Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Almond Crunch! : Krak Kruk Krak Kruk, rangup dan sedap

Assalamualaikum W.B.T ;) 
Whitey Mommy jual Almond Crunch!

Rangup! Sedap!
sebekas tak cukup untuk sekali makan..



Siapa nak??

Whats App saya laju-laju +60148240118

Tempahan Basic Branding :Dhia Style

Assalamualaikum W.B.T

#throwback tempahan dari pemilik Dhia Style :)

Konsep ceria muslimah untuk basic business branding beliau :)


Blog Template Design : House of Fabulous KL

Assalamualaikum W.B. T

#throwback tembahan dari House of Fabulous KL

Pemilik blog inginkan blog yang simple dan eksklusif dan terang mata memandang. ;)

Pilihan rona hijau dan silver .
saya add on diamond sebagai penambah seri.
Layout keseluruhan untuk blog ;)

Add on item yang dipilih.

Wedding Design : Siti Aisyah Ahmad

Assalamualaikum W.B.T

#throwback

Order untuk Wedding ( kegunaa printing)

Di tempah oleh sis Siti Aisyah  :)
sekarang sis dah anak 2 dah.. ;)

Cuci ata je lah ya.. :) Tak tahu nak huraikan macam mana :)

Tempahan dari Singapura : Hariani

Assalamualaikum W.B.T

#throwback order dari Singapura :)

Sis Hariani nak sesuatu yang elegant dan menarik..:)
Pilihan kerawang dan doll character (watak kartun)


Tempahan Blog Design : Nurul Butik Mia

Assalamualaikum W.B.T :)
#throwback design lama yang belum ditunjuk.

Tempahan dari Kak Nurul pemilik butik Mia..

Mahukan template yang simple dan nampak eksklusif.
Template ini dibina di platform blogger dan digunakan pada domain .com .

Bahagian Hompage, ada slideshow, menu di bahagian kiri website :)

Bahagian isi kandungan blog :)

Dan ini bahagian pages blog :)
Saya tak hurai panjang, sebab bila dah design tu orang akan lebih tengok hasil daripada kata-kata kan?
Pictures will speak by itself gitu kan?

Blog Design : Syuhada Salim

Assalamualaikum W.B.T :)

#throwback design tahun lepas.. :)

Tempahan dari Syuhada Salim jauh nun sana yang tinggal di Qatar.

Beliau mahu tema craft and family.
Nak bagi nampak warm gitu bila orang masuk :)
peminat utama kertas koyak dan rekaan berkayu.

Doll pilihan beliau :) Seorang superibu bersama 2 anak lelaki dan sepasang kembar.. :)

Bahagian homepage, ringkasan tajuk utama untuk isi kandungan dalam blog. Supaya pengunjung mudah nak pilih mana satu. Kerana beliau seorang ibu dan juga pengedar shaklee :) Surirumah dan pada masa yang sama berniaga :)
Bahagian Content :) direka sedondon dengan tema. Pemilik blog ni, peminat kertas usang/carik.
Dan ini adalah rekaan untuk Custom Pages. Beliau mahu seolah-olah seperti katalog product untuk senarai produk Shaklee, mudah untuk pembaca klik dan baca info, serta terus ada info harga.
Terima kasih.. kerana sudi menempah dengan saya sis Syuhada :)
Semoga perniagaan terus maju dan hidup sentiasa ceria di dalam rahmat Allah S.W.T :)

Tempahan : Mama Mahya

Assalamualaikum W.B.T
Bila datang mood rajin.. maka banyak lah hasil kerja #throwback yang nak di upload.

Saya upload tak ikut susunan .. mana yang ternampak main upload je ni.
Selepas beberapa tahun tak upload portfolio kan?

Tempahan doll character dari Mama Mahya.

Nak header blog, signature dan template untuk iklan kelas-kelas dan perniagaan beliau :)

Hasilnya tengok kat bawah ya..

Seorang wanita yang elegan dan moden  :)
Jalan-jalan di google petang tadi, jumpa review dari Mama Mahya :)
capture dan terus upload.

Alhamdulillah

Nak tengok lebih details? Sila ke PAUTAN INI.
Berminat nak miliki Doll Character dengan identiti anda sendiri?
Untuk Business, Untuk Majlis Kahwin, untuk apa-apa sahaja..
boleh email : whiteymommy@yahoo.com.

Rindunya kat Orang ini..

Rindunya kat pemilik Doll ni..
Walaupun saya tahu dia tak kan baca pun.
Kerana tersalah faham hubungan menjadi renggang.

Tapi saya sayang dia...as my best companion . Saya gelak, saya menangis semua dia sambut.
Saya gelak dia gelak dan saya menangis dia menangis.

