Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Khalis

Rasanya tajuk entry Khalis dah pernah ada kot sebelum ni, dah tak ingat dah. Tapi saya tak de modal nak buat tajuk apa.

Khalis masih yang dulu cuma dah makin besar. Fizikalnya membesar tapi di mata saya dia baby untuk selama-lamanya. Dah pandai macam-macam. Perangai pun dah macam-macam yang kekadang buat saya hilang sabar, juga kekadang membuatkan suara saya kedengaran seperti "George of the jungle". Baru melayan kerenah seorang, rasanya cukuplah seorang kot :)

Khalis in black, Macho tak? :p
Dah lama tak bergambar, sejak handphone saya sudah tidak berfungsi maka putus la punca gadget untuk bergambar. Khalis kelihatan kekok untuk bergambar. Kekadang bila kamera dihala kepada dia. Mula la tersipu-sipu malunya. :)

Orangnya pemalu bila mula-mula jumpa tapi lepas sejam dah ok dah. Pantang nampak gadget dia mesti suka. Handphone, laptop, kamera, tablet, ipad, memang pantang jumpa. Excited je dia tengok benda-benda macam tu. Khalis... Khalis...

Sekarang dah 2 tahun 4 bulan. Sungguh pantas masa berlalukan. Tak terasa. Saya rasa belum bersedia nak melihat dia membesar, tapi tak mungkinlah dia nak keadaan baby selamanya kan. Ya Allah sayunya. Rindu sangat-sangat saat Khalis baby, meniarap, merangkak. Owh... rindunya. terutamanya masa dia merangkak dulu. Sangat comel. Masyaallah ....:)

P/s : Mamafiza mesti tengah baca kan? terima kasih untuk "si putih" . Hadiah yang sangat-sangat tidak disangka. Insyaallah dah beli memory card nanti, banyak gambar-gambar Khalis akan diupload :) Semoga rezeki Mamafiza dan keluarga melimpah ruah.:) Amin...

7 Comment (s):

  1. comelnyer khalis

    p/s : ni 1st time bace entry camni kat blog akk, suke sgt, hehe~

    ReplyDelete
  2. Khalis...khalis...khalis...pandainya bergaya..:) khalis semakin membesar tapi masih boleh panggil baby khalis...

    ReplyDelete
  3. Aduhhhhh!!
    Hensem!!!
    Nak pengsan jap...
    Hik3!!!

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, khalis dah membesar... cepat masa berlalu kan? dulu rasa mcm baby lagi...

    semoga khalis terus membesar dgn sihat, jadi anak yg soleh... amin...

    ReplyDelete
  5. pitam-pitam-pitam.
    anak siapa comel bangat niiii, rindu sama kamu khalis. gmbr last yg ada dlm blog kita, gmbr khalis posing mcm oni. now, dua2 dah bsr.
    huaaaaaaaa nangis tgk khalis. nak autograph boleh?

    ReplyDelete
  6. dah lame x on blog singgah blog akk....masa berkalan lhalish pun makin membesar... ;)

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™