Laptop saya sudah hampir 2 minggu mengalami masalah dan tak dapat nak berfungsi dengan baik. Format sudah 2 kali. RAM pun dah ditukar. Tapi masih lagi bermasalah. 3 hari lepas saya hantar untuk repair. Ingat nak upgrade sebab khuatir masalah daripada system laptop itu. Selepas di periksa oleh mereka yang berpengalaman. Rupanya laptop saya mengalami masalah overheating ( mungkin sebab buat kerja siang malam kan?) . Hardisk dan Motherboard perlu ditukar yang baru. Tambah-tambah tidak pernah ditutup dengan sempurna. Pengalaman banyak mengajar saya. Juga mendapat nasihat kawan-kawan terutamanya, Jiya dan suaminya yang banyak membantu saya untuk memilih laptop yang baik bagi tujuan untuk Mendesign. Jutaan terima kasih kepada Kawan saya Hanisah kerana menemani saya hari ini untuk membeli laptop. Sungguh penat perjalanan hari ini. Ingatkan sekejap jenak pergi beli. Tak sangka mengambil masa seharian. Terutama bila terperangkap dalam kesesakan lalulintas semasa pergi dan balik ke Low Yat.
Terima kasih kepada Cha kerana buat entry ini . Saya dah buntu kerana tiada mesin yang boleh digunakan untuk inform perkara sebenar. Jadi saya call Cha untuk taipkan entry bagi pihak saya. Terima kasih saya ucapkan kepada semuanya. Tak lupa kepada semua customer yang memahami. Saya doakan semoga segala urusan kalian dipermudahkan oleh-Nya. Amin...
Gembira dan sedih bercampur baur di saat ini. Gembira kerana dapat laptop baru. Selepas berhempas pulas. Akhirnya Allah hadiahkan saya sesuatu yang saya idamkan. :) Saya beli laptop toshiba bewarna putih.
Sedih kerana pelbagai andaian dibuat tentang saya. Saya tak kan lari dengan duit kalian. Saya masih tahu hukum halal dan haram. Saya hanya mempunyai satu laptop untuk membuat kerja-kerja design. Saya tidak mempunyai laptop lain sebagai back-up. Laptop rosak bukan kehendak saya, ianya satu yang saya tidak jangka langsung bakal berlaku. Saya harap kalian memahami. Tambahan punca rezeki saya yang utama adalah melalui internet. Saya ingin terus mencari rezeki dan membina network melalui internet. Mana mungkin saya hendak melakukan perkara yang pasti akan memburukkan nama saya di dunia siber ini.
Saya mohon jutaan kemaafan daripada kalian semua. Doakan supaya kerja-kerja mendesign saya berjalan dengan lancar.
Saya gagahkan diri untuk taip entry ini. Ok lah. Mata sudah mengantuk dan badan pun rasa penat sangat-sangat kerana puas berpusing-pusing berjalan sekitar Times Square dan Low Yat siang tadi. Tambah-tambah sambil mendukung Khalis, amat mencabar :)
Sedih baca entry luahan kenyataan dr mommy ni..
ReplyDeleteIbu yakin, mommy bukanlah seorang manusia yg ada sifat munafik dlm diri..
Menipu & mempedaya bkn rencah hidup mommy..
Selama ibu kenal mommy..
Selama ibu berurusan dgn mommy..
Bkn sekali!!
Bkn dua kali!!
Malah berkali2..
Ibu tahu siapa mommy..
Ibu yakin dgn mommy..
Kpd mereka yg terus menuduh membuat andaian yg x elok..
Berhentilah..
Kerana kamu akan buat org lain lebih tertekan..
Belajarlah percaya & ikhlas pd orang lain krn itu juga yg akan kamu terima daripada org lain..
Kepercayaan & keihlasan.. ;)
Mommy, TC & selamat kembali ke dunia men'design.. :D
To the new laptop!! Selamat berkhidmat!! Ekekekee!!
No prob la nisha..tolong-menolong amalan mulia..Asalkan dapat membantu meringankan apa yang patut dah buatkan kami cukup gembira. Anything just roger ye :)
ReplyDeleteSemoga Sha lebih bersemangat dengan laptop baru....coming soon akak ada 1 lagi blog utk Sha....:) and tenkiu so so so much for your passion dealing with me...and tenkiu so so so much for the design...lovely...:)
ReplyDeleteAlhamdulillah dh selesai 1 perkara.. hrp dipermudahkan urusan sha lepas ni..
ReplyDeleteyelah nak selesaikan order pelanggan kan..apapun take care tau~
Insyaallah ramai yg memahami sha..sebahagian je, belum kenal sha, mudah slah anggap..sabar jerlah~
cantiknye putih :D
ReplyDelete