Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Azam Tahun Baru

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, masih bernafas lagi untuk meneruskan kehidupan. Syukur pada Ilahi kerana masih diberikan kesempatan untuk berjumpa dengan tahun baru. Semoga tahun baru membawa lembaran baru kepada diri ini dan juga anda.

Rata-rata blogger ramai publish entry  tentang tahun baru. Saya pun tidak ketinggalan untuk menaip entry juga. :D

Azam tahun lepas, alhamdulillah... 50% sudah dicapai. Jadi lagi 50% akan dibawa ke tahun ini. :)
untuk menjadi seorang yang matang dan lebih matang dalam menghadapi apa jua situasi. Insyaallah.

Tahun ini punya azam, banyak juga. Mudah-mudahan tercapailah hendaknya. Nak senaraikan juga. supaya menjadi ingatan dikala terlupa.

1. Berjimat cermat, beli yang mana perlu saja. Langkah untuk mengawal, saya terpaksa unfriend beberapa blogshop di facebook. Takut tergoda dengan iklan-iklan. Terutama bab-bab baju .

2. Cuba untuk melangsaikan hutang satu demi satu. Insyaallah... Sebab kita tidak tahu bila saat ajal menjemput. Semoga saya dapatlah melangsaikan semua hutang sebelum mata tertutup.

3. Kuruskan badan. :p Nak kuruskan badan sampai boleh pakai baju Saiz M...:) Sebab kalau sampai saiz S tak mungkin... sebab badan jenis yang tak boleh kurus sampai saiz S, Kalau tak, angin tiup pun melayang.

4. Ingin memiliki laptop sendiri. Untuk kerja-kerja mendesign ni..:) . Pada yang pakar laptop, brand apa yang paling sesuai ya? Selain daripada Apple la.:D

5. Ingin beli Ipad untuk Khalis. Ini dah lama sangat-sangat teringin. Bukan niat saya nak mewahkan dia. tapi mewah ke kalau pakai Ipad? Saya rasa zaman sekarang memang dah jadi satu keperluan. Tambah-tambah zaman IT kan. Harap dapat la...:) Agak-agak kalau dapat Ipad sebijik mesti Khalis dah tak kacau saya mendesign .

6. Ingin memiliki smartphone. Pilihan antara iphone ataupun blackberry.

Itu sahaja azam dan wishlist untuk tahun ini :) Banyak-banyakkan tak tertunai pulakkan.
Semoga tercapailah hendaknya, dan sudah semestinya memerlukan usaha yang berterusan dan disiplin yang ketat. Kena kawal diri dalam berbelanja.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Semoga kehidupan kita semua akan lalui dengan ketenangan.. Insyaallah...

Hidup kita ni bukan semudah ABC tapi complicated macam Algebra :)

Selamat tahun baru semua... Semoga azam dan impian kalian akan terlaksana pada tahun ini... amin...:)

4 Comment (s):

  1. salam tahun baru...semoga impian Sha termakbul. x salah untuk membelikan sesuatu yg kita rase perlu untk anak kita, pada saya kita bekerja mencari rezeki untk mereka. insya allah, ada rezeki untk anak.

    ReplyDelete
  2. beli iphone ye..terbaik..ngeh..ngeh..ngeh..

    ReplyDelete
  3. hope azam itu terlaksana dengan izinNYA..amin hehe

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™