Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

[Portfolio]: Blog Design Order by MW Tailor

Assalamualaikum W.B.T

Sudah lama tidak kemaskinikan blog ni.:)
Almaklumlah sejak kebelakangan ini, emosi tidak berada didalam keadaan yang stabil.

Blog Design yang ditempah oleh Kak Mashitah untuk blog jahitan beliau yang diberi nama MW Tailor.

MW Tailor merupakan blog jahitan yang menerima tempahan menjahit baju kurung dan baju melayu untuk semua peringkat umur.
Selain itu, Kak Mashitah juga menjual baju-baju yang telah siap dijahit, seperti baju kurung dan skirt.


Paparan Penuh

Kak Mashitah adalah peminat warna biru, jadi haruslah blog beliau direka bentuk dengan menggunakan warna biru sebagai warna dominan.
"Doll Character" yang bercirikan seorang ibu bertudung, berbaju blaus, berseluar slack dan memakai apron sambil memegang sudip dan bulu ayam. Ini kerana Kak Mashitah merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah.
Latar belakang "header" pula. Kak Mashitah mahukan rekabentuk yang bercirikan meja kerja beliau. Iaitu dihiasi dengan peralatan menjahit dan juga ada paparan pakaian yang telah dijahit.

Idea asal adalah daripada saya sendiri. Kak Mashitah menyerahkan 100% kepada saya untuk merekabentuk "blog design" untuk blog MW Tailor ini .

Saya cuba merealisasikan berdasarkan kriteria yang Kak Mashitah bagi dan adaptasi daripada gambar meja kerja yang diberi oleh Kak Mashitah.


Item lain.


"Watermark", "Blog Badge" dan "Signature" untuk blog MW Tailor.
Saya rekabentuk sedondon dengan rekaan "Blog Design" .

Terima kasih Kak Mashitah, kerana sudi menempah dan memberi kepercayaan untuk merekabentuk "blog design" untuk akak.
Semoga perniagaan yang akak jalankan bertambah maju dan berjaya.
:)

Jemput ke blog MW Tailor untuk melihat paparan penuh. Buat masa ini, Blog ini masih belum diupdate sepenuhnya. Kak Mashitah masih dalam proses kemaskinikan gambar-gambar hasil jahitan beliau .
___________________________________________________________________________
Hasil kerja ini dilesenkan kepada MW Tailor untuk kegunaan di blog beliau. Manakala hakciptanya adalah milik Whitey Mommy©. Sebarang bentuk meniru, copy, paste, crop dan editing adalah tidak dibenarkan sama sekali. Jika berminat, sila hubungi saya untuk menempah. Mengambil Harta Intelektual  tanpa kebenaran pemiliknya adalah dikategorikan sebagai mencuri. Melainkan dinyatakan ianya adalah percuma. 
___________________________________________________________

4 Comment (s):

  1. Sha, sedikit teguran untuk ayat Mom work at home. Ayat yang betul ialah "Work at home mom".

    Cantik design Sha! Makin lama dah makin mahir. Alhamdulillah, berkat kesabaran Sha yang tak jemu belajar.

    ReplyDelete
  2. @Emila Yusof
    Terima kasih kak.. ha ah la..:p
    sha ikut tajuk customer... tak perasan pulak ada kesilapan kat situ..
    terima kasih kak..untuk teguran itu..:)

    Insyaallah kak.. masih lagi dalam proses belajar..:)
    tempat rujukan sudah tentulah akk..:D

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™