Assalamualaikum W.B.T
kepada pengunjung dan customer yang menunggu.
2 minggu ini saya tidak aktif mendesign kerana dalam proses rawatan peranakan saya turun (actually dah lama turun masa bersalinkan Khalis dulu lagi tapi sekarang baru betul-betul nak buat rawatan. sebab Khalis dah makin besarkan, takut pulak makin lama effect dia makin mendalam)
Dalam proses rawatan ni. Badan saya betul-betul tak sihat. Memang menghadap laptop. Tapi dengan sakit yang berdenyut-denyut kat bahagian peranakan memang tak dapat nak generate idea. Saya mohon maaf buat mereka yang masih menunggu. Bagi saya masa sampai minggu ini untuk merawat kesakitan ini. Insyaallah minggu depan saya akan pulun mendesign.
Sejak dari semalam badan dah demam-deman. Sebab mengikut orang-orang yang berpengalaman, bukan senang peranakan yang kembang dan turun untuk kecut sebesar epal. Itu yang sakit tu. Memang sakit sesangat kekadang rasa macam kontraksi nak bersalin pun ada. cuma berpanjangan sampai berjam-jam. Tapi apa pun, sebab nak baikkan diri. Saya kena bersabar untuk tahan kesakitan ini. Sakit yang sikit untuk sihatkan badan untuk masa hadapan.
Badan selalu sakit-sakit sukar saya untuk siapkan kerja nak jaga Khalis. Emosi pun tak menentu. Sebab memang betul-betul sakit. Mereka yang pernah alami memang tahu macam mana rasanya. Mungkin boleh share ke kat bahagian komen?
Selama ini memang tak sakit pun (sebelum rawatan) tapi rasa tak selesa dan masa sejuk-sejuk especially waktu hujan bahagian peranakan memang tak selesa sangat-sangat rasa mencucuk-cucuk.
Untuk pengetahuan semua. Saya dengan rasminya menghentikan pengambilan sebarang tempahan sehingalah SEMUA yang ada didalam waiting list saya selesai disiapkan. Insyaallah minggu hadapan saya akan mula aktif mendesign untuk mereka yang berada didalam waiting list. Terima kasih kepada mereka yang memberikan kerjasama. Saya mohon jutaan kemaafan jika ada yang tidak berpuas hati. Insyaallah saya akan design tempahan anda dengan sebaik mungkin. Doakan saya ya. :)
Untuk sebarang kemusykilan boleh terus call saya ya... (dengar lah suara orang demam...;p)
☎ 014-8240118 @ 03-61274792
Semoga cepat sembuh sha... gi berurut.... take care n take ur time...
ReplyDeleterawatan camne yg sha pegi tu? akak dulu masa sebelum pregnantkan aishah akak kene camtu..sakit sgt2..then pegi berurut..then pegi ke specialist..rupa2nye ade cyst..so mane satu treatment sha pegi?
ReplyDeletesha buat treatment tradisional kak.. huhu ya ke...
Deletemacam mana nak tahu ada cyst tu ...takutnya...
Semoga cepat sembuh kak!..
ReplyDeleteas salam sha..semoga lekas sembuh dan jaga kesihatan ye..
ReplyDeletekakak..nape ni..ada mse mesej qma ye...miss u..dah lme x borak ngn akk..qma bz skit uruskan persiapan kahwin..qma doakn akk cpt shat ye..
ReplyDeletesemoga cepat sihat..
ReplyDelete