Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Elysyle DX Lingerie

Jika sebut tentang pakaian dalam pembentuk badan dan untuk kuruskan badan. Memang banyak di pasaran kan? Cuma kita tidak tahu mana yang sesuai dan mana yang terbaik untuk kita. Pilihan ditangan kita. Sudah tentu mahukan yang terbaik dan setanding dengan nilai yang dilaburkan.

Saya telah menggunakan beberapa jenis pakaian dalam untuk pembentukkan badan. Dari yang paling murah sehinggalah yang paling mahal (bagi saya) dan popular. Jadi saya dapat bezakan yang mana best dan selesa untuk dipakai . Tapi biarlah rahsia. Setiap orang ada citarasa mereka masing-masing. Apa yang saya nak share sekarang ini adalah tentang pakaian dalam juga.

Tujuan saya memakai pakaian dalam seperti ini, bukanlah semata-mata untuk kurus. Selepas bersalin, saya memang prefer pakai pakaian dalam yang jenis satu set . Ia memberi kekemasan dan keyakinan untuk berjalan di khayalak ramai. Jika memakai pakaian dalam, kita boleh kurus, itu adalah satu bonus. Bagi saya kita tak kan kurus kalau tidak menjaga pemakanan yang seimbang dan mengambil vitamin dan garam mineral yang secukupnya untuk membantu badan berfungsi dengan baik.

Petang semalam kawan lama saya datang bawakan sample lingerie untuk saya cuba. Jujur saya cakap. Saya memang tiada confident lagi untuk mencuba apa jenis pakaian dalam. Kerana saya prefer untuk pakai yang sedia ada sahaja. Dalam hati saya, semua pakaian dalam adalah sama dengan yang pakai sebelum ini. Akan ambil masa seminggu ke 2 minggu untuk sesuaikan dengan badan untuk mendapat keselesaan.

Kawan saya offer untuk mencuba. Saya cuba. Cukup terkejut. Long girdle nya sangat mudah dipakai. Walaupun tanpa bantuan, begitu juga dengan bahagian-bahagian yang lain. Saya boleh pakai sendiri tanpa bantuan orang lain. Perasaan saya waktu itu memang sangat-sangat teruja. Kainnya sangat-sangat lembut. Sangat mudah dikendalikan. Selama 3 jam saya pakai set pakaian dalam ini. Tiada langsung rasa sesak nafas. Tiada rasa sengkak perut. Dan yang paling penting tidak terasa pun seperti memakai korset. Apa yang saya boleh beri tahu adalah, tersangat best.

Jika anda nak rasa macam mana apabila memakainya. Anda boleh hubungi saya untuk proses mencuba, dan rasakan keselesaannya. Bagi mereka yang pernah pakai sebarang korset atau set pakaian dalam. Memang saya jamin 100% anda akan rasa kelainan itu.

Saya tak tahu nak cakap apa, pengalaman saya fitting lingerie ini betul-betul mengubah persepsi negatif saya terhadapnya. Walaupun dapat pakai sementara untuk 3 Jam. Memang best. Insyaallah coming soon saya akan pakai 24 jam pula.

dibawah ini serba sedikit keterangan lanjut mengenai set lingerie ini.

Bahagian - bahagian Elysyle DX Lingerie dan Fungsinya

Melihat kepada 5 bahagian yang perlu dipakai. Perkara yang pertama yang akan terlintas, mesti susah hendak ke tandas kan? Saya juga berfikiran sedemikian tapi ia tidak seperti sangkaan saya. Sangat mudah dan tidak perlu bersusah payah untuk menanggalkan bahagian-bahagiannya. Jangan melihat hanya luaran. Anda cuba anda pasti akan tahu . Saya sendiri pun tak sangka. Di samping itu, untuk menyusukan anak pun senang.


DX Lingerie – Panties


DX Lingerie – Long Girdle



DX Lingerie – Brassiere



DX Lingerie – Waist Nipper


DX Lingerie – Body Shaper


Fabrik dan Corak


DX Lingerie mempunyai fabrik buatan khas yang terdiri daripada
Nilon yang bertindak Lembut pada kulit
Poliuretane serat elastik yang bersifat kenyal
Egyptian Cotton yang bermutu tinggi membalut serat elastik dan menambahkan keselesaan.

Menggunakan corak Bunga Clematis sebagai konsep reka bentuk, yang melambangkan:
  • Kecantikan Dalaman
  • Sifat Kebangsawanan
  • Sifat Keanggunan

Rekaan yang bunga-bunga ini, bagi saya membuatkan ia mempunyai identiti yang jelas kerana coraknya berinspirasikan satu jenis bunga. Anda boleh perhatikan coraknya dan gambar bunga Clematis di atas :)

Video untuk penerangan lebih lengkap

Tonton video dibawah untuk melihat proses lengkap daripada penghasilan lingerie ini sehinggalah fungsi memakainya .


___________________________________________________________________________
Sila hubungi saya di ☎ 03-61274792 @ 014-8240118| 
✉ whiteymommy@yahoo.com untuk mencuba Elysyle DX Lingerie ini secara percuma.
___________________________________________________________

6 Comment (s):

  1. Replies
    1. Boleh call atau email sha kak...:)

      Insyaallah mampu milik..:)

      Delete
  2. whitey mommy serius memang sgt2 puashati bila memakainya....sgt2 selesakan,nak ke toilet dah tak risau sbb sgt2 mudah,btw i join member gak,product yang lain juga sgt2 bekesan serius,u oulss semua kena try...now i tgh pregge stop kejap pakai tak sabar tggu dalam pantang nanti :)

    ReplyDelete
  3. salam white mommy boleh x saya nak copy pic white mommy?kiki

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™