Semoga dia sentiasa bahagia walaupun dimana pun dia berada.. In shaa Allah...

Blog Design : Irine Nadia

Assalamualaikum W.B.T :)

Hari ni nak #throwback design lagi.. :)
Design milik Irine Nadia : Blogger yang popular tu..
Rasanya kebanyakkan follower blog saya kenal dengan Irine kan?

Revolusi mereka grafik untuk blog Irine.
Dari Elegant kepada simple design ;)

Yang ni tahun 2011 punya.. Irine punya template yang mula-mula. Template ni memang mendapat sambutan ramai. Sampai ramai yang tiru dan curi grafik untuk blog Irine ni. Pasrah dalam redha waktu.
Kemudian upgrade ke template ni, nampak lebih elegant dan eksklusif sebenarnya tapi Irine tak pakai lama macam template pertama. Template pertama lama dia pakai ;)
Dah ada baby... Nak yang simple-simple katanya.. dah start suka warna-warni beralih arah dari rona pink ke rona warna gula-gula kapas.
Template yang Irine pakai sekarang, upgrade dari warna gula-gula kapas kepada warna dusty blue :) untuk background, bahagian lain masih dikekalkan dengan tema sebelum ni :)

Ramai yang bertanya macam mana saya design? Macam mana saya reka bentuk rekaan?
Sebenarnya saya pakai hati dan saya akan tanya customer dengan details apa yang mereka suka,
terutamanya bahagian warna. Bahagian warna adalah paling penting. Kombinasi dan juga pemilihan warna yang tepat serta cara nak olah.

Saya memang pakai hati dan idea kekadang datang spontan bila fikir nak penuhi kriteria yang customer bagi.

Semudah tu ke?
Hisshhh tidak.. mesti melalui persetujuan dari customer dulu.. Selagi customer tak setuju selagi tu lah akan dibuat perubahan pada draft (3 kali draft) hehe..

Jadi yang mana hasil kalian nampak tu bukannya usaha saya seorang, tetapi ianya adalah kerjasama antara saya dengan customer :)

Design tak boleh syok sendiri, customer kata tak cantik kita kena ubah dan bila customer minta nak sama dengan "design si polan dan si polan" kita kena olah. Bukan tiru bulat atau terus cut dan crop tepek ke design pastu kata itu design kita :) Olah ikut kreativiti kita supaya hasilnya lain dari yang di inspirasikan.

Jika pemilihan atau kombinasi warna tak sesuai, saya akan advice customer  terutamanya jika untuk blog perniagaan atau yang baru bermula, pemilihan warna lembut/pastel amatlah diutamakan berbanding warna terang/striking.

Basic Business Branding : MariaHamsah Couture

Assalamualaikum W.B.T

 Ada beberapa customer yang tanya, tak de ke sample/contoh yang dah pernah design untuk Basic Business Branding/Identity?

Ada.. tapi saya tak upload, tak de mood nak berblog kan..
tapi ni saya bakal upload nanti ya..

In shaa Allah semua hasil kerja nanti saya akan update satu persatu supaya orang tahu saya masih aktif sebenarnya membuat design. Tapi biasanya bila orang nampak blog tak update, page pun sunyi sepi.. nampak macam saya dah stop buat design kan?

Tak stop pun.. selagi ada orang nak saya design.. saya masih lagi mendesign.. cewah!

Ni order dari Maria Hamsah Couture untuk business pakaian beliau :)

Pilihan tema : elegant dan nampak eksklusif,
Pilihan warna : Hitam, putih dan Emas.
Dekorasi : Kerawang.


Untuk Pakej Basic Business Branding yang normal :
a) Logo (PDF, PNG dan JPEG)
b) Business Card
c) Watermark
d) Stamping
e) Sticker/Label/Thank you card (kena pilih salah satu)
f) Facebook Timeline Cover

Kak Maria Hamsah nad add on Bill Book Design.

Yang berminat untuk create identity/branding boleh hubungi saya. :)

Blog Design : ChocoVshine

Assalamualaikum W.b.t :)
#throwback design lagi .. :)

Ini adalah tempahan dari tahun lepas tapi belum pernah saya upload..

Customer adalah Founder Choco Vshine (Beauty Drink Expert)
Pilihan warna Pastel
Macam biasa.. saya tak pandai nak menghurai.. biarlah gambar berbicara kan?

