Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Minat Baru

Selepas 5 tahun bergelimpangan, berguling dan tergolek-golek dalam bidang bisnes online dengan buat design.
Sejak setahun dua ni, aku menambah minat yang lain.
Menjahit dan keinginan untuk belajar bahasa korea (giteww, kekonon dapat tinggal di Korea kot nanti kan? kau ingat mudah? )

Menjahit setakat basic boleh lah,
siapkan dress dan kurta untuk beraya tahun ini, lepas juga jahit baju untuk pakai sendiri.
Minat aku pada dress menjadi-jadi cuma nak dapatkan jenis dan kain yang aku suka.
Sangatlah susah . Dah ada yang minat, tetiba harga mahal pulak. Tidak lah mampu aku nak membelinya. Mampu tengok aje lah.
Pernah juga beli dress secara online, kualitinya jauh lari daripada gambar iklan. Frust wooo.. Tiap kali tengok dress tu tiap kali nangis.
Tapi part menjahit aku masih nervous, jahit pun belum betul2 lurus lagi, masih berbengkang bengkok, jenis tangan tak berbedung mungkin.
Sekarang aku tengah pening macam mana nak pasang pinggang dan zip untuk kain.
Pening juga nak asah skill, sebab tu kalau ada yang pandang remeh pada tukang jahit tu,
silalah jahit sendiri baju, baru tahu langit itu tinggi ke rendah

Aku dah pandai buat dress, tapi masuk part baju kurung, aku berpeluh.
Mungkin sebab terbawa-bawa dengan design kot,
Design boleh Undo atau back. Menjahit ni kalau tersilap naya lah jawabnya. Kalau silap jahit boleh tetas, tapi kalau silap potong.. Makan tak habis lah jawabnya. termenung panjang nak beli kain lain.

Minat ke dua, nak belajar Bahasa Korea,
Ini mencabar juga, nak membaca dan hafal Karaktor tulisan.
Setakat ini dah pandai baca dan tulis (tahap early beginner lagi)
tapi kalau faham, sepatah dua patah je baru faham.
Part mencabar adalah grammar (bagi aku) grammar bahasa Inggeris dan tatabahasa bahasa melayu aku memang tunggang langgang sejak azali, jadi nak perfect bahasa korea pulak memang mencabar.
Bahasa korea ni aku belajar online aje, cedok-cedok nota dan dengar you tube di internet.
Boleh lah buat seketul dua ayat , dah nama masih di tahap early beginner.

aku tetiba minat bahasa korea ni bukan sebab minat kpop jauh sekali kemaruk drama kpop atau secara generalnya minat dengan budaya mereka.
Kawan-kawan yang pergi bercuti di Korea dan dengar ceramah-ceramah ustaz tentang Islam di Korea.
Mereka berdisiplin dan budaya mereka menarik minat aku.

Jangan tanya kenapa kau tak belajar Bahasa Arab?
bagi aku, bahasa arab ni kena berguru, Bahasa Korea ni hentam labu pun tak apa, nota banyak di online kan.  In shaa Allah one day nak belajar juga. Umur dah 3 dekad . Kalau sempat boleh lah.

Entry dengan teks hanyalah untuk melepaskan gian menaip. Tak sempat nak edit gambar dan masukkan gambar. Kot ada yang sudi baca, kalau tak hanyalah untuk tatapan sendiri dan asah skill menaip.

Masa terus berputar

Khalis dah besar, hakikat yang akan terus berlaku.
Kuatkah aku untuk membesarkan dan mendidik dia?
Setiap hari inilah soalan yang bermain diminda ku
Di saat kudrat dan akal sudah buntu
hanya doa ku pohon supaya dia akan menjadi anak yang soleh dan menjadi penghuni di syurga firdaus milik Maha Pencipta.

Kuatkah seorang ibu? ya.. Allah jadikan wanita ini kuat dari segi perasaan walaupun rapuh tapi tetap boleh tersenyum.

