Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Resipi untuk bayi

bayi saya dah nak masuk 6 bulan dan dah tiba masanya saya mencari menu2 untuk diberi makan padanya... tak sabar rasanya... lagipun kesian kat dia bile saya dan suami makan aje dia mesti macam telan air liur... saya dah banyak juga la kumpul resipi2. antaranya daripada majalah rasa dan pa&ma... ni saya nak kongsi... tapi ingat!!! resipi ini hanya sesuai untuk bayi yang berumur 6 bulan keatas... bayi yang di bawah umur tersebut adalah dinasihatkan supaya diberi minum susu ibu...

BUBUR NASI KURMA
20g beras
1/4 cawan air suam
2 biji kurma (buang biji ya... sebab tak mungkin bijinya boleh dikisar)
air secukupnya

cara-caranya
masukkan beras kedalam periuk
rebus sehingga masak dan kembang
masukkan kurma dan biar seketika kemudian angkat
masukkan dalam pengisar
kisar sehingga halus
sedia untuk disuap pada bayi

p/s: nasihat daripada misi tempat saya selalu buat pemeriksaan anak
- makanan pejal adalah untuk umur 6 bulan ke atas sebab perut bayi yang berumur 6 bulan kebawah masih nipis
- bayi juga cenderung untuk mendapat obesiti jika diberi makanan pejal terlalu awal kerana sistem pencernaan masih tidak dapat berfungsi dengan baik untuk mencernakan karbohidrat kompleks (seperti nasi,buah-buahan)
- apalagi dia nasihat ya... ha... untuk mengelakkan bayi mendapat sembelit ketika mencuba makanan pejal pertamanya. dinasihatkan menambahkan satu sudu besar minyak jagung kedalam makanan... sukatan yang disarankan adalah
5 sudu besar nasi bubur
1 sudu besar ikan atau ayam,
1 sudu besar sayuran
dan suapan kepada bayi hendaklah bersertakan dengan air
selepas makan hendaklah disuapkan dengan 2 sudu besar buah-buahan yang telah dikisar... ini info yang saya nak kongsi dalam entri ni nanti banyak lagi info2 pasal bayi yang saya nak kongsi.

2 Comment (s):

  1. Hi,

    Pertama sekali, ingin kami memohon maaf kerana meninggalkan komen ini di blog anda dan tindakan ini boleh disalah anggap seolah-olah seperti spam dan kurang professional. Tujuan komen ini adalah untuk menyebarkan berita baik tentang pelancaran laman web Letsmasak.com.

    Letsmasak.com merupakan sebuah laman web resipi yang mempunyai pelbagai fungsi media sosial yang menarik. Melalui Letsmasak.com , komuniti pengguna dapat memanfaatkannya sebagai sebuah platform untuk berkongsi resipi, ilmu dan tip-tip masakan agar dapat dimanfaatkan oleh semua. Dengan design yang kemas, mesra pengguna, serta komuniti yang interaktif dan proaktif, Letsmasak.com sudah pastinya sangat selesa digunakan oleh para pengguna sebagai personal-recipes-composer. Dengan rendah hati kami ingin menjemput anda untuk bersama menyertai komuniti kami dalam menyumbangkan ilmu melalui platform Letsmasak.com.

    Untuk mendaftar, anda boleh berbuat sedimikian melalui url tersebut:
    http://letsmasak.com/register

    Oleh kerana masih tidak ramai yang tahu tentang kewujudan Letsmasak.com ini, maka kami ingin memohon jasa baik anda sekiranya sudi untuk menulis entry review tentang Letsmasak.com di blog ini. Kami amatlah menghargainya.

    Kami memohon maaf sekali lagi atas tindakan ini. Kami amat berharap agar komuniti Letsmasak.com akan berkembang justeru dapat dimanfaatkan oleh semua.


    Ikhlas daripada,
    Letsmasak.com

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™