Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Bukan pendendam cuma sukar melupakan

Saya bukan minta untuk dipuji jauh sekali dipuja. Cuma jika tidak boleh berkata-kata perkara yang baik. Saya rasa lebih baik berdiam diri. Sama dengan komen juga. Jika saya melawat blog rakan-rakan, saya tidak boleh nak komen yang bernas tentang entry rakan-rakan saya lebih suka untuk berdiam diri. Daripada terkomen yang lari daripada topik asal.

Saya tak pernah lupa, dulu masa saya aktif berblog. Ada yang berkomen tentang anak saya ni "teruk" sebab mungkin lah terlalu manja. Waktu tu Khalis masih kecil lagi. Nak kemana-mana, masak pun tetap kena dukung juga. Seorang ibu, kalau orang komen atau mengata anak dia. Tidak mungkin tersenyum redha kan? sebab kata-kata itukan doa. Apa yang anda rasa kalau orang lain juga berkata begitu kepada anak anda pula. Tak mungkin tak kecil hati kan? Kalau anda tak kecil hati. Saya tabik pada anda, kerana sangat-sangat cekal. :)

Mulai dari saat itu, saya memang dah jarang upload cerita tentang Khalis. Sebab apa? khuatir kata-kata dan komen-komen orang akan berubah menjadi doa. Saya sensitif? Ya saya memang sensitif terutama menyentuh hal Khalis. Tapi sekarang dah matang kot. Sebab sekarang saya fikir, orang tak merasa apa yang saya rasa. Tapi hidup kita ni umpama roda. Kita tetap akan merasa kesusahan dan kesenangan cuma tahapnya berbeza antara satu sama lain. Sebab Allah tak kan menguji hambanya lebih daripada apa yang dia mampu. Walaupun terkadang saya sendiri pun mengeluh jika mengalami tahap-tahap yang sukar untuk saya tempuh. Cuma bila menyedari hakikat dan keadaan sebenar yang perlu ditempuh. Kita perlu berpijak kepada bumi yang nyata.

Saya adalah seorang yang mudah bercerita. Bercerita bukan bererti untuk meminta simpati dengan mereka-reka cerita tapi untuk meluahkan perasaan yang terpendam. Orang boleh tomah pelbagai andaian dan tuduhan tapi mereka tak kan rasa sehinggalah mereka merasai tahap itu. Orang yang memahami saya akan tahu yang saya tidak akan berbohong atau berbuat cerita. Biar sejuta penafian tapi kebenaran itu tetap akan benar. Hanya masa dan dengan izinNya kebenaran akan terungkap. Wallahualam.

4 Comment (s):

  1. Pada kakaklah yg sudah punya anak dah membesar, pengalaman menjaga anak dari kecik memang tak sama setiap satunya. Itu yg lahir dari satu ibu. Jadi tak bolehlah kata anak ini teruk, anak ini baik... anak masih belum mengerti lagi.

    ReplyDelete
  2. sabar ye, manusia ni mcm2 sangkaannya..anak saya pun pernah dipanggil dgn panggilan yg jijik dan buruk, tak apa la....ni semua dugaan kita.

    ReplyDelete
  3. Apapun coretan mommy..
    Ibu sentiasa setia di sini.. ;)
    TC dear..

    ReplyDelete
  4. Manusia memang suka cari keburukan orang lain,
    manusia memang suka memburukan orang lain walhal anak sendiri perangai nauzubillah..sabar ye mommy...saya dah selalu terkena org mengata tp saya buat tak tau je coz hanya kita kenal siapa anak2 kita

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™