Dunia makin mengigit kerana itulah hakikat dunia .
Aku manusia yang straight to the point.
Aku jenis mudah meluah, kerana itu aku jarang update blog kerana khuatir ada pihak yang terasa dan secara tidak langsung membuka aib pula.
Aku jenis mudah percaya kepada orang, kerana itulah aku mudah meluah. tetapi itu aku yang dulu.
Kerana aku belajar dari pengalaman. Aku lebih suka untuk diam di ketika ini.
Kerana aku jumpa kunci, sejauh mana pun kita bercerita pada orang, masalah atau perasaan sedih tidak akan hilang.
Hanya yang boleh dilakukan adalah diam, sabar dan mengadu kepada yang Maha Esa.
kerana betul atau salah dan baik atau buruk diri aku. Hanya DIA yang lebih mengetahui.
Kerana aku tidak tahu apakah aturan perjalanan aku untuk hari esok.
Hidupkah? Matikah? semuanya di dalam perancangan yang Maha Berkuasa.

Aku yang dulu happy go lucky tetapi berubah mengikut tahap kematangan dan peredaran waktu.
Sampai bila nak muda kan? masa mendatang akan membuatkan kita matang.
Banyak salah dan silap dahulu kesan dari kejahilan dan tidak berfikir panjang.
Banyak yang terluka, banyak yang terasa , banyak yang sentap.
Tetapi sebuah kebenaran tetap akan menjadi benar sampai bila-bila walaupun ianya pahit.
dan apa yang berlaku, tidak akan kita lupakan kecuali hilang ingatan.
Pahit untuk diterima kita akan anggap pendustaan
Manis untuk diterima kita akan anggap kebenaran.
Hakikatnya yang pahit itulah yang benar dan yang manis itu kadang kala berdusta.

Aku manusia biasa yang tinggal di dalam dunia yang berputar.
Maka kehidupan ku juga berputar umpama roda.
Kadang ku diatas, kadang ku di bawah.

3 dekad di dunia

3 dekad sudah di dunia ini.
Tempat persinggahan yang memberi pelbagai rasa,
pahit maung masam pedas manis,
persinggahan yang penuh ujian walaupun jangka masa nya tidak sampai sekelip mata masa akhirat.
Perjalanan pahit, seakan mahu masa berlalu dengan pantas.
Perjalanan manis, seakan mahu masa berhenti dan tidak terus beredar.
Kehidupan kita begitulah, tetapi selagi roh ada di dalam jasad. Selagi kedua-dua tidak melangkah ke Jannah, selagi itulah ujian demi ujian. Cekalkan hati dengan iman dan takwa untuk terus berpegang teguh kepada tali gantung kepada Allah s.w.t

Aku manusia biasa, yang lemah, lelah dan letih dan tidak lari dari merasa penat untuk menempuh ujian demi ujian.
Bekalkan hati dengan kalimah Astagfirullahalazim setiap masa
dan Laillahaillallah sepanjang masa supaya diri kekal di dalam agamaNya.
Sedikit terpesong saat nyawa diambil, maka apakah nasib yang seterusnya?
Mudahnya islam dan iman terbatal seperti batalnya wuduk. Nauzubillahiminzalik

Di usia 3 dekad ini,
Aku terfikir, apakah bekalan aku? bekalan untuk dibawa ke sana
Kampung yang bila sudah pijak kaki, tidak akan boleh undur kembali.
Banyaknya dosa tiada terhitung. Pahala? Hanya Allah yang boleh hitung.
Pengetahuan ilmu hisab seluas mana pun tak kan dapat menhitung Pahala. Itu hakikat.

Perjalanan singkat ini terasa lama.
Bila tiba masa dan saatnya, pasti kita akan kembali.
Cuma, apakah persediaan kita rapi? apakah bekalanan kita cukup
Bimbang dan gusar kerana banyak yang belum lengkap.
Dimanakah tempat kita? Bilakah masa kita? Apakah kita akan lepas ujian yang seterusnya?
 
Copyright © Whitey Mommy™