Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Penyusuan Untuk Khalis

Assalamualaikum W.B.T

Merehatkan minda sekejap...
selepas jari jemari cramp memegang mouse untuk melukis...:)

Dah lama tak bercerita tentang Khalis.
Since saya tidak mempunyai kamera ni...
mood untuk bercerita memang tak de langsung...
Gambar Khalis pun dah lama tak snap...
bila la akan mendapat kamera ya...:)

Khalis sekarang dah setahun 10 bulan... lagi kurang 2 bulan. Dia dah nak masuk 2 tahun
cepat betul masa berlalu...
rindu sangat2 dengan Khalis masa baby dulu...
hehehe
tapi itu tak bermakna saya nak anak lagi buat masa ni...
rasanya belum masa kot.
sebab keadaan memang tak stabil...

Syukur alhamdulillah...
niat saya untuk berhenti bekerja dan menyusukan Khalis dengan susu ibu sepenuhnya dan lanjutan sehingga 2 tahun...hampir tercapai...:)
Terus terang...
saya berasa amat puas hati dengan diri sendiri...
walaupun hidup tidak mewah dan kekadang pun seringkali kesempitan dari segi kewangan...
tapi...
niat saya untuk menyusukan Khalis tercapai sehingga umur dia 2 tahun hampir tercapai...

Lilypie Breastfeeding tickers


Kekadang bila Khalis kerap kali menyusu badan ini terasa sangat2 penat...
tapi melihat dia ketawa, riang...
hati ini terasa hilang lelah dan penat...
itulah kepuasan yang tidak terhingga...

Saya ada juga selang dengan minuman sampingan...sebab dia dah agak besar...
umur dia setahun 3 bulan...
waktu minum pagi dan petang...
saya mula bagi biskut dengan air milo, susu kambing hi-goat, horlick...kekadang bagi susu kotak Dutch Lady untuk umur setahun hingga 6 tahun...[yang ni...Khalis suka sangat minum] kekadang boleh habiskan sampai 2 kotak...tapi yang peliknya dah habis 2 kotak..
boleh lagi demand nak susu pulak...
huhu...
macam2 kan...

Keputusan saya untuk menjaga sendiri Khalis...
saya tidak pernah sesali...
kerana itu adalah pilihan saya semasa saya mengandungkan Khalis...
saya bertanya pendapat beberapa orang rakan...
ya...
dah nama pendapat kan..
mesti ada negatif dan positif...
ada yang kata perlu bekerja...kerana zaman sekarang semua perlukan duit...
dan macam2 lagi...
cuma saya pegang pendapat seorang teman...
"Kita hidup kerana Allah...
Kita hidup dibumi Allah...
setiap Makhluk yang diciptanya...akan sentiasa dilindungi...selagi kita mengingati kepada Maha Pencipta...
Rezeki ada dimana2... cuma apa yang perlu adalah kita usaha dan tawakkal...
pelbagai kerja kita boleh lakukan untuk mendapat rezeki walaupun hanya berada dirumah...
anak adalah amanah Allah...
duit ni... walau kita dapat sejuta sehari pun...
belum tentu pernah cukup...
tapi... apa yang kita perlu adalah keredhaan Allah S.W.T"

terima kasih teman untuk pendapat itu...

ya... saya memang dibesarkan dalam kejahilan...apa yang saya belajar tentang agama adalah melalu pembelajaran saya di sekolah, universiti, buku2 dan mendengar rancangan2 agama...
tapi syukur Alhamdulillah...
walaupun tidak sempurna...tapi jika kita belajar...ia akan bertambah sedikit demi sedikit..
dan memperbaiki diri kearah yang lebih positif...Insyaallah...:)

Ternyata apa yang teman saya katakan itu adalah benar...
saya dapat merasakan...
bila kita duduk dan fikirkan...
kita akan dapat rasa...
Allah maha menyayangi makhluknya...

