Assalamualaikum W.B.T :)
Tengah hari tadi saya belek-belek akaun Nuffnang memang hari-hari pun belek, tapi keyword untuk hari ini menarik perhatian saya untuk dijadikan sebagai entry. Mood untuk menulis blog dah datang balik mungkin. Sudah lama saya tinggalkan blog ini untuk update tentang cerita-cerita peribadi. Hari ini mood datang balik, kebiasaannya mood nak menaip entry memang melonjak tapi memikirkan tentang tempahan yang masih banyak untuk didesign saya padamkan saja niat untuk menaip entry.
Tertarik dengan ramai yang mencari tentang "makan durian semasa mengandung". Ini mungkin kerana saya pernah bercerita tentang pengalaman saya makan durian semasa mengandungkan Khalis masa awal-awal saya berblog dulu .
Ya. Saya memang hantu dengan durian masa mengandungkan Khalis, dari kandungan umur 4 bulan sampailah kandungan umur 8 bulan. Tapi tidaklah setiap hari saya makan, cuma seminggu tu dalam 3,4 kali makan durian. Sebab kalau tak makan rasa macam makan nasi pun tak kenyang. Memang kalau mengandung tabiat lain sikit kan.
Masa umur kandungan 8 bulan, saya masih nak makan durian, tapi nasihat daripada sepupu suami saya. Dia cakap tak boleh makan durian sebab panas. Khuatir akan keguguran. Itulah puncanya saya berhenti makan durian. Kalau tidak, mungkin sampai waktu nak bersalin pun saya makan lagi kot.
Memang ada yang kata bahaya makan durian masa mengandung. Saya pada masa tu, saya tak tahu pun pasal bahaya. Sebab menurut emak sahabat saya, dia kata, "masa mengandung ni, makan la nak makan apa pun. Cuma kena jaga waktu berpantang". Sebab tu lah semua benda saya makan je. Memang tak berpantang makan pun masa mengandung. Masa saya mengandung, saya tak boleh makan makanan masam seperti asam, jeruk, atau apa-apa makanan yang ada rasa masam. Saya akan loya, biasanya untuk hilangkan rasa loya saya suka makan buah dan coklat ( Khalis memang sangat-sangat suka coklat)
Tapi ikut keadaan badan kita juga. Ada sesetengah tidak tahan makan durian, boleh menyebabkan keguguran. Kerana durian merupakan salah satu buah yang disifatkan sebagai panas. Jadi kalau nak makan kena bersederhana.
Masa saya mengandung makanan yang saya paling suka makan adalah buah-buahan tropika (rambutan, durian, langsat, cempedak,nangka,jambu batu, delima, tembikai , dan ada lagi tapi asalkan buah-buahan tropika) . Buah seperti epal, anggur, oren dan seangkatan dengannya memang saya kurang makan. Kalau tak da buah-buahan, mesti akan rasa tak kenyang lepas makan nasi.
Orang kata waktu mengandung, setiap orang mengalami perkara yang berbeza. Ada orang sakit, ada yang tak sakit, ada pula yang loya dan muntah sampai bersalin pun ada. Bergantung kepada individu itu sendiri.
P/s: Bestnya dapat menaip :) tapi terasa kekok pulak sebab dah lama tak menaip untuk cerita2 sebegini. Semoga esok saya akan mempunyai semangat lagi untuk mengupdate blog :)
banyak benor keywords akak:)
ReplyDeleteAkak saya ada mkn durian...saya btul2 risau sekrang sb seblum nie dlm rahim saya ada cyst tapi dh lma buang dah,lpas dua tahun tunggu bru Allah swt izinkan saya hamil tapi saya pula mkan durian sampai lupa dri ni hamil....kandungan saya bru 2 minggu lebih,saya jga suka mkn mknan pedas2...saya risau sesuatu yg buruk trjadi lpas mkn durian too.
ReplyDelete