Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Cara-cara untuk pakai Elysyle Dx Lingerie

Assalamualaikum W.B.T
sebelum memulakan tugas sebagai seorang designer, saya nak kongsi tentang cara macam mana nak pakai Elysyle Dx Lingerie. Biasanya saya selalu war-warkan yang dx lingerie ni mudah dipakaikan? Jadi anda mesti nak buktikan? so sekarang saya buktikan...:)

Cara untuk fitting customer



Video diatas menunjukkan cara untuk saya fitting customer. Jangan risau, tidak lah mengikut prosedur diatas 100%. Semasa fitting saya akan terangkan seperti video diatas supaya customer mudah untuk pakai . Setiap step untuk mengurut bagi tujuan untuk mengalihkan dan menguncikan lemak.

Perhatian: Saya tidak akan memegang breast dan masukkan tangan dalam long girdle seperti didalam video ya. :D saya cuma akan bagi cara-cara dan akan ajar anda untuk melakukannya sendiri.

Cara Pakai Sendiri Dx Lingerie

Langkah 1: Cara Memakai Panties
  1. Pakai panties seperti biasa
Langkah 2: Cara Memakai Long Girdle
  1. Sarungkan long girdle seperti seluar.
  2. Tarik Long girdle sehingga ke atas pusat. Kemudian masukkan tangan di bahagian paha dan usap ke bahagian punggung. Lakukan lebih kurang 5-10 kali usapan menghala keatas (dari paha ke punggung)
  3. Betulkan kedudukan long girdle supaya selesa dengan keadaan anda.
Langkah 3: Cara Memakai Brassiere
  1. Sarungkan bra ke badan dan masukkan payu dara ke dalam cawan bra (pastikan semua bahagian payudara masuk kedalam cup bra dengan sempurna.
  2. Cakukkan cangkuk di bahagian belakang (teknik ini digunakan bagi mengelakkan material cepat rosak)
  3. Bongkokkan badan dan masukkan tangan ke tali bra dan urut semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang dan bawa ke hadapan (masukkan ke dalam cawan bra)
  4. Betulkan panjang tali bra sehinga mendapat kedudukan yang selesa.
  5. Betulkan kedudukan bra, mana-mana bahagian yang berlipat dibetulkan.
Langkah 4: Cara Memakai Waist Nipper
  1. Cakukkan kesemua cangkuk dibahagian hadapan atau anda juga boleh cakukkan dibahagian tepi supaya jarak untuk pusingkan ke belakang lebih dekat.
  2. Betulkan kedudukan kain yang terlipat di cangkuk agar nanti senang untuk dipusingkan dan cangkuk tidak terlekat direnda long girdle.
    Lipatkan Waist Nipper kebawah
  3. Tegak dan pegunkan badan supaya tidak bergerak, pusingkan waist nipper ke kehadapan
  4. Pastikan reben waist nipper betul-betul berada dihadapan dan berada ditengah-tengah.
  5. Naikkan kembali lipatan waist nipper tadi dan betulkan kedudukan.
Langkah 5: Cara Memakai Body Shaper
  1. Pakai body shaper seperti pakai baju biasa.
  2. Cakukkan kesemua cangkuk dan betulkan kedudukan bahagian yang terlipat supaya selesa.

Ok! sudah siap, anda boleh lah pakai baju dan melangkah dengan penuh keyakinan.

MACAM MANA NAK BUKA KALAU MAHU KE TANDAS??
 Mengikut pengalaman saya memakai korset , Dx Lingerie adalah yang paling mudah untuk di kendalikan apabila mahu ketandas. Ini cara-cara untuk ke tandas, senang saja.
  1. Lipatkan Body Shaper dan Waist Nipper ke atas.
  2. Tarik Long Girdle ke bawah (long gidle sangat mudah untuk di buka dan di pakai semula.
  3. Apabila telah selesai, tarik Long Girdle ke atas semula. Kemaskan long girdle supaya jangan terlipat.
  4. Kemudian tarik Waist Nipper dan Body Shaper ke kedudukannya semula.
  5. Senang sahaja. Anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk membuka dan memakainya semula.
Rujukan dan diolah dari artikel : Blog Kak Ayu



Video diatas menunjukkan cara-cara untuk memakai dx lingerie. Selain daripada langkah-langkah seperti yang saya berikan diatas. Video ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan.

Kepada anda yang berminat untuk mencuba pakai dan mendapatkan Dx Lingerie ini sebagai hadiah untuk diri sendiri atau orang tersayang. Boleh hubungi saya. CUBA PAKAI ADALAH PERCUMA. Tiada paksaan untuk membeli.

Untuk sebarang pesanan @ pertanyaan, Sila hubungi saya di:
☎ 014-8240118 @ 03-61274792
✉ whiteymommy@yahoo.com

0 Comment (s):

Post a Comment

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™