Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Jom Cuba Pakai Elysyle Dx Lingerie Secara Percuma

Berita baik untuk sesiapa yang tinggal di area Selayang, Kepong, Batu Caves, Ampang, Setapak , Shah Alam dan sekitar Kuala Lumpur. Kalau yang luar dari Kuala Lumpur pun boleh nak cuba, Boleh setkan appointment awal dan tarikh yang sesuai. Insyaallah. Saya dah ada sampel bag. Anda boleh cuba pakai secara percuma. Tidak beli pun tak apa. Pakai untuk ambil pengalaman dan rasa sendiri macam mana bila pakai Dx. Bagi mereka yang masih lagi mencari-cari mana Pakaian dalam/korset yang sesuai. Anda boleh cuba pakai Dx lingerie dan buat perbandingan.

Nak labur untuk kecantikan. Pastikan beli produk yang betul-betul selesa dan berkesan. Kalau tidak, apa yang anda labur semuanya melebur. Beli mahal-mahal, akhirnya Hanger yang pakai pakaian dalam yang berharga ribu-ribu anda.

Dengan Dx Lingerie, masa pakai tu anda boleh rasa macam mana. Beli ke tak beli itu belakang cerita. Saya tidak akan memaksa. Kerana bagi mereka yang berminat nak cuba atau nak beli. Proses yang paling penting yang harus anda lalui adalah PROSES FITTING.

Kenapa kena fitting? leceh lah!.
Memang bagi anda leceh. Tapi kalau tak fitting, tersalah bagi saiz dan anda tak selesa pakai kerana saiz yang tidak sesuai. Hanger yang pakai. Anda pun cakap Dx Lingerie tak best, tak selesa. Saya tak mahu ini berlaku, sebab itu saya nak anda fitting. FITTING tak semestinya WAJIB beli.

1. Proses fitting dilakukan untuk mendapat saiz yang betul-betul sesuai. Sebab proses pengukuran bukan guna tali tape yang orang guna jahit baju tu ya. Ada tali tape Khas. Pengalaman saya fitting masa nak beli Dx Lingerie hari tu, Walaupun dah ukur, tapi 3 kali tukar saiz untuk dapatkan saiz yang betul-betul selesa dipakai. Sebab itu sesiapa yang nak beli dengan saya, saya akan disiplinkan diri untuk anda fitting bagi mendapat saiz yang selesa. Bukan asal dapat duit dan bagi saiz berdasarkan ukuran yang anda berikan.

2. Semasa proses fitting juga anda akan diterangkan cara-cara yang betul untuk memakai Dx Lingerie dengan betul dan disamping itu anda dapat pegang, rasa dan tengok produk sebelum anda melaburkan wang anda. Bila dan confirm dengan produk barulah kita tidak was-was atau curiga bukan?

Harap jelas dengan penerangan saya. :)


Ini rupa bentuk Sampel bag. Nampak high class gitu. Satu bag luggage ni ada Dx lingerie yang berlainan sampel.

Ini adalah susunan Dx Lingerie didalam begnya. Sampel pun disusun secara kemas dan eksklusif. Sudah tentulah produknya pun sangat-sangat luar biasa. Dan bukan produk cikai-cikau ya. Dx Lingerie memang dah ada standardnya tersendiri.

Ini adalah tali tape yang digunakan untuk mengukur badan anda. Perlu diingatkan tali tape ini adalah estimate. Proses cuba pakai perlu dilakukan untuk mendapatkan saiz yang betul-betul bertepatan. Disamping itu adan boleh rasa keselesannya.

Jom! Usah ragu-ragu untuk  mencuba pakai. Tiada bayaran tersembunyi dan tiada agenda tersembunyi. Hanya bagi cuba pakai dan jika anda nak beli boleh beli. anda tak nak beli pun, tiada paksaan.:)

Anda dah tengok testimonial, anda dah baca apa yang saya publish kat blog. Tak nak ke...cuba pakai walaupun sekejap. Baru boleh bukti kata-kata saya dalam blog ini betul ke tidak kan...

Untuk sebarang pesanan @ pertanyaan, Sila hubungi saya di:
☎ 014-8240118 @ 03-61274792
✉ whiteymommy@yahoo.com

2 Comment (s):

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™