Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

[10/06/2010] Apa yang awak nak?

Kalau ada orang yang terbaca entri saya ni... mesti orang akan ingat saya nak buruk2kan suami kan? tapi sebenarnya tak.. hati saya perlukan tempat untuk meluahkan perasaan... sebab perasaan sentiasa terbuku dihati... mahu jadi gila saya! jadi aku kena cari alternatif lain... ya la kan, kalau nak cerita kat orang, lama2 mesti orang pun dah jelakkan? pagi ni air mata saya menitis lagi... Sebagai seorang suami awak memang tak bijak, kenapa tak sama macam dulu... semua yang nak buat , nak beli semua nak keputusan daripada saya... tapi bile saya cakap semua tak kena... dan bila tak kena... awak akan herdik saya... kenapa??? sepatutnya sebagai seorang suami yang dah jadi bapak orang pun awak kena bijak! tapi! masih lagi bersikap budak2...

Takkan awak tak paham, mak saya sakit sekarang ni... dah la tak balik jenguk tu pun dah satu hal... bila tengok saya termenung awak nak marah2... apa sebabnya... saya ni tak de tempat bergantung... itu tak kena ini tak kena...sepatutnya awak paham isi hati saya sebagai sebagai seorang perempuan... jiwa perempuan sangat sensitif , sangat halus...

pasal makan pun macam berkira... saya minta tolong belikan majalah pa&ma pun awak berkira... ingat satu janji allah! jika kamu kedekut dengan anak2 dan isteri makan allah akan sempitkan lagi rezeki mu... sebab bila dah kahwin, rezeki yang awak cari adalah untuk anak dan isteri
 
Copyright © Whitey Mommy™