Assalamualaikum W.B.T
Mood nak update blog sudah mari. So luangkan masa sedikit. Tetiba saya terfikir tentang satu perkara. Tak tahu lah sama ada selalu terdengar di halwa kalian ke tidak.
Biasanya ada sesetengah ibu, kalau anak lelaki dia nak bercerai ke atau dah bercerai,ada diantara mereka cakap macam ini
"Alah! apa nak kisah, anak aku anak lelaki, tak rugi apa pun. Cerai dengan dia boleh kahwin lain"
Saya pernah juga terdengar ayat-ayat ini di halwa telinga saya. Dan saya sama sekali tidak setuju kerana kata-kata seperti ini sebenarnya akan membuatkan anak lelaki dia menjadi tidak bertanggungjawab. Padahal kalau dah kahwin tu sah-sah perempuan yang anak dia kahwin tu dah jadi 100% tanggungjawab anak dia. Kalau anak dia abaikan tanggungjawab sudah tentulah balasan Allah yang dapat nanti setimpal apa yang dia buat bukan?
Atau memang maknya tak mahu tengok anak dia masuk syurga. Kalau isteri tu jahat ke lainlah, tapi tugas seorang suami, isteri macam mana perangai pun dia wajib membentuk akhlak isterinya. Bukannya ambil langkah mudah lepas tangan. Lepas tu menyalahkan si isteri. Sebab si mak nya dah backup kan. Kalau tak nak cerai kan aje. Padahal tanggungjawab kepada isteri tak de langsung. Isteri mana tahan kan kalau semua pun dipikul diatas bahu. Dah lah tanggung semua. Asyik nampak kesalahan aje kan.
Memang syurga sang isteri dibawah tapak kaki suami. Tapi Allah tak kejam, apa yang dia tetapkan mesti disertakan dengan sebab dan alasan tertentu. Mesti ada syarat yang suami perlu patuhi sebelum nak claim yang syurga isteri tu dibawah tapak kaki dia. Isteri kalau tak jalankan tanggungjawab boleh panggil isteri derhaka. Tapi kalau suami tak jalankan tanggungjawab tidak dipanggil suami derhaka. Tapi suami itu sendiri telah derhaka kepada Allah S.W.T sebab tak menjaga amanah dan tidak menjalankan tanggungjawab.
Kekadang jadi seorang mak ini. Mulut memang sentiasa kena jaga. Jangan ajar anak yang bebukan. Kerana anak itu bukan hak milik kekal tapi adalah sebagai amanah di muka bumi Allah ini. Walaupun anak kita anak lelaki. Tapi fikirkan anak kita yang perempuan kalau orang lain buat macam tu juga pada anak kita. Ada rasa macam mana? Sudah tentu sakit hati bukan?
Dasyatnya doa seorang ibu kerana jika doakan yang baik-baik untuk anak akan makbul dan jika doakan yang buruk-buruk pun juga akan dimakbulkan. Jadi menjadi seorang ibu perlu berhati-hati dalam berbicara, kerana setiap bicara si ibu tidak kira baik atau buruk adalah suatu doa.
huhuhu setuju :') akk pon penah terdengar dr sorg macik nih. die nk ank die kawen org laen. haihhhh sunggo pelik. ouh yg dulu ade kua berite yg mak tu kawenkan jugek ank die dgn pilihan mak die tu pon akk kurang stuju. kawen2 trus bermadu. huhu tp takpela huhuhuhu
ReplyDeleteSama lah kak.. sha pun ada dengar 2-3 kali mak-mak cakap macam ni. huhu... bila fikir2 kan balik dia macam menggalakkan anak dia supaya buat dosa...
Deletesetuju sesangat.. saya pun penah dengar jugak orang cakap macam ni.. and ada jugak penah dengar mak mertua yang mengugut menantu andai kata menantu mintak dilepaskan.. walaupun sesungguhnya dia tau dan sedar anak lelaki nya tu dah mengabaikan tanggungjawabnya pada isteri dan anak-anak.. huhuhu..
ReplyDelete