ke-2 dan ke-3: Anda boleh pilih mana2 watermark di dalam Whitey Mommy Gallery
Peserta Pertama yang menyertai : Mendapat Satu Watermark Custom-made

Juri:
1. Saya Sendiri
2. My hubby [tak de blog jadi tak boleh link]
3. Mommy Pinky
4. Hubby Mommy Pinky

Pemberi idea : Mommy Aqil, Mommy Dania, dan Wansteddy

[Juri tidak dibenarkan menyertai pertandingan =p]

Tarikh tutup : akan dimaklumkan kemudian... bergantung kepada penyertaan...=)

Apa lagi... sesiapa yang berminat... cepatla join...=)

Pengumuman Tarikh Tutup Whitey Mommy's GiveAway


Whitey Mommy's Give Away akan ditutup pada 26 Julai 2010, pada pukul 12.01 Pagi... Harap Maklum... Terima kasih kepada yang sudi join Giveaway saya ni ya... dan Insyaallah keputusan akan diumumkan pada 28 Julai 2010, pada pukul 12.01 Pagi...

Khalis Dipaksa Makan Pisang

Masa Khalis umur 6 bulan... 1st time makan makanan pejal, nurse advice suruh saya suapkan Khalis pisang... memang kalau bayi yang baru mula nak makan ni akan diberi pisang ke? tapi Khalis ni lain, masa mula2 makan, memang dia tak boleh langsung makan buah... mesti dan konpem akan muntah... begitu jugala nasib encik pisang bila dimakan oleh Khalis... habis semuanya dimuntahkan... saya pun tersangat la pelik... tapi saya terus tak bagi makan pisangla...dah tahu dia tak boleh nak telan... actually masa saya pregnant... saya memang tak makan pisang... tak pernah teringin... dan kalau makan sebab terpaksa bila dah tak de buah manis lain.. tapi lepas makan... jawabnya... loya la...

********************************************************************

berbalik kepada sekarang... masuk je umur Khalis 10 bulan ni... kerap sangat Khalis sembelit... ades... jadi ibunya kena la rajin menyediakan puri buah-buahan untuk putra tersayang... biasanya saya memang bagi makanan seimbang untuk Khalis... sayur... lauk...dan nasi... tapi... buah memang Khalis tak boleh nak telan... dia akan muntah... sedih juga tengok dia terseksa bila muntah tu... jadi saya memang tak suapkan dia buah la... ades... lepas dia sembelit ni... saya rasa sangat bersalah sebab tak ajar dia makan buah daripada awal...

Hari tu masa pergi check-up Khalis... nurse cakap... Khalis tak suka makan buah sebab saya tak ajar.. (ya..ya... memang saya bersalah..) huh! lepas pada tu... Khalis memang akan dihidangkan dengan puri buah dan juga jus buah... setiap hari... tak pernah miss la setakat ni... since Khalis memang tak boleh nak telan benda yang berketul2... jadi saya pun kenala blender untuk putra tersayang ni... ha... hambik... makan pulak tu...dulu tak nak makan.. (memang masa nurse cakap kena bagi air banyak.... kena bagi makan buah...Khalis pandang je muka nurse tu) dia paham la tu ... sebab tu balik daripada check-up dia terus beria-ria minum air... nak makan buah bila disuap... elok pulak makannya ades.... agaknya dia tahu sakit sembelit tu macam mana... sebab masa ooot tu dia nangis2... kesian sangat tengok dia... tapi sekarang alhamdulillah dah tak sembelit lagi...
********************************************************************

Ha... ni kisah semalam... sebelum2 ni memang saya tak pernah bagi Khalis makan pisang... tapi saya bagi buah lain... buah naga, mangga dan betik... ulang2 yang tu je... (kawan2 boleh bagi idea tak nak bagi buah apa?) pening saya fikir nak bagi buah apa... sebab kebanyakkan buah yang ada semuanya masam...kan cirit pulak Khalis... ok! balik pada pisang tadi... semalam Khalis dipaksa makan pisang... walaupun tak suka tapi kena juga... sebab... mangga yang ada masam... betik tak de... buah naga pun rasanya ada masam2 sikit... jadi nak tak nak Khalis have to eat pisang... =)
memang nampak sangat muka tak gemarnya... saya kagum dengan dia... walaupun baru umur 10 bulan tapi dia dah tahu bezakan benda yang dia nak dan tak nak... ha... tengok tu... dia tarik kulit pisang daripada tangan saya...
ni bila saya cakap "hari ni... Khalis makan pisang pulak ya yang... nanti sembelit, sakit..." senyum suka ke senyum terpaksa...? [latarbelakang gambar ni jangan ambil kira ya... habis semua di lintang pukangkan oleh putra kecil ini...saya dah pening... kalau barang2 bersepah memang dia tak sentuh langsung... tapi kalau yang saya dah susun dah kemas... dia pun mula la nak bagi kemas sekali lagi...]
comotnya la dia makan pisang... ini disebabkan paksa rela... sebab ada yang masa saya suap dia terus tutup mulut... pisangnya tak sempat nak masuk mulut... pandai betul... terpaksala saya buat2 makan... dan bila suap kat dia... dia terus je ngap...tapi nak boleh telan pisang tu... bercinta dulu! punya la lama...dengan aksi2 mukanya.. memang tergelak2 saya...=))
at last... abis juga pisang setengah biji... okla tu... khalis pun dah kenyang... apa lagi.. sambung main...hari ni.. makan pisang lagi...=p

