Selepas 5 tahun bergelimpangan, berguling dan tergolek-golek dalam bidang bisnes online dengan buat design.
Sejak setahun dua ni, aku menambah minat yang lain.
Menjahit dan keinginan untuk belajar bahasa korea (giteww, kekonon dapat tinggal di Korea kot nanti kan? kau ingat mudah? )
Menjahit setakat basic boleh lah,
siapkan dress dan kurta untuk beraya tahun ini, lepas juga jahit baju untuk pakai sendiri.
Minat aku pada dress menjadi-jadi cuma nak dapatkan jenis dan kain yang aku suka.
Sangatlah susah . Dah ada yang minat, tetiba harga mahal pulak. Tidak lah mampu aku nak membelinya. Mampu tengok aje lah.
Pernah juga beli dress secara online, kualitinya jauh lari daripada gambar iklan. Frust wooo.. Tiap kali tengok dress tu tiap kali nangis.
Tapi part menjahit aku masih nervous, jahit pun belum betul2 lurus lagi, masih berbengkang bengkok, jenis tangan tak berbedung mungkin.
Sekarang aku tengah pening macam mana nak pasang pinggang dan zip untuk kain.
Pening juga nak asah skill, sebab tu kalau ada yang pandang remeh pada tukang jahit tu,
silalah jahit sendiri baju, baru tahu langit itu tinggi ke rendah
Aku dah pandai buat dress, tapi masuk part baju kurung, aku berpeluh.
Mungkin sebab terbawa-bawa dengan design kot,
Design boleh Undo atau back. Menjahit ni kalau tersilap naya lah jawabnya. Kalau silap jahit boleh tetas, tapi kalau silap potong.. Makan tak habis lah jawabnya. termenung panjang nak beli kain lain.
Minat ke dua, nak belajar Bahasa Korea,
Ini mencabar juga, nak membaca dan hafal Karaktor tulisan.
Setakat ini dah pandai baca dan tulis (tahap early beginner lagi)
tapi kalau faham, sepatah dua patah je baru faham.
Part mencabar adalah grammar (bagi aku) grammar bahasa Inggeris dan tatabahasa bahasa melayu aku memang tunggang langgang sejak azali, jadi nak perfect bahasa korea pulak memang mencabar.
Bahasa korea ni aku belajar online aje, cedok-cedok nota dan dengar you tube di internet.
Boleh lah buat seketul dua ayat , dah nama masih di tahap early beginner.
aku tetiba minat bahasa korea ni bukan sebab minat kpop jauh sekali kemaruk drama kpop atau secara generalnya minat dengan budaya mereka.
Kawan-kawan yang pergi bercuti di Korea dan dengar ceramah-ceramah ustaz tentang Islam di Korea.
Mereka berdisiplin dan budaya mereka menarik minat aku.
Jangan tanya kenapa kau tak belajar Bahasa Arab?
bagi aku, bahasa arab ni kena berguru, Bahasa Korea ni hentam labu pun tak apa, nota banyak di online kan. In shaa Allah one day nak belajar juga. Umur dah 3 dekad . Kalau sempat boleh lah.
Entry dengan teks hanyalah untuk melepaskan gian menaip. Tak sempat nak edit gambar dan masukkan gambar. Kot ada yang sudi baca, kalau tak hanyalah untuk tatapan sendiri dan asah skill menaip.
rajinnya belajar bahasa korea..saya kat sini pun belajar setakat nak survive je..kalo lps beli sayur..jenjalan sket sket tu oklah..hehe
ReplyDeleteOwh.. sis tinggal kat Korea ya... ;) bestnya
DeleteAssalamualaikum mommy..
ReplyDeleteTekun baca coretan mommy smpai habis..
Alhamdulillah!!! Semoga minat baru mommy berterusan..
Go mommy go..
X per mommy tulis je apa rasa nak ditulis ada yg nak baca ke tidap abaikan..
Janji kita boleh baca blk..
Blog comel ibu tu pun dh berhabuk..
Org komen pn x der tp x tau le kot deme just baca x tggl jejak..
Hihihihi x per..
Mommy take care peluk cium utk khalis.. Muahxxx!!
Terima kasih ibu.. sudi singgah dan baca.. ;)
Deletesaya tak sempat nak berblog walking ibu..
Kena start serious dengan menjahit dah ibu.. Blog design dah kurang order lately