Tasbih ni ada sentimental value. Kerana ini adalah tasbih pertama yang betul-betul menjadi milik saya. Bermakna yang memang orang bagi purposely untuk saya seorang. Sebelum ini bukan saya tak pegang tasbih. Hehehe... Cuma sebelum ni, just ambil yang mana ada je kat rumah ni atau kat rumah mak.
Jadi kira ini tasbih pertama.
Beliau antara teman online saya yang baik. Dan juga beliaulah yang mencetuskan semangat untuk saya menceburi dalam dunia Web Designing ni. Sebab dia adalah pelanggan pertama yang order blog design dengan saya. Masa itu memang betul-betul zero knowledge tentang Blog Design. Tapi setiap hari saya belajar benda baru daripada En Google. Alhamdulillah, boleh lah mengasahkan bakat dan semangat yang ada. Sehingga kini Ibu dah banyak kali tempah blog design. Lebih daripada 10 kali dalam masa kurang daripada 3 tahun. hehehe pecah rekod untuk customer saya yang paling setia gitu. Terima kasih Ibu kerana sokong saya dari jauh.
Diam tak diam sudah hampir 3 tahun saya dan Ibu Aqil kenal antara sama lain secara online. Lama kan. Walaupun online, ada kala juga berselisih faham, tersalah tafsir. Tapi itulah, setiap yang berlaku jika kita ambil daripada sudut yang positif mesti itu adalah titik untuk kita lebih mengenal antara satu sama lain. Setiap manusia tidak sempurna. Setiap kesalahan dan kesilapan mesti ada sebab dan musabab. Melakukan kesilapan itu adalah perkara normal tapi jika terus menerus lakukan kesilapan itu yang bukan normal sebenarnya.
Ibu Aqil selalu cakap sekarang saya dah matang sikit, kwang2.. kalau dulu cepat melatah, cepat nak marah. Iya lah ibu.. umur dah nak masuk 30an ni, kena lah matang sikit .. kihkih.
Saya doakan Ibu Aqil sentiasa dirahmati Allah S.W.T dan panjang umur untuk melihat anak beliau, Muhammad Aqil Naim membesar, tamat belajar, berkahwin, dapat anak. Dapatlah Ibu main dengan cucu-cucu beliau nanti. Aamiin...
Ya Allah!!!
ReplyDeleteSayu hati!!
Terharu!!
Gembira!!
Rasa dihargai!!
SubahanAllah!!
Sahabat itu adalah salah 1 anugerah Allah swt yg perlu kita jaga ikatannya.. ;,)
Insha'ALLAH!!
2 org yg pernah dpt hadiah yg berupa mcm ni dr ibu..
Seorang sahabat merangkap adik ibu..
Sejadah sebagai hadiah yg dia bawa walaupun dah berpindah ke Langkawi mengikut suami..
Msh dia pakai dgn alasan moga ibadahnya itu sampai sedikit pd ibu didunia atau diakhirat nnt..
Dan utk mommy tasbih istimewa utk mommy..
Agar zikir2 mommy tu dpt sedikit sebanyak jd cahaya ibu disana nnt..
;D
Thanks mommy..
Terima kasih sbb menjadi diri sendiri sahabat yg sebenar2nya..
Yg tidak sentiasa membenarkan tiap kata2 seorg kawan tp sentiasa menjadi penasihat & pendengar yg baik bila diperlukan..
3 tahun msh jauh lg perjalanan kita..
Moga ikatan ini akan kekal selamanya..
Amin!!!!! ;,)