Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Cabaran 30 Hari 1 : Gambar Terbaru dan 5 Fakta Tentang Diriku

Gigih ku nak mengupdate blog, sampai dah terupload gambar sendiri semata-mata nak penuhi syarat kan?
Ku jarang bergambar, ambil gambar anak banyak.
tak berkeyakinan nak show gambar kat laman social ni.
Maka inilah gambar terbaruku bersama dak Khalis.
Boleh dikatakan gambar terbaru juga, sebab diambil dalam tahun ini, pilih juga gambar ini, sebab segannya nak tampal gambar kat blog. sejak mengalami gems ni tak de semangat nak selfie ke, nak bergambar ke.
5 Fakta Tentang Diriku
1. Ku suka warna
sejak menjadi designer ni, makin banyak pula warna yang ku sukai, tapi warna paling ku suka putih, pink, hitam, blue jeans, sekarang ni tetiba terminat dengan warna cream, nude dan dusty green pula. Mungkin faktor umur, maka selera pun dah berubah. Merah pun suka juga kekadang, tapi tak selalu, sebab lebih suka warna soft dan pastel :)

2. Ku suka membaca buku
masa zaman muda dedulu, suka baca komik dan novel, bila dah berumur ini , citarasa membaca pun berubah kepada bahan bacaan yang lebih ilmiah untuk berubah kearah yang lebih baik In shaa Allah...
Tapi masih juga membaca novel kekadang tu, untuk hiburan sekali sekala. Kekadang spend masa juga lepas design selak 2-3 pages buku, ataupun masa bercuti ku akan habiskan satu buku. Jadi untuk tajuk yang best-best akan ku spend masa seharian untuk habiskan terus membacanya.

Sebahagian daripada koleksi yang ada, novel-novel dah banyak yang di let go.
3. Ku suka bunga,
 wanita dan bunga berpisah tiada, walaupun tidak semua yang minat bunga, tapi ku memang gila bunga, biasanya kalau pilih baju, corak berbungalah yang akan ku pilih dulu especially kalau bunga ros, pitam kalau tak beli, confirm akan teringat2.
Ku suka semua jenis bunga tapi yang paling ku suka, bunga ros dan bunga lily.



4. Ku suka makan
Makanan mesti semua orang suka kan? tak de orang yang tak suka makan, cuma bergantung kepada badan seseorang, ada orang makan berpinggan2 tak juga gemuk-gemuk, ada orang makan sepinggan nasi pun dah gemuk (ku adalah yang jenis ini, asal makan terlebih dari keperluan memang akan naik berat badan, nak kena sentiasa berjaga2)
Ku suka masakan kampung dan western (ceceh.. western habaq hang).
masakan kampung, kalau jumpa yang kena selera, ada budu, ada ulam, ada ikan goreng ke, ikan bakar tawar ke, confirm nasi berpinggan-pinggan habis,
jadi dalam proses berdiet ini, ku tak masak benda-benda alah ini, sebab confirm tak kan dapat berdiet, budu pun tak simpan kat dalam rumah, kan tengok botol budu pun boleh meroyan nak makan berkoyan-koyan.


5. Ku suka jeans
Kegemaran sejak dahulu kala lagi, masa zaman muda-muda ku suka pakai jeans, pendek kata fesyen dulu-dulu jeans and t-shirt, kasut, simple aje pergi ke kuliah.
dah berumur ni, masih minat jeans, tak lekang dek zaman orang kata.
tapi berubah kepada minat dengan skirt jeans, sampai sanggup belajar jahit semata-mata nak  menjahit skirt jeans. In shaa Allah , suatu hari nanti ku akan show sikit hasil yang dah pernah dibuat,
kalau yang friend dengan ku di Facebook tahu lah pasal ini kot. :P

Jacket jeans pun menarik perhatian, sekali sekala berubah selera menjadi hijabista, pakai skirt jeans, blouse labuh, jacket dan wide shaw. Nampak smart tapi dengan syarat ku kena kurus lagi baru nampak sedap mata memandang, kalau tak nampak kembang semacam je kan
buat malu je.:P
Teringin juga nak pakai Kap Kot macam kat bawah ini,
Tapi ku bukan retis, jadi macam tak sesuai nak pakai, terutamanya cuaca Malaysia ni bukannya iklim 4musim, iklim Khatulistiwa. Mau panas naw2 kalau pakai kan, tapi terliur juga,
Fesyen gini popular kat Turki tak silap, pakai yang sedang-sedang, tak ketat dan tak longgar asalkan menutup aurat dengan rapi.
Fuuh... dari pagi sampai petang sediakan entry ini sambil kemas-kemas rumah, malas je menaip berhenti kemas rumah, kejap berhenti untuk design pula. ni sambung balik sampai siap.
Menyahut cabaran untuk esok hari pula. Kalau rajin taip siap-siap esok boleh auto publish.

9 Comment (s):

  1. Salam whiteymommy..wah. baru ku tahu serba sedikit mengenaimu..ekekekek...yg ke 4 tu suka makan..kita sama..pic ada petai tu buatku terliur..eheheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam :) hehehe jom lah sahut cabaran ini... nanti tinggal link..:) boleh saya berjejak kasih ke blog sis.. ;)

      Delete
  2. Mmg khalis anak emak sggh..
    Raut wajah sebijik wajah emak..
    Mmg seiras sejuk perut emak..
    Mommy comel mommy comel mommy comel..
    Ibu support cabaran mommy & cha..
    Nak sahut rasa x berani lg..
    Muahxxxx sikit dkt khalis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai orang kata muka khalis nak sama macam saya ek ibu..:P
      hehehe terima kasih ibu.. selalu support..
      ibu.. jomlah join.. huhu

      Delete
  3. Mmg sangat sama...
    Na join tp pintu tutup lg cemana nk mulakan cabaran day one ni mommy..
    Hihihihi sonok baca pengenalan mommy ngn cha..
    Gatal jari nk menulis blk mcm korang..
    Ibu always support mommy dr dlu x akan kurang..
    In shaa Allah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibu taip lah dulu.. hehehe sempat lagi..;) day one punya.. nanti kalau sempat malam ni saya install..;)

      Delete
  4. khalis yg comel. hihiii. terima kasih sbb noted kita tak suka bunga. terharu tau.
    ooo baru tau, ibu buat rumah baru eh! alaaa ni yg rasa nak juga ni.
    sha, nnt nak order la jeans skirt tu, skrg ni mcm da nak pakai skirt ja. cewah.
    hrmmm...byk gak da tau ttg sha ni. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah.. Kita kan designer cha..:P
      bukan selalu warning awal2 ke.. TAK NAK BUNGA!!!.. hikhik
      boleh nak order..
      tapi kita masih peringkat recycle jeans kepada skirt...
      cha nak bagi seluar sendiri atau nak kita carikan size.. nanti roger lah..
      dah lama tak menjahit ni..:P

      Delete
  5. dr 5 dkt ats..kt sama 3 benda la..suka makan, jeans dan baca buku..:)..cuma mcm x suka sngt bunga je..

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™