Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Penyusuan susu ibu

"susu ibu adalah anugerah Allah s.w.t yang tidak ternilai harganya buat ibu dan anak"
(bayi mempunyai hak untuk mendapatkan susu ibunya, tetapi kebanyakan ibu tidak menghiraukan hak ini)


ini adalah intro untuk entri kali ni, saya nak bercerita tentang susu ibu... ini bukan rekaan kerana anak saya yang kini berumur 5 bulan masih lagi menyusu susu ibu secara eksklusif. target saya adalah akan menyusu secara eksklusif selama 6 bulan.
menyusu secara eksklusif adalah bermaksud bayi hanya diberi susu ibu selama 6 bulan tanpa memberi apa2 minuman atau makanan. sebagai bukti anak saya sihat ... alhamdulillah syukur kehadrat ilahi...dan apabila pergi ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan, khalis (nama putera saya) akan menarik perhatian para misi kerana di klinik itu hanya saya yang menyusukan anak secara eksklusif. ramai yang merasakan susu ibu tidak cukup untuk bayi... bagi saya tanggapan itu salah kerana kita dapat mengandung dan melahirkan, kenapa tidak kita menyusukan??? tanya dalam diri apa yang kita perlu lakukan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ibu... mesti yang paling utama mahukan kesihatan anak.
dengan apa yang berlaku saya bertambah yakin dengan susu ibu kerana semasa saya mengandung saya banyak membaca buku dan artikel tentang kebaikan susu ibu (jadi saya pun plan la nak susukan khalis dengan susu ibu), khalis pula
memang sangat pintar (ini betul2 bukan tipu), umur 2.5 bulan khalis dah pandai menangis sambil memanggil bu...bu...bu( ini yang saya gelarkan diri untuk dia)
ini adalah keajaiban susu ibu... dan saya anggap ini adalah hadiah yang tidak ternilai untuk putera saya : muhammad khalis putra

p/s: bayi yang menyusukan susu ibu agak manja sikit... n sebagai ibu kita perlu bersabar kerana susu ibu cepat hadam jadi bayi cepat lapar. jadi bayi akan kerap menyusu... jadi sebagai ibu... kita layan...

0 Comment (s):

Post a Comment

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™