Sudah lama saya tak update blog. Agak sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan juga businesswomen ceewah! best aje bila cakap gitu kan?
Entri saya hari ini adalah tentang hakcipta. Selama ini Kak Emila Yusof sering menjadi tempat rujukan saya tentang isu hakcipta ini. Jadi saya hanya tahu sendiri tentang nya tidaklah menjelaskan secara umum.
Tetapi rasanya tidak adil kan jika saya tidak kongsi apa yang saya tahu serba sedikit tentang ini. Saya tidak tahu secara menyeluruh. Jadi tidak lah sebegitu arif untuk menerangkan dengan lebih details. Saya pernah beberapa kali google dan kebanyakan blog-blog luar negara yang selalu memberi maklumat tentang isu ini. Di Malaysia masih lagi kurang akan pendedahan tentang isu ini.
Hari ini saya google jadi saya terjumpa blog kartunis hebat iaitu Kartunis Ubi, yang pernah menyiarkan artikel di blog beliau tentang isu hakcipta ini. Jadi saya rasa isi kandungannya sangat sesuai untuk dikongsi bersama anda. Beliau merupakan salah satu kartunis yang saya gemari sewaktu zaman kecil-kecil dulu. karya beliau iaitu Aku, dia dan Volkswagen dan IN merupakan kartun yang paling saya gemari di dalam komik Ujang.
Artikel dibawah ini adalah saya salin daripada blog beliau untuk tatapan anda semua tanpa mengubah sebarang ayat. Tetapi saya hanya mengambil isi-isi penting sahaja.
Setelah lebih 10 tahun bergelumang
secara profesional dalam industri kreatif ni, saya sedikit sebanyak
faham tentang apa itu HAKCIPTA @ COPYRIGHT.
Untuk pengetahuan, HAKCIPTA atau dalam bahasa omputihnya COPYRIGHT adalah HAK EKSKLUSIF pengarang/pencipta
bahan-bahan asal yg terdiri daripada karya Penulisan, Sastera, Muzik,
Lukisan, Gambar, Grafik, Filem, Rakaman Audio/Video, Program/Software
Komputer dan segala hasil kerja kreatif yg lain.
Hanya PEMILIK dan PEMEGANG HAKCIPTA mempunyai kuasa untuk menerbitkan, menayang, mengedar dan mengeluar semula hasil kerja tersebut.
Dan hanya PEMILIK dan PEMEGANG HAKCIPTA
mempunyai kuasa untuk membenarkan pihak lain menggunakan keseluruhan
atau sebahagian konsep daripada hasil kerja tersebut di dalam media yg
sama ataupun media lain.
(Contoh sebahagian konsep – Watak
Superman menjadi Clark Kent di dalam Smallville. Contoh media lain –
Harry Porter daripada novel menjadi filem)
Untuk mendapat HAKCIPTA, kita tak perlu
melalui proses tunjuk lawyer yg banyak level prosedur dan menulis
paperwork seperti kelentong saya itu.
Untuk pengetahuan, HAKCIPTA boleh diperolehi secara AUTOMATIK dan tidak perlu didaftarkan.
Bagaimana?
Senang aje… sebaik sahaja karya anda itu siap, maka secara automatik anda memperolehi HAKCIPTA ke atas karya tersebut!
Contohnya, entri mengenai HAKCIPTA yang
sedang anda baca sekarang ni… setelah siap ditulis dan dipublishkan di
blog ini, secara automatik ianya menjadi HAKCIPTA saya tanpa perlu saya
mendaftarkannya dengan mana-mana pihak.
Dan secara automatik jugalah anda semua
tidak boleh menerbit dan menggunakan artikel ini (atau sebahagian
darinya) tanpa mendapat KEBENARAN daripada saya. Hohoho!
Namun sekiranya anda baru bercerita
dengan member kamceng, sedara mara ataupun ketua kampung mengenai IDEA
anda untuk menghasilkan satu siri komik mengenai seorang remaja yg
gagah, bertubuh sasa, handal menunggang motosikal Harley Davidson
terbang dan mempunyai senjata berupa sarung tangan tembaga yg bisa
mengeluarkan api dari neraka, ia masih tidak boleh diHAKCIPTAkan lagi kerana ia masih sekadar satu IDEA sahaja.
