Lama sudah saya tidak bercerita tentang perihal peribadikan?
Tentang Khalis dan juga tentang kegiatan harian. Tentang Khalis banyak peristiwa menarik yang berlaku terutama melihat gelagat kanak-kanak yang sedang membesar amat mencuit dan melucukan hati, tetapi nak publish entry tentang dia terasa tidak menarik jika tidak disertakan dengan gambarkan? Jadi saya diamkan sahaja. Kebahagian menjadi seorang ibu terselit disitu. Terakam di minda dan tersemat di hati. Semoga saya akan mengingatinya hingga ke akhir hayat.
Tentang diri sendiri pula, tiada apa yang menarik pun. Rutin harian seperti biasa sebagai seorang suri rumah dan sudah tentunya. Design, design dan design :)
__________________________________________________
Kegemaran baru saya adalah Red Velvet. Tempah buat kali pertama tempoh hari, membuatkan saya mahu tempah buat kali kedua. Sudah jatuh hati dengan Red Velvet buatan Kak Mimie @ Delicious Cuppies. Nama kedai beliau Delicious Cuppies memang sesuai dengan produk buatan beliau yang sememangnya sedap-sedap belaka.
Kali pertama saya tempah kek, tapi untuk kali kedua pula saya tempah cupcake. Dua-dua jenisnya sedap (sudah tentulah, jenis kek yang sama kan :) Cuma cupcake kali ini saya tak puas makan. Jadi saya tempah buat kali ketiga, dan bakal menyusul ke rumah saya pada 8 December 2011. Wah! Tak sabar mahu tunggu tarikh itu, menghitung hari :)
Haruslah saya tempah secara berturut-turut, sebab Kak Mimie akan berpindah dan menetap di Melaka. Jadi lepas ini agak sukar lah nak tempah lagi kan, tapi saya boleh tempah masa Kak Mimie datang ke KL sekali sekala.
Orang Melaka, boleh lah mula roger-roger Kak Mimie kalau nak cuba kek buatan beliau. Gerenti puas hati.
Red Velvet Cupcake yang telah selamat di makan pada 28 November 2011, Birthday En. Suami yang ke 28. :) |
Sesiapa yang berminat mahu tempah atau bertanya lebih lanjut tentang kek atau cupcake. Boleh rujuk maklumat di bawah :
Jemput ke Blog Delicious CuppiesBoleh "Like" Delicious Cuppies Page di Facebook.
alhamdullilah... tq so much sha! inshaAllah, kita jumpa 8 dec tue yer.... :-)
ReplyDeleteNyum2!!! Nak kena try ni.. Aqil mst suka.. :D
ReplyDelete:) Khalis khalis :)
ReplyDeleterindu nk tatap wajah khalish...sesekali interframe la kt sini..hee~
ReplyDeletewaah tengok je dh tau mesti sedap tu..menarik~
sedap nye :)
ReplyDeleteNampak menyelerakan, dan comel
ReplyDelete