Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Saya Perlukan Rehat

Assalamualaikum W.B.T. Macam tajuk... Saya perlukan rehat. Saya inform sebab nak semua customer yang menunggu memahami. Saya tahu ada yang tak sabar. Tapi kalau saya design dengan otak yang letih pun memang tak dapat nak proceed. Sesiapa yang terlibat dalam bidang ini mesti akan tahu rasa dia macam mana. Sebab design ni perlukan idea bukan macam jual gula-gula ya. Saya harap anda memahami. Jangan risau saya tak kan lari atau hilangkan diri dengan duit yang anda dah bayar. Melainkan kalau saya mati. Itu namanya lari untuk selama-lamanya. Maaf kalau ada yang berpendapat entry ini saya mengikut emosi. tapi saya perlu terangkan keadaan supaya orang semua paham. Terlalu banyak tekanan. Emosi dan fizikal. alam maya , alam realiti. Cukup lengkap untuk menjadikan saya seorang yang tidak bersemangat dan tertekan. Jadi saya perlukan rehat. Harap memahami... Saya sangat-sangat memerlukan sokongan daripada mereka yang menunggu. Bukannya untuk pushing setiap hari. Anda push pun. Saya tak mungkin boleh buat cepat. Sebab design ni bukan production product. Ia adalah generating idea. Nak keluar satu-satu idea tu kekadang semudah petik jari kekadang macam tolak dinding konkrit. Saya mohon maaf. tapi saya betul-betul tertekan untuk saat ini. Perlukan rehat. Memang saya ada cakap saya bercuti. Tapi bercuti itu bukan bermakna saya rehat. Kekadang bercuti design. Tapi kena selesaikan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan design. Almaklumlah. Sebagai Ibu yang menyara anak dan keluarga ni. Komitmen dia lebih besar. Yang mana memahami... Saya ucapkan jutaan terima kasih.. Allah jua yang mampu membalasnya... Saya letih rentetan dari laptop saya rosak lagi... 2 minggu terbuang itu..saya belum masih dapat recover dengan baik.. Ambil masa lama sungguhkan? Bukan senang untuk kita hidup bersemangat jika tiada sokongan...

4 Comment (s):

  1. rehatkan diri dan minda..nnti baru fresh tuk berfikir..mmg susah kerja mendesign ni..faham..faham..take care ye~

    hrp2 semua customer sha memahami..Insyaallah..~

    ReplyDelete
  2. Take a rest mommy..
    Sedangkan org yg berkerja bkn dlm bidang mommy ni pun perlukan rehat..
    Malah kadang2 mereka perlu bercuti ke tempat lain..
    Demi menenangkan jiwa & minda..
    Inikan mommy yg dah dihimpit dgn mcm2 masalah mental & fizikal..
    Rehat lah dear..
    Selagi mommy rasa perlukan ruang utk diri sendiri..
    Ibu sbg customer lama & TERAWAL mommy..
    Sangat2 memahami..
    Ibu juga mohon..
    Merayu..
    Pada kalian customer2 yg lain..
    Mungkin kalian baru berurusan & mengenali WhiteyMommy..
    Beliau bknlah seorang yg hipokrit..
    Malah bkn seorang yg munafik {lari & tak berpegang pd janjinya}..
    Beliau seorang yg sgt2 berjiwa & bersungguh2..
    Sebagai seorang MANUSIA NORMAL seperti kita..
    Jika terbeban dengan bermcm2 masalah..
    Kita juga akan rasa apa yg beliau rasa..
    Tiada bebanan memang tiada tekanan..
    Jadi kita masih boleh bergelak ketawa..
    Tapi beliau..
    Hanya beliau & yg terdekat dgn hidup beliau je yg tahu..
    To mommy!!
    Take ur rest dear..
    Sbh customer yg menunggu..
    Ibu akan tetap menunggu..
    Sabar menunggu..
    Sentiasa mendoakan agar sahabat ibu ni dikembalikan semangatnya seperti dulu..
    Dipermudahkan segalanya..
    Diberikan ketabahan hati tempuh semua dugaan hidup..
    Amin!!!!
    Sorry dear..
    Panjang dah mcm entry plak..
    Saja nak inform pada customer2 baru mommy..
    Siapa WhiteyMommy yg ibu kenali.. ;)
    1st Customer le katakan kan?!!! ;D
    Sweet memori mcm mana mula2 mommy terjebak dlm bidang desing ni..
    :) Take Care dear..
    Take a goog care... ;)

    ReplyDelete
  3. hahaha...memang pening design blog nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi pening kalau tengok orang curi coding dan image yang kita design untuk blog customer.
      Huhuhu...

      Delete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™