Bahagian Homepage untuk blog. Menjadikan blog nampak eksklusif dan kelihatan seperti website mahal gitu ;)

Bahagian pages blog, di reka berlainan daripada homepage.
Begitu juga pada bahagian Content. :)

Semoga terus maju dalam perniagaan dan kehidupan di dunia dan akhirat buat founder Choco Vshine :)

Promosi Sudah Tamat

Assalamualaikum W.B.T
Promosi Blog Design sudah tamat..
In shaa Allah lain kali saya buat lagi :)

Terima kasih untuk semua customer yang menempah dan yang sabar menunggu giliran :)

Bagi yang berminat nak tempah..
boleh ke sini : http://www.whiteymommy.com/p/design-process_24.html
Tempahan sentiasa dibuka.. In shaa Allah.. :)

Selain dari blog design, saya juga membuat design untuk semua bentuk grafik sama ada untuk website(online) atau printing. :)

Blog Design : Susu Kambing Iqeel

Assalamualaikum w.b.t

#throwback hasil kerja lagi..
biar gambar berbicaralah kah kan? Tak tahu nak karang apa..

yang ni order dari customer tahun lepas punya..

Susu Kambing Iqeel.. Sedap! dan tak hamis.. ;)

Bahagian homepage, ada slideshow.

Bahagian Pages blog. direka berasingan.

Ini pula bahagian Content Blog.

cuci mata lah ya.. :) nak karang ayat lelebih pun tak tahu nak cakap apa..

Blog Design : Fea Solehah

Assalamualaikum W.B.T :) Update portfolio lagi..
 #throwback hasil yang lepas-lepas.

Tempahan dari Kak Fea Solehah untuk branding business..

Macam biasa.. memang kebanyakkan customer saya ni peminat warna pink... bukannya saya yang design untuk mereka. tapi pilihan warna adalah dipilih oleh customer 100% ;)

Bahagian Homepage, dengan beberapa pengenalan ringkas dan slideshow.

Bahagian content blog.

dan ini adalah bagian pages blog. didesign berasingan setiap satu.
Beberapa add on item. Business card, flyers, menu, facebook timeline cover, booth flag, watermark. :)

Tak tahu nak bentang apa.. sebab kalau design ni.. gambar lah banyak berbicara berbanding teks kan?

Selamat berbuka semua..

Pembersih Muka Sesejuk Salju dan Penanggal Solekan (2 IN 1)

Assalamualaikum W.B.T
Salam bulan Ramadhan...:)
Dah nak masuk hari ke 4 kita berpuasa.. :) masing-masing mesti dah get ready dengan baju raya?
Raya pun lambat lagi saya dah sibuk tanya dengan baju raya :P
Sorry.. sebab bagi sesetengah orang kan .. 2 bulan nak puasa dah sibuk update beli kain baju raya, takut tak sempat nak hantar tukang jahit. Nanti dah penuh, maka tak de lah baju raya bukan??

Ha.. untuk akak-akak dan adik-adik juga sesuai untuk makcik-makcik juga :)
Saya nak bagi tahu, semua dah standby.. semua dah nak cantik-cantik. Kulit muka jangan dilupa..
Di hari raya, semua orang nak cantik dan ada yang pakai make up juga kan..

Seharian berjalan ke rumah sanak saudara dan kawan-kawan, make up dimuka jangan lupa dicuci..
 ha... ni lah yang saya nak perkenalkan...

ORQUIDEA BEAUTE - FOAMING DEEP CLEANSER PLUS MAKE UP REMOVER..

kelas tak nama? jangan belit lidah nak sebut ya.. sebut cleanser lah senang kan? eh! nak sebut make up remover pun boleh...
sebab cleanser ni memang 2 in 1.. akan membersihkan habis semua kotoran, minyak dan alat solet yang ada pada kulit muka... dengan lembut dan menyeluruh. Tak kan tertinggal satu pun, walaupun kalian pakai 2-3 layer makeup ;)



Ha.. ni rupa Cleanser yang saya cakap tu.. ;) Cantik ke tidookkk.. hehehe ada pari-pari lagi dalam beg uols.. ;)

Di hari raya, rasa macam susah je nak tanggal makeup pakai tisu semua tu kan? ni tak payah risau dah.. pam je 2-3 kali.. dah keluar buih terus boleh sapu kat muka! terus hilang semua yang ada kat muka tu.. Eh! muka tak hilang lah.. maksud saya kotoran, minyak dan alat solek. Jadi muka akan jadi bersih, segar dan berseri.. Boleh lah terus ambil wudhu dan solat.. tak de rumit-rumit dan tak payah susah-susah dah...:)

BERMINAT NAK BELI?
ha.. Hubungi JUWAIRIAH... dia kata dia nak bagi harga special sempena bulan ramadhan ni..

