Seharian tanpa internet. Gelisah juga rasanya. Agaknya sebab dah terbiasa online hari-harikan. Memang tak boleh nak buat kerja. Jawabnya duk teman Khalis tengok Upin Ipin. Layan Khalis sepanjang hari. Ada hikmahnya dengan setiap yang berlaku.
Jadi hari ini, saya mula bekerja. Membalas email dan design.
Lebih seminggu dah, Khalis dapat toy baru ni. Bukan apa, saya beli sebab asyik berebut je nak kan laptop. Macam mana nak buat kerja kan. Jadi jalan terakhir memang kena beli juga gadget untuk dia. Since dia tak mau tengok TV nak tengok kat laptop juga. Jadi saya belikan tablet untuk dia. Masih dalam proses nak downloan program education dalam tu. Nak kena cari tempat ada wi-fi sebab tak boleh connect pula dengan broadband ni. Katanya modem broadband ni tak support. Jadi buat sementara ni, Khalis layan Boboi boy dengan Upin Ipin .
Kusyuknya. Nanti kalau ada program education mesti lagi kusyuk.
Tablet ni bukan yang mahal tu. Harga dia less dari RM500. Kebetulan dapat duit daripada En Nuffnang ( dah jadi kedekut dengan saya, sebab dah lama tak dapat BE walaupun traffic lebih dari 500UV sehari. Malas nak hantar email untuk bertanya.)
Dapat tablet memang dah kurang dah dia melayan laptop. Tapi tablet dia tak boleh orang sentuh, ngamuk la jawabnya. Gaya macam ni..memang tak boleh ada adik :P Barang-barang dia memang orang tak boleh usik. Ibu dan baba dia pun tak boleh usik. Sejak dia dah pandai membezakan barang-barang dia dengan barang orang lain ni. Perangai dia dah jadi macam tu. Kena cakap baik-baik baru boleh pinjam.
Yippie... Itu sahaja, nak sambung kerja. Senyuman dari Khalis, "terima kasih kerana sudi baca blog Ibu saya". Till next time :)
Amboi khalis. Xmo kasik share ni. Ibu ngn pak nye pun xdpt pinjam! ahaha..
ReplyDeletemanis nye senyum dia, ade lesung pipit tu mahall... hahha
@Dilakochan
ReplyDeleteHikhik.. Khalis memang macam tu aunty...:p
dah lama dah dilla... dia berperagai macam tu. cuma menjadi2 bila dia dah tahu membeza ni.
Alololo comelnya dia..
ReplyDeleteEsok dia cepat belajar dgn benda2 mcm ni..
Abg Aqil dia skrg kalo blajar ABC hatta Alif Ba Ta pun dgn iPad.. Semua main dowload je skrg.. Game dia dah x berapa nk minat sejak msk sekolah ni.. ;D
Pstttt!! Khalis!! Meh nak gigit skit pp tu.. ;p
@Salina@IbuAqil
ReplyDeleteHikhik.. Pipi Khalis dah kurang tembam dah ibu..asyik kurang makan je... sekarang dah berselera sikit lepas bagi vitamin...:)
Tu la ibu..tapi nak kena p download kat tempat ada wifi... huhu... rumah ni belum ada wifi lagi..:D
Comelnya Khalis..ada lesung pipit...patutla kecik2 dah ramai peminat ...hehehe
ReplyDelete@Sue
ReplyDeleteHikhik :) moga membesar jadi seorang lelaki yang baik budiman..:)
khusyuk khalis tengok upin ipin ye dan salah satu perkara yagn boleh mendiamkan mereka dari menggangu kita membuat kerja..hikhikhik...besar dah khalis :-)
ReplyDelete@Rahmah Ram Ram
ReplyDeleteHa ah kak Ram... budak2 zaman sekarang lebih tertarik dengan gadget2 ni... hehehe... dah besar dah....
wahhh bestnyer khalis dpt tablet ... budak zaman sekarang mcm tula kan ... mane nak main toys bebetul sgt, asyik dgn henfon/game kat pc je, hehe~
ReplyDeletewah2 jeles oni tau. oni tak boleh ada mainan mahal2, habis patah dua patah lapan dikerjakan.
ReplyDelete@ch@ Umi...Khalis kedekut sikit..:P barang dia tak boleh sentuh..nanti mengamuk.. hehehe tapi setakat ni dia jaga elok-elok barang dia. tapi ada juga yang tercabut 8..:P
ReplyDeleteTak pe..nanti oni mesti dapat lagi best..:) Abi belikan untuk oni..:)
@✿ pink velvet ✿
ReplyDeleteHa ah sis..tak mau main toys...nak main gadget.. huhu budak2 zaman sekarang memang macam tu..
aLOLO comelnye dia :D
ReplyDelete