Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Susu Kambing

Assalamualaikum W.B.T dan selamat berpuasa untuk pengunjung blog saya :)
Sudah masuk hari ke 9 kita berpuasa,
Alhamdulillah.. di beri peluang oleh Allah S.W.T untuk bernafas, cuba menebus kesilapan yang lalu, sedaya yang mungkin.

Sebenarnya nak bercerita tentang susu kambing, ada juga kawan-kawan yang bertanya tentang susu apa yang saya berikan pada Khalis selepas tamat tempoh penyusuan ibu. Jujurnya Khalis tak minum sebarang susu formula sejak dari lahir, selepas tamat tempoh penyusuan (4 tahun Khalis menyusu susu ibu) dia mula minum susu segar yang di botolkan, kemudian saya perkenalkan Susu kambing.

Jadi sampai sekarang minum susu kambing, dan Khalis kurang gemar minum susu sebenarnya, jadi selingan-selingan saya tambah susu kambing dengan air coklat untuk dia. Tapi kekadang ikut mood dia minta nak minum susu kambing dengan roti. Adesh.. anak bila dah besar, dah pandai memilih makanan maka banyaklah kerenahnya kan.

Banyak brand saya guna untuk susu kambing ni, Hi-goat, Suffy dan yang terbaru Susu Kambing Iqeel. Saya pun tumpang sekaki minum . Masa tak bertenaga, rasa tak de selera nak makan, minum susu kambing untuk rasa lebih segar.

Ni cara saya untuk bersahur, kalau tak de selera . Susu kambing dan kurma, makan sebiji 2 kurma kemudian minum susu. Alhamdulillah kenyang, perut pun tak cepat sakit di waktu siang.
Nak kata rasa kenyang tu tidak lah, sebab kita memang berpuasa ni maknanya menahan lapar dengan sabar kan. Tapi bila amal susu kambing dan kurma, pada siang hari perut tak rasa pedih. Sebab saya memang selalu alami pedih perut.

Mood Khalis kadang-kadang nak minum susu je dengan roti. Khalis pemakanan dia pelik-pelik yang dia minta, kadang-kadang nasi putih dengan telur mata (tanpa apa-apa perasa) .

hehe Khalis dah ready nak makan..;) habis secawan susu dan sekeping roti dah kenyang, esoknya boleh lah berpuasa kan?

Ini brand susu kambing yang saya guna sekarang. Tiada hamis dan rasanya semulajadi. Bagi yang tak suka hamis kambing, tapi nak cuba susu kambing, ini adalah produk yang sesuai untuk anda. Sesuai untuk seisi keluarga, jadi tak perlu nak beli susu kambing yang berlainan untuk peringkat umur tertentu kan. Mak , ayah dan anak-anak semua boleh minum :) Untuk anak-anak, disarankan selepas tamat tempoh penyusuan susu ibu. kerana bayi lebih memerlukan susu ibu supaya dalamannya dapat berkembang dengan baik. In shaa Allah.

Ini saya sertakan info kebaikan susu kambing Iqeel, ini info ringkas untuk pemahaman anda :)
Susu Kambing IQeel adalah susu kambing asli organik yang di import dari Netherland dan diproses di Malaysia oleh kilang 100% milik muslim bagi memastikan kehalalan toyyibannya terjaga rapi.

Susu Kambing IQeel difomulakan dalam bentuk asli, bagi memberikan khasiat susu kambing yang maksimum tanpa ditambah dengan kandungan lain.

Tanpa perasa tiruan, tanpa pewarna tiruan dan tanpa bahan-bahan sententik membuatkan Susu Kambing IQeel adalah produk yang selamat bagi semua peringkat umur.
  • Tiada bau hamis kambing
  • Organik
  • Tiada gula tambahan
  • Rasa yang lebih enak berbanding jenama lain
  • Tiada bahan sentetik
  • Sesuai digunakan seisi keluarga
  •  Sesuai dicampur dengan minuman kegemaran anda
Kelebihan Susu Kambing berbanding Susu Lembu

1. Membantu PenghadamanSusu kambing memiliki 20% asid lemak rantaian pendek (short chain fatty acids) berbanding dengan susu lembu yang hanya memiliki 10-12%
asid lemak rantaian pendek. Justeru itu ianya lebih mudah dihadam berbanding susu lembu

2. Tidak mendatangkan alahan
Perbezaan komposisi a-lacltabumin dan b-lactoglobulin diantara susu kambing dan susu lembu adalah berbeza. Justeru itulah individu yang alah terhadap susu lembu tetapi tidak kepada susu kambing.

SUSU KAMBING TERBAIK
  1. Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu)
  2. Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)
  3. Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
  4. Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
  5. Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
  6. Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor
  7. Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari
  8. Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Susu Kambing Iqeel, anda boleh beli dengan mudah tidak kira di mana jua anda berada. Boleh hubungi:

Pertanyaan Lanjut:

Abdullah Bin Ahmad
SMS/Whatsapp/Call: +6012 394 4589
Facebook : Susu Kambing IQeel
Instagram : @susukambingiqeel
Blog : www.susukambingiqeel.com




 
Copyright © Whitey Mommy™