Khalis dah besar, hakikat yang akan terus berlaku.
Kuatkah aku untuk membesarkan dan mendidik dia?
Setiap hari inilah soalan yang bermain diminda ku
Di saat kudrat dan akal sudah buntu
hanya doa ku pohon supaya dia akan menjadi anak yang soleh dan menjadi penghuni di syurga firdaus milik Maha Pencipta.
Kuatkah seorang ibu? ya.. Allah jadikan wanita ini kuat dari segi perasaan walaupun rapuh tapi tetap boleh tersenyum.
Dunia makin mengigit kerana itulah hakikat dunia .
Aku manusia yang straight to the point.
Aku jenis mudah meluah, kerana itu aku jarang update blog kerana khuatir ada pihak yang terasa dan secara tidak langsung membuka aib pula.
Aku jenis mudah percaya kepada orang, kerana itulah aku mudah meluah. tetapi itu aku yang dulu.
Kerana aku belajar dari pengalaman. Aku lebih suka untuk diam di ketika ini.
Kerana aku jumpa kunci, sejauh mana pun kita bercerita pada orang, masalah atau perasaan sedih tidak akan hilang.
Hanya yang boleh dilakukan adalah diam, sabar dan mengadu kepada yang Maha Esa.
kerana betul atau salah dan baik atau buruk diri aku. Hanya DIA yang lebih mengetahui.
Kerana aku tidak tahu apakah aturan perjalanan aku untuk hari esok.
Hidupkah? Matikah? semuanya di dalam perancangan yang Maha Berkuasa.
Aku yang dulu happy go lucky tetapi berubah mengikut tahap kematangan dan peredaran waktu.
Sampai bila nak muda kan? masa mendatang akan membuatkan kita matang.
Banyak salah dan silap dahulu kesan dari kejahilan dan tidak berfikir panjang.
Banyak yang terluka, banyak yang terasa , banyak yang sentap.
Tetapi sebuah kebenaran tetap akan menjadi benar sampai bila-bila walaupun ianya pahit.
dan apa yang berlaku, tidak akan kita lupakan kecuali hilang ingatan.
Pahit untuk diterima kita akan anggap pendustaan
Manis untuk diterima kita akan anggap kebenaran.
Hakikatnya yang pahit itulah yang benar dan yang manis itu kadang kala berdusta.
Aku manusia biasa yang tinggal di dalam dunia yang berputar.
Maka kehidupan ku juga berputar umpama roda.
Kadang ku diatas, kadang ku di bawah.
0 Comment (s):
Post a Comment
Thank You For Leaving a Comment to Me...