Comelnya Dia Tidur

ades... ibu tengah syok design watermark... Khalis pulak tengah syok tidur... hehe sempat la snap gambar comel Khalis tengah tidur... tidur pun ada stail... eceh...
Khalis memang suka sangat tidur mengiring... maybe sebab masa saya pregnantkan dia dulu... saya memang tidur mengiring... sebab Khalis memang memberat ke sebelah kanan... jadi saya kena mengiring... kalau tak rasa sesak nafas...
snap muka... kusyuk tidurnya, sayang ibu ni...
tangan bersilang... tangan kecik comel ni... tembam betul tangan dia...=p
wah! kaki lagi bergaya... hehe kantoi stokin pink...=p saya suka...
akhirnya... diselimut dengan comforter... wah! lagi la bertambah nyeyak... selamat malam sayang... tidur dengan nyenyak untuk proses pembesaran mental dan fizikal yang baik... amin...=)

Hulurkan Sumbangan Ikhlas anda untuk Lya @ Mommy Afrina

[Ini adalah sticky mode entri... sila scroll down kebawah untuk entri baru...]

Pelancaran Tabung Kami Bersamamu Lya

Bismillahirrahmanirrahim............

Dengan rasa rendah diri dan penuh harapan, Kami mewakili sahabat-sahabat Lya di alam maya melancarkan TABUNG KAMI BERSAMAMU LYA.

Tabung ini bertujuan mengumpul dana bagi membolehkan Lya menjalani rawatan selanjutnya untuk penyakit beliau. Mudah-mudahan sumbangan sedikit sebanyak dari kalian semua dapat membantu Lya mendapatkan rawatan tersebut secepat mungkin.

Sehingga ke saat ini, Lya masih lagi ditempatkan di ICU Kemaman, Terengganu. Keadaan terkini Lya agak lemah tetapi masih stabil.

Kami juga memohon doa berterusan dari kalian semua. Semoga usaha kita semua untuk membantu Lya dipermudahkan Allah.

Hulurkan sumbangan ikhlas anda ke akaun Maybank Alyani Binti Amran (155014985526).

Untuk update terkini tentang Lya, klik SINI.

Kami juga amat berbesar hati, sekiranya kalian semua dapat mewar-warkan tabung ini di blog masing-masing. Jasa baik anda semua amat kami hargai.

Terima Kasih.


Whitey Mommy : berita ini saya copy daripada blog kak Ain...sama2 la kita bantu lya... hulurkanlah sumbangan ikhlas anda untuk lya... supaya beliau mendapat rawatan yang diperlukan... dan sama2 kita doakan supaya kawan kita ni sihat seperti sedia kala...

**************************************************

lya ini adalah antara teman blogger yang agak rapat dengan saya... setiap kali saya update blog dialah akan menjadi salah satu komentator bagi entri saya... dan juga jasa beliau dalam menangani masalah saya untuk mengendalikan Khalis... sangat2 saya hargai... daripada situ saya tahu... lya seorang yang baik hati...


ya allah, kau selamatkanlah insan yang baik hati ini... semoga lya akan sembuh seperti sedia kala...amin...amin.. ya rabbal alamin...

Khalis Baca Surat Khabar

Pagi tadi my hubby beli paper... dah abis baca... tak pula disimpan... dibiarnya kat depan TV... apa lagi... si kecik comel ni pun mula la nak baca juga surat khabar... sebab daripada tadi lagi memang Khalis usha babanya baca surat khabar...daring semacam je...
ha.. hambik... ni la dia bila Khalis dah mula baca surat khabar... Khalis ni jenis apa yang dia nak, mesti dia nak juga... dia akan cuba ambil sampai dapat...ades... macam mana tu...
sehelai demi sehelai dia belek... hehe siap tarik keluar lagi semua helaian surat khabar tu...
page ni dia tengok lama sikit... gambar Jehan Miskin tu....=p agaknya dia pelik kenapa ada manusia kat dalam paper... yang paling kagum... siap boleh baca terbalik lagi.. hahaha memang gelak sakan bila saya tengok...
dah bosan baca... dia pun dah mula lipat2...
ha... tengok... memang dia pelik tengok ada manusia... Khalis duk tekan2 muka Jehan Miskin kat dalam paper...
ni reaksinya bila saya panggil... terkejut ke terkedu? =p
dah mula wat muka dah....
ha... ni dia dah mencari... nak minum susu... dah penat membaca cari energy....
ha... hambik...habis paper dia sepah2kan... ni la cara Khalis membaca surat khabar... pembacanya tengah minum susu... tinggallah paper berselerakkan... ades... bila dah tahu berjalan nanti tak tahula... habis la rumah ni dia sepah...