Wallahualam..:)

Ibu sayang Khalis sangat2...tiada apa yang lebih menggembirakan ibu...selain dapat mencium, membelai, menyusu dan menyayangi mu nak...Semoga Allah menjadikan anak ibu seorang anak yang baik...dan setiap susu ibu yang mengalir dalam diri mu...akan menjadikan mu anak yang soleh, pintar, bijak dan berakhlak mulia...amin...:)

Apabila kita menjadi seorang ibu...
bagi diri saya...automatik perangai semula jadi akan berubah...
dari seorang yang pemarah menjadi seorang yang penyabar..
dari seorang yang boros menjadi yang berjimat cermat untuk masa depan anak...
dari seorang yang berfikiran singkat kepada seorang yang berfikiran panjang...
sentiasa berfikir apa yang akan berlaku 5 tahun akan datang...10 tahun akan datang...

alhamdulillah...
inilah keistimewaan menjadi seorang ibu...kita akan menjadi insan kearah yang lebih baik untuk menjadi contoh yang terbaik...bagi membentuk anak yang baik...
Insyaallah...

semoga Allah kuatkanlah semangat ku dan sabarkan hatiku... supaya Khalis dapat hidup sempurna... kerana aku tidak mahu...
apa yang berlaku kepada ku... terjadi kepadanya...
tidak mahu anakku kekurangan kasih sayang...
tidak mahu anakku dipandang rendah...
tidak mahu anakku merempat...
tidak mahu anakku terumbang ambing mencari diri sendiri...
tidak mahu anakku dicaci dihina...
tidak mahu orang lain mengambil kesempatan keatas anakku...

apa yang ku lalui sudah cukup...
setiap masa aku berdoa...
supaya...
Allah lindungi Khalis hingga ke syurga-Nya...
Allah lindungi akhlak Khalis...supaya tidak terpesong...
Allah tempatkan Khalis di syuga-Nya yang kekal abadi...

amin...

11 Comment (s):

  1. Alhamdulillah, bertuah khalis ada ibu yang prihatin, penyayang macam akak... Semoga khalis membesar menjadi insan yang soleh & dpt berbakti kepada agamanya.. Insyaallah kak.

    ReplyDelete
  2. setiap ibu pasti nak yang terbaik untuk anaknya...InsyaAllah...dan setiap dugaan yang diberikan olehNYA perlu diterima dengan tabah dan sabar sebab DIA sentiasa menguji hamba yang disayangi..

    ReplyDelete
  3. doa seorang ibu adalah doa yg paling di makbulkan NYA...insyaallah khalis akn menjadi seorang anak yg soleh,pemimpin yg hebat nanti...perasaan seorang ibu....

    # tak sabar nak merasa menjadi seorang ibu :P semoga saya akn menjadi ibu yg kuat seperti akk nti.insyaallah :)

    ReplyDelete
  4. amin.. semoga sy juga mampu menjadi sekuat WM nanti.. :))

    your entry made my day...

    ReplyDelete
  5. saya doakan semoga dpt menjadi seorg ibu yg baik utk khalis...dan juga menjadi seorg isteeri yg solehah...tanggungjwb seorg ibu ni besar kan tp insyallah kalau kita ikhlas,Allah akan permudahkan..:)) nice to knowing u..:)

    ReplyDelete
  6. @Miss Sunshine
    Insyaallah dik...:)

    amin...semoga doa ini dimakbul allah...itulah harapan setiap ibu kepada anak2 mereka...:)

    ReplyDelete
  7. @Keyphochee
    Insyaallah akk...
    :) semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak2 mereka...
    Allah sayangkan makhluknya...sebab tu dia hantar ujian...
    dengan ujian itu dia tunjukkan kasih sayang nya...supaya makhluknya tak lupa kepadanya...

    ReplyDelete
  8. @QamaYaya
    amin...semoga qma akan menjadi ibu yang kuat...:) mental dan fizikal...:)

    ReplyDelete
  9. @Nonny Atika
    Amin...:)
    ya...sis pun akan menjadi seorang yang kuat...saat kita menjadi seorang ibu...
    Allah telah lahirkan kekuatan dalam diri kita...
    cuma diri kita sendiri yang perlu tahu cara untuk manage...:)
    saya sendiri masih belajar...:)

    thank you dear...your comment also make my day...:)

    ReplyDelete
  10. @~CPM honey_nurhaliza~
    Terima kasih dear...
    betul tanggungjawab sebagai seorang ibu bukan mudah...
    keikhlasan dan kesabaran memang sangat2 perlu untuk menempuh alam keibuan dan rumah tangga...:)
    semoga allah permudahkan...
    dan kita semua sebgai ibu dapat memberi yang terbaik untuk anak dan keluarga...:)

    nice knowing u too dear..:)

    ReplyDelete
  11. terharunya membaca doa dan rintihan hati seorang ibu...terkenang ibu saya ketika ini.... teringin nya untuk bergelar ibu suatu hari nanti..semoga usaha akak dipermudahkan Nya.semoga Khalis menjadi seorang anak yang taat pada Ibu bapanya...kata2 teman akak benar2 membuka hati sy..:) tenkiu sis...nice to know u (^^,)

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™