Hanya idea yg telah SIAP DILAKSANAKAN SECARA FIZIKAL layak untuk mendapat hakcipta (Contoh: Novel – sudah ditaip atau dicetak)
KEASLIAN sesuatu karya juga adalah perkara yg paling penting dalam memperolehi HAKCIPTA.
Contohnya jika anda menulis satu cerita
mengenai seorang remaja yg gagah, bertubuh sasa, handal menunggang
motosikal Harley Davidson terbang dan mempunyai senjata berupa sarung
tangan tembaga yg bisa mengeluarkan api dari neraka… Tetapi
jalan ceritanya adalah mengenai remaja tersebut (bernama Awie) yg juga
seorang penyanyi rock popular mendapat tentangan keluarga aweknya
(bernama Watie) untuk bercinta kerana beliau adalah seorang penyanyi –
mungkin anda akan ada sedikit masalah (banyak sebenarnya..).
Jadi pastikan karya anda itu ASLI dan ia telah SIAP DILAKSANAKAN SECARA FIZIKAL untuk memastikan anda layak mendapat hakcipta ke atas karya tersebut.
Apa kebaikan HAKCIPTA ini buat pemiliknya? Adakah dengan memegang HAKCIPTA boleh menjadi kaya?
Sekiranya karya anda itu ibarat sampah
dan syok sendiri usahlah berangan untuk kaya walaupun anda memiliki
sejuta HAKCIPTA sekalipun!
Sebaliknya jika karya anda itu popular dan diminati ramai, di kala itulah HAKCIPTA ini amat penting sekali!
Selain mendapat keuntungan yg masyuk dari hasil titik peluh anda itu, yg penting sekali anda dapat MENGHALANG pihak lain atau lanun cetak rompak membuat keuntungan tanpa KEBENARAN dan PERSETUJUAN anda (KEBENARAN dan PERSETUJUAN bolehlah juga dimaksudkan dengan membayar anda sejumlah wang!)
Kerana itulah juga COPYRIGHT @ HAKCIPTA ini dikategorikan bawah INTELLECTUAL PROPERTY ataupun HARTA INTELEK. Walaupun tidak berbentuk fizikal, tetapi ianya amat benilai sekali seperti harta!
Dikhabarkan di luar negara sana banyak
artis atau pencipta lagu yg memajakkan lagu ciptaan mereka kepada bank
untuk membuat pinjaman. Dan ianya diterima kerana pihak bank tahu akan
nilai HAKCIPTA tersebut.
Sebagai pengkarya anda mungkin memegang HAKCIPTA karya anda dan mempunyai hak untuk tidak membenarkan pihak lain menyiar atau menggunakan hasil karya tersebut.
Seperti juga hak-hak yg lain, ia ada juga batasannya…
Pada setiap karya perlulah dinyatakan
dengan dengan jelas siapakah PEMILIK atau PEMEGANG HAKCIPTANYA (atau
lebih jelas lagi – siapakah yg berhak mendapat keuntungan daripadanya!).
HAKCIPTA secara automatiknya adalah hakmilik mutlak pencipta atau pengkarya asal. Ia boleh dipegang dan dimiliki atas satu nama ataupun lebih (sekiranya karya itu ditulis atau dicipta lebih dari seorang).
Seperti HARTA atau PROPERTY lain, ia
juga boleh dijual, disewa, diserah hakmilik dan diberi percuma kepada
orang lain. Sekiranya pemilik asal meninggal dunia (secara rela ataupun
tidak), HAKCIPTA tersebut akan diserahkan kepada anak ataupun waris
terdekat.
Tetapi seandainya pengkarya
tersebut diupah atau dibayar untuk menghasilkan sesuatu karya, maka
beliau tidak lagi berhak ke atas karya ciptaannya itu…
Untuk
makluman, sekiranya anda dibayar gaji oleh majikan untuk berkarya, maka
HAKCIPTA karya tersebut secara automatiknya akan menjadi HAKMILIK
MAJIKAN anda.