Khalis Pandai Merangkak

Khalis sekarang dah umur 10 bulan... semalam Khalis dah buat 1st move dia untuk merangkak... alhamdulillah... anak ibu dah masuk lagi satu peringkat peralihan... sekarang pandai merangkak... nanti pandai berjalan pulak... cepat je waktu berlalu... lagi 2 bulan... Khalis dah cukup setahun... ades... macam mana nak sambut hari lahir Khalis ni... mudah-mudahan dimurahkan rezeki kami untuk menyambut hari yang penuh makna ini... InsyaAllah... kawan2 semua doakan ya...
"pandai merangkak... mulut pun dah pandai juga...ibu tak paham maksud Khalis... memanjang "a...tah! a..tah! " itu je la ayat yang selalu dia sebut... =) dengan gigi kat bawah dua batang... ya Allah.. rasa sangat bersyukur dengan anugerah yang diberi... penghibur hati ibu ni... setiap perlakuan Khalis menarik perhatian ibu... "

Kekadang saya terfikir sendiri melihat telatah dia... inilah anak yang saya kandungkan... masih terasa lagi tangan dan kakinya bergerak2 dalam perut saya... tapi sekarang sudah terzahir didepan mata... Ya Allah... terasa begitu besar kekuasaan-Mu, begitu hebat ciptaan-Mu... air mata kekadang menitis.. syukur, gembira, sayu... macam2 perasaan yang bermain didalam diri ini...
ni dia dah mula nak merangkak... comelnya... suka sangat2...

Saya ingat lagi masa Khalis dalam perut... perasaan rindu terhadap dia sangat2 kuat... rindu nak tengok dia... tapi at the same time takut nak bersalin... bercampur dengan perasaan yang kuat untuk melihat dia... masa tu 7 bulan... memang saya tak sabar.. terutama masa tu dah beli baju baby... dan dia pulak sangat aktif bergerak...macam tak sabar2 pulak untuk pakai baju...
"dah pandai duduk sendiri juga... semua yang basic Khalis dah pandai... tapi ibu tak paham kenapa setiap kali nak pergi toilet atau kena tinggal dia sorang2 konpem akan nangis sekuat hati....manja sangat anak ibu ni"


mengutip benda yang kecik2 kat lantai memang hobi dia... itu la paling dia suka... tapi saya kagum.. sebab apa yang dia ambil dari lantai... dia tak kan masuk mulut... jadi tak perlu risau yang tu... tapi tetap juga kena keep-on-eye pada dia.. mana la tahu.. dia geram dengan apa2 yang dia kutip.. terus dia ngap... kan susah...
hehe dah lepas merangkak.. disambungnya kerja ni la... tolong ibu kutip sampah kat lantai... bukan sampah apa pun... kekadang getah... dan entah apa2 sampah yang kecil dia jumpa kat lantai tu... memang 24jam lantai kena bersih... nak bersihkan pun susah... rumah sewa kami ni bukan besar sangat... kalau sapu takut habuk masuk hidung dia... kalau tak sapu pulak sampah dan habuk yang jadi masalah... lagi pulak... dia tak boleh nak ditinggalkan sorang, bila saya nak bersihkan rumah.. konpem2 akan nangis sekuat2 hati... ades... buntu kekadang bila fikir hal kebersihan rumah... ada sesiapa boleh jadi cadangan yang bernas untuk ini?
ha.. ni pulak... Khalis dah penat... penat merangkak.. penat membebel... penat tolong ibu kutip sampah... muka pun dah monyok... biasanya kalau wat muka macam ni... semestinya Susu Time... monyok... lepas minum susu... terus segar balik... sambung main lagi... minum susu untuk dapatkan energy ke?

anak ibu dah makin membesar... Ya Allah kau jadikan anakku Khalis... seorang anak yang soleh, baik, sihat dan bijak... amin2 ya rabbal alamin...

Whiey Note: Mata dah ngantuk.. terima kasih ya sudi membaca...=)

 
Copyright © Whitey Mommy™