Assalamualaikum W.B.T
Salam sejahtera buat pengunjung blog sepi ini.
Habis sudah tahun 2013. Hari ni last day kan.
Tahun 2013, tahun yang paling tough untuk saya hadapi. Banyak perkara yang tiada dijangka berlaku. Apa pun ia menjadi pengajaran yang tidak ternilai buat saya.
Yang saya akan ingat sampai ke habis nyawa.
Apa pun yang berlaku semuanya adalah kerana Izin Allah dan sudah tentu ianya adalah pilihan kita sendiri. Hanya Allah yang mengetahui maksud tersirat.
Sebagai manusia biasa, saya sendiri tidak lah terlalu sempurna untuk menghadapi setiap musibah dan masalah yang berlaku dengan senyuman.
Tapi apa pun, kehidupan perlu diteruskan walau macam mana berliku dan berduri pun jalan yang terpaksa kita lalui. In shaa Allah.. Allah ada.
Bersandarkan itu hati akan merasa lega sedikit. Walaupun kekadang akan dilanda kemurungan dan kesedihan serta kekesalan yang tidak terlepas.
Tahun 2013, semua perancangan tak dapat dijalankan dengan baik.
Banyak perkara yang akan di drag masuk ke tahun 2014. Semoga tahun 2014 ini, saya akan dapat lunaskan semua yang tertangguh dan selesaikan semua masalah yang terjadi pada tahun 2013.
Apa pun syukur, Alhamdulillah.. masih bernyawa dan masih bernafas untuk meneruskan kehidupan dan berdoa agar dapat clearkan diri sebelum menghadap ilahi. Aamin...
Tahun 2014, pun mencabar untuk dihadapi, terutama harga barang dah naik, itu ini semua dah naik dengan GST yang bakal dilaksanakan. Hidup perlu diteruskan .
Selamat tahun baru buat kalian semua :)
semoga tahun 2014, akan membawa kejayaan, kebahagiaan dan ketenangan . In shaa Allah...
Happy new year :)
ReplyDeleteHappy new year...moga Allah jadikan kita insan yang lebih cemerlang tahun ni InsyaAllah.
ReplyDeleteJemput melawat blog saya untuk info info kesihatan termasuklah idea untuk kurus
www.mamasyafi.wordpress.com