Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Laptop sudah pulih, 3 jam dengan Kak Emila

Alhamdulillah... syukur, laptop dah pulih kembali selepas bercuti sakit lebih kurang 5 hari. Tapi ni pun masih dalam keadaan 50-50 tapi setakat ini masih lagi boleh buat kerja. Daripada tak berjalan langsung kerja-kerja yang terbengkalai itu. Saya teruskan mendesign. Semoga laptop ini behave sehinggalah saya bersedia untuk membeli laptop yang baru. Insyaallah...

Hari selasa saya hantar format laptop, balik tu masih lagi problem. Buka 15 minit dia hang. Saya dah mati kutu. Takut sesangat. Ya la mana nak dapatkan laptop baru kan. Perasaan bercampur baur. Saya tadah tangan mohon pada Allah. Pulihkanlah laptop ini supaya saya boleh meneruskan kerja-kerja saya. Supaya kepercayaan customer yang menunggu dalam waiting list tidak tercalar. Jika laptop ini rosak. Memang saya tak boleh nak buat apa-apa. Patah kaki, patah tangan la jawabnya. Bertambah-tambah sarat kepala. Bertambah-tambah lah tahap tension.

Ok.. sekarang laptop dah memberikan kerja sama yang baik. Walauapun 50-50 tapi masih dapat buat kerja. Syukur sudah :)

Hari selasa juga sekitar pukul 2-5 petang. Saya dating dengan kak Emila Yusof di Johnny's Selayang Mall. First time bertemu mata. Sebab dah selalu rujuk dan bersembang dengan Kak Emi, jadi tak rasa kekok pun. Terus berborak macam biasa. hehehe. Sementara tunggu laptop di format borak-borak dulu dengan Kak Emi...:)

Punya rancak sembang-sembang, terlupa nak ambil gambar dengan Kak Emi. Kak Emi dah balik tu baru perasan tak sempat nak ambil gambar. Tak pe, next time jumpa ambil gambar banyak-banyak sikit. :)

Saya dapat goodies bag  dari kak Emi. Banyak barang-barang dalam tu. Semua saya suka. :) Especially buku nota, kalendar , My mother's Garden ( buku karya kak Emi sendiri, ini sesuai untuk bacaan Khalis :) dan tak lupa perfume Incanto Bloom by Ferragamo. Sweet baunya...dan kombinasi warna botol pink, putih dan hitam adalah warna kegemaran saya.

Ini gambar Khalis, nak tampal juga. Khalis sekarang semakin berselera makan. Sudah pandai minta makanan. Subahanallah. Hati saya sungguh lega tengok dia boleh makan roti dengan peanut butter ni. Botol harus ada dua satu susu dan satu air masak. Tapi kebiasaannya walaupun dia request dua-dua botol tu. Air masak lah yang menjadi tumpuan utama.

Selepas consume Milkshake nampak perubahan terhadap selera makan Khalis. Tak memilih macam dulu. Asal saya suap je makan. Kalau tak cukup minta lagi. Tapi, Khalis ni tak boleh makan banyak, kalau makan terlebih masa sendawa mesti akan keluar sikit makanan.

9 Comment (s):

  1. waaaahhh dapat goodies bag, mahu juga deh. dah ok ye ur laptop tu. khalisss, aunty nak roti ngn peanut butter jugak... hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... 50-50 cha... huhu tak tahula..harap2 dia akan berikan kerjasama yang terbaik sampai ke akhirnya...:)

      Delete
  2. Alhamdulillah!
    Laptop dah baik..
    Mudah2an bertahan le hendaknya..
    Seronok tgk si Khalis mauh makan..
    X sabar nak cuba kat Aqil plak.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... Mudah-mudahan...
      :)

      Hehehe

      Delete
    2. Wahhhh!!
      Bestnya!!
      Mommy dah ubah fungsi reply komen blog mommy..
      Ibu suker style baru ni.. ;D

      Delete
    3. hehehe saya pun suka...memang mudah...:) nak setting pun mudah..;P cuma mula2 tu memang susah sikit untuk kembalikan sistem komen sebelum ini dengan sekarang...:)

      Delete
    4. Tp bagus sistem komen skrg ni dear..
      Kemas sgt2!!
      Ibu suka.. ;)

      Delete
  3. Alamak, khalis dah botak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah...dah botak...sha trim sendiri tu kak..:P

      Delete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™