Sebagai contoh, ketika bekerja di Majalah Ujang saya telah menghasilkan komik Budak Hostel, Aku Dia & Volkswagen dan IN. Saya telah dibayar gaji (yg boleh dikira lumayan jugak) oleh bekas majikan saya untuk tidak tidur malam menghasilkan kesemua karya tersebut sebaik dan sekreatif mungkin.
Dan kerana itu kesemua karya agung yg tersangat best itu menjadi HAK MUTLAK bekas majikan saya. Mereka berhak untuk membuat apa sahaja
(dan mendapat keuntungan) dengannya. Mereka boleh mengubah jalan
cerita, menulis sequel, mengupah pelukis lain untuk melukis siri baru* dan menyimpannya menjadi pekasam (itulah yg berlaku sekarang) sekiranya mereka mahu.
*Untuk pengetahuan, siri IN di dalam Majalah Blues Selamanya bukanlah hasil dari air tangan saya. Sekian, harap maklum.
Untuk mengubah senario di atas daripada berlaku, anda perlu membuat satu PERJANJIAN BERTULIS
dengan majikan anda. Mungkin anda boleh nyatakan dalam perjanjian
tersebut bahawa pihak mereka hanya mendapat kebenaran untuk Terbitan
Pertama, Hak membuat filem sahaja ataupun apa sahaja asalkan HAKCIPTA
karya tersebut adalah HAKMILIK MUTLAK anda.
Sekiranya anda seorang freelancer dan
diupah untuk menghasilkan satu karya seni, pastikan dinyatakan secara
terang dan jelas di dalam kontrak mengenai pemilikan HAKCIPTA ke atas
karya tersebut. Sekiranya tidak, karya tersebut secara automatik menjadi
hakmilik pihak yg mengupah anda.
Anda boleh menjual terus HAKCIPTA tersebut sekiranya anda mahu, tetapi pastikan ia bukan diberi atau dijual dengan harga yg murah!
Mengikut undang-undang, HAKCIPTA @ COPYRIGHT menjadi hakmilik anda sepanjang hayat (selagi anda tidak menjualnya) dan 70 tahun selepas anda meninggal dunia. Hmm… panjang sungguh masa untuk berjoli katak dan enjoy hasil dari titik peluh anda itu!
Selepas 70 tahun (pada asalnya 50 tahun**) anda meninggal dunia, karya anda itu secara automatik dikategorikan sebagai PUBLIC DOMAIN
– iaitu ianya boleh diguna/dipakai/diperdagangkan oleh sesiapa sahaja
tanpa perlu meminta keizinan dan membayar sebarang royalti.
Walaupun selepas tempoh pemilikan tamat,
ada sesetengah karya itu masih memberi keuntungan yg besar kepada
pemiliknya. Sebagai contoh, Mickey Mouse milik Disney
sepatutnya sudah boleh dikategorikan sebagai Public Domain pada 1999.
Namun atas kebijaksanaan (atau ketamakan) pemiliknya, mereka telah
melobi Kongres dan akhirnya Presiden Bill Clinton telah meluluskan Sonny Bono Copyright Term Extension Act yg membolehkan pemilikan mereka ke atas karakter terkenal itu dipanjangkan tempohnya. Untuk cerita selanjutnya, sila bacanya di sini
**Hasil daripada Sonny Bono Copyright Term Extension Act, tempoh ini telah dilanjutkan dari 50 tahun menjadi 70 tahun.
Inilah yang saya faham tentang hakcipta untuk hasil kerja saya selama ini. Saya bukan sehebat mana pun dalam kerja-kerja merekabentuk ini. Apa yang saya lakukan adalah untuk mencari rezeki dari rumah. Dan kepakaran yang Allah pinjaman kepada saya untuk masa ini adalah melalui rekabentuk. Alhamdulillah...
Cuma kadang kala kita rasa terkilan apabila hasil karya kita diambil sesuka hati. Sedangkan ianya telah diupah oleh pelanggan kita untuk membuatnya. Jadi saya share artikel ini bukan untuk tujuan sinis atau perli tapi sebagai salah satu perkongsian untuk kita sama-sama menambahkan ilmu dan kita lebih menghargai hasil karya orang lain. Insyaallah
0 Comment (s):
Post a Comment
Thank You For Leaving a Comment to Me...