Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Sakit

Kita akan mula terasa nikmat sihat, apabila kita sakit.
nikmat senang, waktu kita susah.
nikmat bahagia waktu kita derita,
dan nikmat lapang waktu kita sempit.
Harap-harap kita tak kan terasa apa itu nikmatnya hidup apabila kita di dalam liang lahad. Aamin..
kerana pada waktu itu, semuanya sudah terlambat kan.

Bila Mungkar dan Nakir datang menyoal, kita dah tak boleh lari.

Hati teringat tentang kematian setiap masa bila rasa sakit dan sesak nafas ini datang.
Sakit dan ketat dada. Allah saja yang tahu. Agaknya inilah yang dialami oleh para pesakit jantung bila sakit menyerangkan.
Allah hu Akhbar. Semoga Allah panjangkan umurku untuk melihat Khalis membesar, pandai berdikari, dan pandai membawa diri. Serta jauh daripada segala sikap-sikap negatif. Semoga dia akan menjadi seorang insan yang positif hingga ke akhir hayatnya dan menempuh setiap fasa kehidupannya dengan mudah, lancar, gembira dan bahagia. Aamin...

Mencabar sangat jaga budak kecil tengah melasak dalam keadaan badan yang tidak sihat. Otak saya blur je memanjang. Macam biasa permintaan yang macam-macam. Kejap nak air. Nak biskut. Nak nasi. Nak itu nak ini. Dengan dada sesak dan pergerakan yang tak berapa nak pantas berbanding selalu. Gagah kan juga untuk penuhi permintaannya. Allah hu Akhbar. Semoga kuatkan diri ini. dan semoga esok akan sembuh dan sihat seperti biasa, supaya dapat jalani kehidupan.

Dalam sakit ni, kekadang hidup tak lari daripada merungut. Tapi bila duduk diam-diam. Istigfar balik. Allah tak kan buat sesuatu sakit itu sesaja. Setiap perkara yang berlaku mesti ada sebabnya. Akan sentiasa ada alasan kenapa ianya terjadi.
Mungkin Allah nak bagi satu hikmah yang lain supaya kita belajar daripada pengalaman.
Mungkin Allah nak bagi amaran, supaya jaga diri baik-baik, jaga kesihatan, jaga badan yang dia amanahkan pada kita dengan baik.
Mungkin Allah nak hapuskan dosa-dosa yang ada. Supaya disaat berjumpa dengan Dia kita dah tak dibebani dengan terlalu banyak balasan.

Apa pun sebabnya. Setiap kesakitan dan penderitaan akan ada kesembuhan dan bahagia. Tiada yang berlaku pada kita dan sekeliling kita tanpa keizinan dari Nya. Dia izin , semua benda akan berlaku. Kuatkan semangat dan bertabahlah wahai diri dan hati :)

Mood Melankolik malam ni. Sebab saya tak boleh baring. Kena duduk je atas kerusi. Kalau baring sesak nafas dan di tangkap rasa sakit kat bahagian dada kiri. :)

Jika umur ku tidak panjang. Sesiapa yang terbaca dan jika ada salah silap. Mohon dimaafkan dari hujung rambut ke hujung kaki ya. :)

4 Comment (s):

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™