Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Ingatkan dah tak sayang

Assalamualaikum W.B.T

Tajuk yang tak boleh blah. Tetiba hari ni rasa macam nak cek apa yang jadi kat akaun Nuffnang. Sebab dah lama tau saya tak dapat Buffered Earning (BE). Jadi bila dapat seketul ni rasa macam teruja pula nak up entry. Ala-ala menunjuk macam saya seorang je yang dapat BE kan? Ada orang kisah ke?

Ingatkan dah merajuk nak turunkan semua banner Nuffnang yang ada kat blog ni. Sekali dapat maka dengan gembiranya saya berhajat untuk meneruskan menampal iklan-iklan ini di blog yang tak berapa saya sayang ni :p


BE yang seketul yang membuatkan saya happy. Ini adalah BE pertama pada tahun 2012. Sedih betul. Bulan Februari dah nak menutup tirai baru dapat seketul. Harap-harap lepas ni Nuffnang boleh bagi banyak-banyak lagi (dengan penuh pengharapan, sebab rasa macam nak kumpul untuk beli laptop saya sendiri).

Pelik bila trafik harian mencecah 4-500 UV sehari ( bagi blogger picisan seperti saya, ini dah dikira tinggi) . Tapi seketul BE tak dapat pun. Rupa-rupanya sebab saya jarang update blog. Nuffnang mengambil kira juga perkara ini. Walaupun traffik tinggi. Tapi bagi blogger picisan seperti saya ini, harus rajin update blog untuk mendapatkan lebih banyak BE.

Jadi, mulai hari ini, saya harus lebih rajin untuk update blog.
(Semangatnya sekejap je. Sebab tidak seperti awal-awal blogging dulu. Saya sangat bersemangat untuk update blog. Tapi setelah lama bergelar blogger. Rasa macam tidak semua benda kita harus bercerita. Untuk mengelakkan salah faham kan.)

Kalau orang cakap, alah! Blogging sebab duit.
Segala-galanya duit. Siapa tak nak duit?

2 Comment (s):

  1. Comel je akak ni... saya tak pernah dapat BE.. huhu. sangat picisan kan.. haha

    ReplyDelete
  2. ade jugak rezki dapat BE oklah tu kan...

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™