Setiap yang berlaku ada hikmahnya, dalam lemahnyaku menghadapi hari-hari mendatang,
Allah telah aturkan semuanya, Allah telah siap kan sesuatu untuk menguatku,
Allah ajarku satu persatu erti kekuatan untuk menghadapi kehidupan ini.
Allah hadirkan seseorang, hadiah yang tiada bandingannya,
hadiah yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit,
hadiah yang berkekalan hingga akhirat, ikatan yang tak kan terputus sampai akhirat.
Allah hu Akhbar, air mata bercucuran saatku taip entry ini, bermula di ayat ini.
Kekuatanku adalah Muhammad Khalis Putra,
lahirnya buatkan ku berubah gelaran menjadi seorang ibu.
Titik permulaannya fasa baruku,
fasa baru yang tak lena tidur, fasa baru yang ku perlu uruskan orang lain selain diri sendiri
fasa baru untukku kenal menjaga amanah dengan baik,
fasa baru yang membuatkan ku macam dalam mimpi, tak sangka dapat melahirkan seorang anak.
Khalis banyak mengajarku,
erti kesabaran, ku pada asalnya bukan seorang penyabar, agak panas baran sebenarnya,
cepat melenting dan cepat juga sejuknya,
tapi adanya anak, ku belajar untuk mengawal supaya perangai ku tidak diikut oleh dia.
perlahan-lahan, hari demi hari, ku belajar untuk muhasabah diri,
selepas 5 tahun kehadiran dia, ku dapat rasa, ku adalah insan baru,
Allah hu Akhbar, rupanya Allah mengajarku untuk matang bagi menempuh fasa-fasa kehidupan yang mendatang.
Melihat wajahnya, membuatkanku berfikir panjang dalam mengambil sesuatu keputusan,
apa-apa pun keputusan adalah untuk kebaikkannya,
ku belajar bergantung harap sepenuhnya kepada Allah S.W.T kerana mahukan yang terbaik untuk Khalis,
Sesungguhnya, Allah mengajar ku perlahan-lahan, mengajarku yang tiada kebergantungan dan tiada tempat mengadu yang paling baik melainkan DIA,
Ujian yang datang bertimpa-timpa Allah hadirkan bukanlah untuk menyakitkanku tetap untuk mengajarku erti kehidupan dan erti kasihnya Maha Pencipta kepada hambanya.
bersyukur saat diuji kerana itulah proses kematangan,
dan Allah aturkan Khalis untukku supaya aku kuat untuk menghadapi dugaan-dugaan yang bakal DIA berikan.
Kehadiran Khalis 5 tahun dalam hidupku disulami dengan pelbagai kerenah gelak tawa, geram marah, gurau senda, tangisan. Pendek kata seribu satu perasaan, seribu satu rasa telah kuhadapi.
Indahnya kehidupan apabila hadirnya dugaan dan Allah lepaskan kita dari dugaan. Itulah kehidupan sebenarnya. Dugaan tak kan pernah terhenti sehinggalah kaki melangkah ke syurga, jika tidak akan terus meneruslah menghadapi dugaan yang setiap fasa kehidupan, dugaannya makin besar.
Gelak tawa Khalis menghiburkan hati,
Tangisan meruntunkan hati,
Panggilan Khalis, selalu buatkan hati riang,
sentuhan Khalis semasa ku dalam keadaan sedih, selalu buatkan rasa masalah terbang menghilang.
walaupun seketika hati merasa tenang, tapi rasanya sangatlah nyaman dan lapang.
Allah hu Akhbar..
Peliharalah putraku hingga ke syurgaMu. Catatkanlah namanya sebagai penghuni Syurga Firdausi,
Jadikanlah dia insan yang baik hati,
Jadikanlah dia anak yang soleh,
Jadikanlah dia insan yang bijak dan berbakti,
Jadikanlah dia insan yang bertanggungjawab,
Jadikanlah dia insan yang baik budi pekertinya.
Peliharalah dia dari segala malapetaka hingga ke syurgaMu.
Ku sentiasa titipkan doa buat anakku, kerana ku tahu satu perkara,
tiada apa yang lebih bernilai di dalam dunia ini berbanding kasih dan doa ibu,
tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,
tetapi nilainya sangat-sangat tinggi.
Muhammad Khalis Putra,
kekuatanku...
yes...anak segalanyer....sukar untuk diluahkan melalui kata kata
ReplyDeletebetul..
Deletekalau luah 4 hari 4 malam pun tak habis lagi taip
Mengalir air mata ibu..
ReplyDeleteKhalis.. Ibu aamiin kan semua doa2 ibumu..
Jdlah anak soleh dunia & akhirat..
Aamiin!!
Mereka kekuatan merekalah nyawa..
Mommy....
U make me cry ptg2 ni..
Rindu Aqil Naim..
Hehehe..:) ibu .. lap air mata..:)
Deleteaamiin.. saya aminkan semua doa2 ibu..
mereka lah kekuatan kita...
tanpa mereka, mungkin setiap keputusan yang diambil akan menjadi lebih terburu2
Ya Allah, touching.
ReplyDeleteBergenang air mata. Pi cari tisu jap.
Anak-anak is everything, owh my kids yg berderet itu, kalo buat mcm entry sha ni mahu tak cukup satu entry. Hehe...
hehehe.. cer buat cha..:P
Deletehuhu taip ikut perasaan ni cha...
Owh khalis putra yg manis, yg cute, yg lembut hati, yg malu2 tapi mahu, yg ada rupa mommy, yg berdikari, yg aunty cha saaaangat rindu khalis. Saje nk komen dua kali. Hiii...
ReplyDeleteRindu nak jumpa aunty cha juga..:)
Deletehehehe dah lama dah tak jumpa..
terima kasih aunty cha.. aamiin.. untuk semua kata-kata aunty cha..