Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Kata Hati

Saya seorang yang mempunyai kata hati sebelum sesuatu perkara itu terjadi, biasanya saya dah dapat rasa. Cuma terkadang saya ikut juga peribahasa "Ikut hati mati". Tapi disebabkan ikut peribahasa itu terkadang saya seringkali akan ditimpa masalah. Astaghfirullah... itu semua sudah ditakdirkan oleh Allah S.W.T untuk berlaku kan?

Cuma selepas ini, jika hati saya rasa tidak selesa. Saya akan ikut dengan menjauhkan perkara itu. Insyaallah. Itu tekad saya.

Saya sedih dengan orang yang tidak membuat perancangan awal lepas tu berpatah balik. Semua itu akan menyusahkan orang. Sedangkan semua telah saya tulis dan nyatakan. Sedih tersangat sedih. Jangan pertikaikan perkara yang telah saya nyatakan pada awal-awal perbincangan. Apabila anda telah membuat bayaran bermaknanya anda setuju dengan servis yang bakal saya buat.
Tidak mengapa... balasan Allah adalah sebaik-baik balasan. Tidak mengapa. Sabarlah wahai hati.

Pada awal proses perbincangan, memang saya dapat rasa insan ini akan membawa masalah. Tapi disebabkan insan ini kelihatan serius untuk meneruskan perbincangan dan urusan jual beli. Saya pun teruskan. Bukan apa. Saya tidak suka menghampakan orang. Paling saya elakkan, biar pun terkadang hati memang terluka. Tapi saya masih fikirkan orang lain sebelum diri sendiri. Ok. Itu silap saya sendiri.

Persoalan harga , kenapa perlu ditimbulkan. Contoh saya setting blog atau buat adjustment atau penyusunan tanpa melibatkan grafik. Saya akan charge RM20 untuk satu sesi/satu perkara mengikut keadaan. Kalau anda rasa mahal. Jalan terbaik. Anda boleh melakukannya sendiri. Tidak usah pertikaikan tidak berbaloi ataupun mahal. Soalnya sekarang, anda menggunakan servis saya. Anda yang membuat pilihan sama ada mahu atau tidak mahu.

Saya minta sangat-sangat fikir sedalam-dalam dan bijak sebelum membuat tempahan. Bukannya selepas membuat bayaran, tetiba cakap mahu cancel order. Business saya bukan permainan. Anda menempah dan setuju membuat bayaran bermakna anda telah setuju dengan terma dan syarat yang saya telah tetapkan. Tambahan masa perbincangan pun saya memang sudah mengingatkan setiap yang ingin menempah dengan saya. Waiting list memang panjang. Kalau sanggup tunggu boleh proceed order.

Usahla menyebarkan perkara-perkara yang boleh merosakkan perniagaan orang lain. Anda minta saya design macam-macam tambah itu ini. Sudah pastilah ada harga untuk itu. 

Tidak mengapa. Yang lepas telah lepas. Apa yang perlu saya lakukan adalah untuk improved diri sendiri kearah perancangan yang lebih baik. Terima kasih kepada insan-insan seperti ini. Kerana secara tidak langsung saya dapat memperbaiki apa yang kurang daripada sudut pengurusan diri sendiri. Insyaallah..:)

2 Comment (s):

  1. memg mcm2 perangai org kak..kalo xsanggup nak byar mahal & xreti nak buat sendiri,cari la org lain yg boleh buat murah2,tpi hasilnye mungkin tak seberapa kan,sekrg ni ramai blogger yg buat meniaga doodle,edit blog semua,byk sgt pilihan..bgi saya,kalau nak puaskan hati sendiri,saya buat sndiri je kak,belajar je buat sendiri..tpi ye la.bukan semua org nak/cuba belajar kan..

    ReplyDelete
  2. Adat berniaga... mesti ada cabarannya...tinggal lagi.. hati kamu kena kuat... jgn mudah mengalah...semoga terus berjaya...

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™