Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Kisah Idola

Salam semua...

Kalau tengok cerita Halaqah Sentuhan Kalbu... mesti sedihkan... tapi rancangan tu dah habis... setiap kali tengok rancangan tu buat saya sedar yang kiamat dah makin hampir... dan ada juga tersedar yang cabaran untuk membesarkan anak di zaman masalah gejala sosial yang kian meruncing ni... memang mencabar... saya pun tak boleh terbayang macam mana nak hadapi... tapi apa pun... tiga benda yang memang kita tak leh tinggalkan adalah:
Usaha
Doa
Tawakkal
bila ada 3 perkara ni InsyaAllah... semua akan selamatkan... Usaha itu wajib... Doa itu senjata dan Tawakkal itu kemestian selepas berusaha dan berdoa... InsyaAllah... semoga semua ini akan menjadi amalan saya... ingat mengingati... tapi... tidak semua benda akan tercapai seperti apa yang kita nak kan...

Dalam Halaqah ... saya masih ingat episod yang menyentuh tentang Idola... siapa idola anda? siapa idola anak-anak anda? jawapannya dah tentu artis yang glamour dan kaya raya... pemain2 bola sepak... jadi kita dinasihatkan supaya menerapkan dalam diri anak2 kita Nabi Muhammad S.A.W sebagai idola mereka... InsyaAllah... selagi boleh.. Khalis pun kalau bab agama ni dia agak berminat... kalau ada Azan kat TV kusyuk je dia dengar... kalau saya pasang MP3 al-quran pun dia dengar je... Kalau saya baca Al-Fatihah depan dia... dia pandang aje... InsyaAllah... saya akan lakukan yang termampu ...

Tengok topik... setiap orang mesti ada penyanyi yang suaranya dan lagunya sedap didengarkan... saya pun ada... artis saya suka dengar...
Siti Nurhaliza [ Dia seorang yang berjaya... dan berdisiplin... saya suka sikap macam ni...]
Britney Spears [ Saya memang suka dia sejak awal dia muncul lagi... mula2 sikapnya innocent... tapi lama2 bila dah makin popular... britney makin liar... itu pun disebabkan hati dia dilukai oleh lelaki... tapi lagu2 dia yang dulu masih saya dengar... suka tengok [selagi tak 18 tahun keatas].
Celine Dion [ Ini ...setiap lagu2 dia semua saya suka... dan dia boleh dikategorikan artis yang tak ada kontoversi... kalau seksi seksa tu... macam biasalah bagi orang putih kan...]
Shania Twain [ Ini pun saya suka... lagu dan suara2 dia... dan dia juga adalah mak angkat Britney...]
tapi mereka ni bukan idola saya... cuma saya suka dengar lagu2 mereka semasa diri ini terasa nak mendengar lagu ... jadi saya layan la lagu2 mereka...

Kalau nak cakap saya ada Idola...saya memang tak pernah ada idola... huhu... cuma saya cuba jadi Hamba Allah yang taat orang yang baik... berdisiplin dan baik hati... InsyaAllah[ Nabi Muhammad S.A.W adalah Idola yang terbaik... di dunia dan di akhirat] ... saya nak hidup bersyariat... masih belajar... kerana saya tidak dibesarkan dengan keadaan macam ni... tapi... hati ini rasa macam takut bila terfikirkan tentang syurga neraka... semoga dijauhkan dari api neraka...

Semoga anakku Muhammad Khalis Putra akan menjadi anak yang boleh membantu ibu dan baba... di dunia dan di akhirat nanti amin...

4 Comment (s):

  1. akak suka ct eih? yeayyyyyy.. hahahahha sama la dengan minn kat! fanatik gila

    ReplyDelete
  2. suara akak mesti sedap kan.. sebab selalunyer org suker ct nie, sore boleh tahan...hehe

    ReplyDelete
  3. fahaman akk tentang idola sngt rumit. sudahnya akak tafsirkan akak cuma minat belum angkat mana2 individu sbg idola :P

    ReplyDelete
  4. idola? errr... siapa eh? kita pun taktau siapa yg patut dijad=ikan idola, haha.

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™