Baru balik daripada jalan-jalan ke blog member-member yang sudah lama tidak dijejak. Menjejak dan membaca sahaja. Tidak meninggalkan sebarang kesan pun. Silent reader dengan nama lainnya.
Seronok tengok kawan-kawan berblog. Semua benda dapat di blog. Pasal anak, pasal kehidupan seharian. Santai dan sempoi gitu. Bebas untuk berkata apa sahaja. Bagi saya mereka yang berblog dengan bebas berkata apa sahaja pendapat mereka ini adalah seorang yang sangat berani.
Saya? Saya bukanlah seorang yang berani kerana saya sebenarnya seorang yang tidak boleh menerima sebarang kritikan (baca: kutukan) sebab itu saya tidak berblog seperti orang lain. Sangat menjaga bahasa itu ini. Bukan nak tunjuk saya ni baik sangat! Tapi menjaga itu lebih baik daripada dah berlaku dan kita nak betulkan balik kan. Pengalaman membuatkan saya lebih berhati-hati. Berbanding dengan awal-awal berblog dulu saya seorang yang bebas untuk menaip apa sahaja di blog tapi sekarang tidak lagi. Lebih berhati-hati mungkin.
Kekadang selalu je saya taip entry, kemudian dah blur, saya akan tinggal sahaja dalam draft. Seminggu lepas tu delete draft tu. Serius! Memang teringin nak cerita apa sahaja. Tapi ... entah lah, kekadang malu pun ada, segan pun ada. Blog kan tatapan umum, sesiapa pun boleh baca. Terkadang maksud kita lain. tapi orang baca lain. Sebab tulisan ini dibaca mengikut emosi masing-masing. Subjektif bukan. Kalau kita taip dengan bersahaja. Tapi orang baca dengan keadaan marah. Dah jadi salah faham kat situ.
Tapi apa pun, nak buat sesuatu kalau tak berani memang tak menjadi. Begitu juga berblog. Kalau tak berani tak payah berblog (kata pada diri sendiri) ok! sentap pulak baca. Hehehe kena cari keberanian ni. Sebab saya betul-betul nak berblog. Seronok kekadang tu bila dapat menaip. Tapi kalau kerja tengah banyak, pertanyaan bertalu-talu. Pendek kata semua masalah datang bertalu-talu, saya tak kan taip apa-apa entry. Sebab apa yang saya alami akan terus mengalir ke tangan gitu. Bahaya! mesti akan jadi outspoken semua benda akan terkeluar disaat saya tension. Tak boleh nak kawal bila dah tertekan. Bak kata orang akan hilang kewarasan gitu.
Apa pun seronok baca entry member-member, sampai gitu kat hati walaupun melalui entry.
Satu lagi, kekadang dah snap gambar macam-macam , gambar Khalis terutamanya. Tapi bila tetiba mood kurang rajin dah sampai, perkara yang paling saya liat nak buat adalah transfer gambar. Bila dah transfer gambar pun kurang rajin, macam mana nak upload ke blog kan.
Ok lah! tata!
#sambung balik kerja melukis kek vintage pada pukul 4.00 pagi.
Orang lain mesti tengah beradukan. Saya dah terminum kopi tadi. Tak boleh tutup mata ni. Jadi siapkan kerja sambil main game!
adeh! banyak pulak benda yang nak ditaipkan. Nama pun membebel!
slm sis!owh saya pun cuba elak kgsi entri yyg peribadi mcm mslh rmhtgga ke,jiran2 ke,ofcemate ke..rs seganlah nk bg kwn baca.sbb cara kita menghasilkan entri blh mencerminkan karakter kita di dunia realiti.
ReplyDeletekdg2 mmg ada suka duka nk kgsikan.kalau btl2 nk share pdpt,saya cuba hasilkan entri yg relaks,santai n simple.yg penting mesej tu sampai.nk nmpk lg comel...saya lukis kartun utk entri wpun sedar tgn ni keras kejung hahahaha..
sllu bila nk bls sggh blog kwn2.ms tu pulak entri diorg emo...huishhh saya pun png nk komen apa utk entri tu ngeee ^*
Hai sis...Salam perkenalan...sy ni pun baru juga berjinak2 dlm dunia blog ni..mybe bru seminggula tp blum ada apa2 entri lagi..mula2 mmg ada tp bila baca balik mcm malu pula..then sy delete balik..so,skrg masih kosong.Mybe sy akan tulis juga dlm blog tu tpi klu berkaitan peribadi or crita2 org sekeliling tidakla..mybe just kegiatan harian je la..mmg benar yg sis katakan klu nak berblog mesti ada keberanian...hehe...
ReplyDeleteBloging n merepeks yg tak banyak sentuh hal peribadi its better..^^
ReplyDelete