CER BACA KAT BAWAH APA KATANYA...:)


Apa yang menyebabkan saya berani pertaruhkan ORQUÌDEA BEAUTÉ ni?
Sebab, saya PUAS HATI. Sangat-sangat!!
.
100% BOTANICAL dan hampir 80% asas adalah dari COCONUT. Yes! KELAPA yang kita sendiri tahu banyak khasiat untuk rambut, kulit dan sel-sel dalam badan kita.
.
Jujur dari hati saya, anda akan JATUH HATI dengan buah tangan kedua dari RÉEL BEAUTÉ. Dengan harga mampu milik dan penjimatan berganda, saya jamin, sekali beli, pasti REPEAT!
.
Apa ye KEISTIMEWAANNYA?

💧 MemBERSIHkan kulit secara lembut dan semulajadi.
💧Membersihkan kotoran dan minyak pada wajah.
💧Sebagai PELEMBAP dan anti-rengsa (kemerahan-merahan) dalam produk kosmetik.
💧Memberikan keupayaan untuk mengekalkan KELEMBAPAN.
💧Menghalang kehilangan air dari kulit
💧Memberi pengHIDRATan unggul kepada kulit, tanpa sisa lekit.
💧Mengurangkan KEDUTAN halus
💧 MeLICINkan kulit
💧 memberikan rasa SEGAR dan aroma mint
💧 Mengatasi masalah sebum pada wajah
💧Merawat JERAWAT
💧Bertindak sebagai ANTI BAKTERIA
💧 Mengembalikan kulit yang tidak normal kepada normal
💧 Membantu sel-sel kulit matang dengan betul (sekatakan kulit)
💧 Menyingkirkan kulit rosak
💧 Menggalakkan pembentukkan tisu kulit yang sihat
💧 Merawat kulit yang luka dan kesan jerawat.
💧 Menstabilkan rumusan penjagaan kulit apabila terdedah kepada udara.
.
Itu sahaja FUNGSI ORQUÌDEA BEAUTÉ. Saya bukan jual produk AJAIB. Tapi saya janji anda pasti puas hati.
.
Owh ya, ada yang berminat ke nak cuba?

HARGA ASAL RM 99,( 160 ml)

Untuk 10 ORANG PERTAMA sahaja,
anda boleh dapatkan dengan HARGA RM79 dan FREE postage.
.
PROMOSI sekali ini sahaja sebab tiada PROMOSI akan datang untuk ORQUÌDEA BEAUTÉ sebab kita memang FIX price gara-gara bahan mentah agak mahal.
.
Xoxo,
JuwairiahReelbeaute
watsapp +60182534318

Blog Design : Gee Muin ( BestShoppe Mania)

Assalamualaikum W.B.T

Yeay.. update blog lagi kita.. :)
dah ada mood nak upload hasil2 kerja yang belum dipaparkan.. ;)
daripada peram baik upload boleh lah orang lain cuci mata kan??

HOMEPAGE
Order repeat dari Kak Gee Muin (trimas kak.. :) semoga murah rejekinya)

Kak Gee memilih blog dengan homepage,
blog dengan homepage ni maksudnya sebelum masuk bahagian content, dia ada satu page yang simple yang dipaparkan dihadapan.
seperti di atas ya..

CONTENT
Ha.. ni bahagian content, maksudnya bahagian dalam/bahagian posting :)

Nampak tak perbezaan? ha.. bahagian homepage tu untuk nampakkan exclusive.. kiranya ibarat macam dinding rumah. bahagian content ni bahagian dalam rumah..

Luar rumah nampak cantik dan kemas.. nak banyak2 isi kita masukkan bahagian lain.. :)


Ingin menempah blog design/sebarang bentuk grafik/rekaan :
Sila baca DISINI.

Tempahan dari Indonesia : Claretta Shop

Assalamualaikum W.B.T
Dah lama saya tak update tentang portfolio kerja-kerja saya bukan?
In shaa Allah lepas ni saya akan update untuk tatapan umum supaya orang tak keliru sama ada saya masih aktif mereka bentuk template blog atau pun dah stop.


Tempahan ini sudah lama, cuma saya masih belum update di online, atas sebab-sebab tertentu . Jadi ni dikira sebagai throwback lah kan?

Pertama kali dapat tempahan daripada teman dari Indonesia :) urusan jual beli dilakukan melalui Paypal. Sebelum ini, ada juga tempahan sahabat dari Singapura. In shaa Allah akan di update satu persatu,
boleh buat modal untuk aktif berblog kan?

Pada yang berminat untuk menempah, tapi rasa segan atau takut dengan saya, hehe Jangan risau saya tak makan orang, dan Promosi masih berlangsung lagi 7 hari...
 
Copyright © Whitey Mommy™